Thursday, November 18

"Papa, I have a boyfriend!"




Kalau dulu kita makan bersuap, sekarang kita dah boleh makan sendiri. Tanpa bantuan orang. Kita tunjuk pada semua yang kita ni seorang yang berdikari, yang kita tak perlukan bantuan orang. Kita boleh berdiri atas kaki sendiri. Tapi kita lupa kan, siapa yang ajar kita? Yang sentiasa sabar dengan kerenah kita. Saat kita memberontak, saat kita menangis. Mereka berdua cuba untuk tenangkan kita, gembirakan hati yang sedih. Aiskrim, gula-gula, permainan atau apa sahaja, mereka cari, mereka beli. 

Tapi bila semua dah besar panjang, kita lupa tanggungjawab kita. Kita lupa pesan mereka, "jaga maruah diri, jaga peribadi". Atau mungkin juga kita buat-buat tak faham, atau sebenarnya malas nak ambil kisah. Entah la, kita cakap, "ala, jiwa remaja, jiwa muda". 

Anak perempuan, pernah tak rasa betapa beruntungnya kita. Betapa mereka jaga dan sayang kita macam permata. Takut diusik orang. Tak mahu tercalar walau sedikit pun. Tapi kita yang mencalarkan diri kita. Kita biarkan diri kita diusik. Tahu tak mereka berdoa siang malam, betapa mereka takut kita lupa akan siapa kita. Mereka risau saat kita beritahu "Papa, I have a boyfriend!". Kita rasa kononnya itu saat yang bahagia, nak cakap yang anak Papa ni dah milik orang. Walhal kita tak tahu saat mereka dengar ayat tu, ibarat macam kepala dihempap batu besar. Terasa macam terkena petir. Sakit. Bukan sebab mereka tak mahu kita gembira, tapi sebab mereka tak mahu anak perempuan mereka diusik oleh lelaki yang bukan muhrim bagi anak gadisnya. Mereka juga tak sanggup sama sekali biarkan jari jemari anak gadisnya disentuh oleh seorang lelaki. Bagi mereka anak perempuan adalah satu-satunya harta yang tak ternilai harganya. Terlalu berharga. 

Banyak perkara yang kita tak nampak. Kasih sayang mereka bukan untuk dimain-mainkan, tak pernah walau sekali mereka mahu sakitkan hati kita. Cuma kita sebagai anak-anak, ambil lah masa cuba untuk mengerti, bukan bermakna kata 'tidak' itu nak mengongkong hidup kita. Tapi kata 'tidak' adalah untuk memberi perlindungan buat kita. 

Kita dah tak dapat undur, malah kita juga takkan pernah dapat padam apa yang dah berlaku. Untuk  melupakannya jauh sekali tidak, kata orang, kita ni bukanlah maksum sampai tak pernah buat salah. Betul. Tapi kita kena ingat, setiap yang berlaku adalah pilihan kita sendiri. Akibat atas semua itu, kita lah yang  bakal  menanggung semuanya. Ingatlah, selagi masih bernyawa, selagi itu lah masih ada ruang taubat untuk kita. Allah itu Maha Pengampun.

Terlalu banyak cerita yang didengar, terlalu hebat dugaan depan mata. Ramai sudah yang hilang sinar permata itu. Bukan niat nak beritahu satu dunia yang diri ini sungguh hebat, tak pernah terlintas walau sedikit. Tapi sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas. Sebab diri ini dah terlalu banyak dosa yang tertanggung, terlalu banyak taubat yang dipohon. Yang hanya mampu adalah terus memohon keampunan, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui ke atas sesuatu.

Aida Ismail ©

                       "Awak jangan risau, saya takkan sentuh awak"

26 comments:

fariehan ibrahim said...

emmm, sdey bce entry nie,
T_____T
a'ah, kte slalu xsdar btapa kasih syg seorg bapa,

ztie said...

walau dah besar mana pun, berapa pun umur kita, ibu bapa tetap tengok kita macam anak kecil mereka yang perlukan perlindungan. Hebatnya kasih seorang ibu, teguhnya kasih seorang ayah. Takkan ada ganti :)

eiela said...

pengorbanan ibu bapa sangat besar.. tak ternilai,, hargai mereka sebaik-baiknya selagi mereka ada.

izfanora said...

kita nie kadang bukan lupa, cuma tak nak mengakui.. biasa lah, jiwa dewasa yang selalu memberontak inginkan kebebasan.

tapi, segalanya mematangkan kira.

saya ada entry yg related pasal nie:
Butiran Bicara Sukar dari Insan Bergelar Ayah

Aida Ismail said...

@fariehan :

itu lah yang selalu Abah cikda pesan. Adakala kita anak-anak lupa kan?

Aida Ismail said...

@ztie :

sebab bagi mereka, kita ada permata yang memang takkan pernah membesar. yang mereka nak sinar itu tetap kekal di hati mereka =)

Aida Ismail said...

@eiela:

inshaAllah, itulah yang kita akan buat. dan itu adalah janji kita. =)

Aida Ismail said...

@iznafora:

betul tu, setiap yang salah, ianya mematangkan kita. sebab itu lah, setiap yang berlaku pada kita pasti ada hikmah yang tersembunyi. sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahu ke atas sesuatu =)

cKyN WaN said...

mcm mana la kita ni betul tak sedar diri nak sayang mak ayah macam dorang sayang kita kan?

chenta said...

i memang sangat2 menghargai ayah i sbb dr i kck, dia yg byk jage i dibandingkan dgn my mum..pergi mane2, dia yg bwk i...even i pergi sekolah pun, dia yg hantar..dr i darjah 1 sampai i tingkatan 5..byk sgt bila difikirkan..

CikGadis said...

bila dah berpasangan, xramai yang melebihkan ibu bapa. tue yg sayang dan sedih sgt..

Aida Ismail said...

@cKyN WaN:

sebab kita selalu leka, khilaf dengan dunia. sebab kita cakap "this our life, not theirs". itu lah kita, anak-anak yang kadang-kadang lupa tentan ibu ayah. semoga kita tak tergolong da;am golongan yang leka itu. amin

Aida Ismail said...

@chenta :

alhamdulillah, itulah yang terbaik sebenarnya. menghargai keduanya adalah yang terbaik. =D cikda pun rapat dengan Abah, tapi pada masa yang sama, ibu tetap insan penting dalam hidup cikda. no matter what. that's the promise i made. =)

Aida Ismail said...

@CikGadis :

betul tu, biasanya itu lah yang terjadi. itu yang tengah berpasangan. kalau kahwin nanti tak tahu la, mungkin ini yang perlu kita fkirkan. refelect balik. inshaAllah =)

afifaa. said...

anak-anak tak nampak,
mak ayah larang tu bersebab.
tapi anak-anak tetap buat yang mak ayah larang.

kita tak perasan betapa banyaknya pengorbanan mereka.

Aida Ismail said...

@afifaa:

setuju! =D mak ayah larang tu bersebab. takpe la, at least kita belajar dari yang silap. =)

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Kalau dulu, anak2 takut sangat kat mak & ayah... Takut bukan sebab mak ayag garang...
Tapi, hormat mereka... Takut memalukan mereka... Takut mengecewakan mereka... Takut org berkata tak baik pasal mereka...

Tapi, kini.. Anak2 sudah berani.. Berani melawan mak ayah mereka... Berani melakukan perkara yg memalukan mak ayah mereka...

Semakin maju zaman ini... Semakin rosak anak bangsa kita...

Jom Baca:
Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma

chenta said...

cik aida :

betul tu...masa kecik mmg lbh rapat dgn ayah..tp bila dh semakin bsr, rapat dgn mum la sbb byk benda secret, yg hanya boleh share dgn mum je! ^_^

anyss said...

Salam,
Orang jaman dulu, mana leh bagi tau ada boypren...kang kena sebat. Zaman sekarang ni, mak bapak ok aje kalau boypren anak datang tonggek motor depan umah ----> bukan semua tapi RAMAI


Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Aida Ismail said...

@azwandy :

that's the thing yang kita kena fikir, kenapa anak-anak sampai sanggup memalukan mak ayah. =D sebab cinta? errr...that's totally insane and crazy =P

Aida Ismail said...

@chenta :

betul betul, hehe..ada benda yang kadangkala kita rasa lebih selesa untuk berkongsi dengan mak. tapi tu la, depends jugak. kalau ayah pun sporting, tak salah kan nak share sama. Hehe =D

Aida Ismail said...

@anyss:

tak tahu la sama ada, pemikiran siapa yang dah makin maju. anak-anak atau mak ayah. errr..pernah je cikda tengok, mak ayah buat muka slumber je tengok anak perempuan dia di bawak lelaki kehulu kehilir. err, sebab? mungkin takut kalau marah, kan anak pulak yang lari dari rumah. no matter what takde parents yang sanggup tengok anak perempuan dia diangkut orang macam tu je..well, just my humble opinion la kan, others im not sure =)

Fynn said...

Papa!
I dont have a boyfriend! ;)

Lately dah kecoh blk psl couple kan~~~

Aida Ismail said...

@fynn:

isu couple yang takkan pernah habis =D

humbleyat said...

setju sangat yg sesetengah keputusan ank2 dah membuatkan mereka mengalirkan air mata tanpa sedar...

tetapi balas jasa mereka selagi mereka masih ade...:)

Mana Clipper Spekku

Miss Kira said...

<3 my ayah..

;)

Ayu