Wednesday, November 10

pandai-pandailah

hidup berjiran ni tak mudah, kata orang kena selalu amik berat sama jiran dan kena bertolak ansur. tapi cerita ini, kes petang tadi. kami menyewa rumah di sini bertiga. kami cuma menyewa rumah teres kecil dan parking rumah cuma muat untuk dua kereta. kebetulan pulak pagar rumah kami tu menyebabkan satu kereta akan diblok bila kereta kedua diparking. pintu pagar masuk ke rumah cuma muat sebuah kereta. tadi, kawan saya keluarkan keretanya dahulu dan mahu memberi laluan pada kawan yang seorang lagi untuk park kereta dia dahulu.

tapi waktu kereta kawan yang mahu park first tuh tengah reverse,




ada la budak kecil datang dari belakang dan mengetuk kereta kawan saya tu. emaknya si budak umur setahun itu pulak cuma bersembang dan bergosip dengan jiran kami satu lagi. sudahnya, kawan saya geram. emaknya pulak bila dah perasan, barulah nak menjerit si anaknya yang berumur 5tahun memegang anak setahun tadi. dan siap marah kan kawan saya, kenapa dok reverse-reverse kereta ni? eh eh. dia punya anak yang tak terjaga dok bertempiaran di jalan kat rumah ni, kita pulak dipersalahkan.

sebenarnya kami dah lali dan asyik simpan geram dalam hati bila terpaksa berhati-hati gila kalau nak melalui jalan taman rumah ni. budak-budak ni ada emak ayah, tapi takde siapa nak ajar bab berhati-hati di jalan raya. kesian. mungkin bergosip tu lagi best dari memonitor anak sendiri kot. 

orang sekarang bab hidup berjiran ni memang macam ni kan? tak ada nak tegur-tegur jiran ni dan lepas tu ada  anak-anak tu main lepas bebas aje. kami jugak simpan geram dan marah dalam hati tengok perangai mereka ni. kalau dah hidup berjiran, pandai-pandailah jaga hati jiran dan dah ada anak, pandai-pandailah korang jaga ikut yang sepatutnya. 

17 comments:

Azrul Hisham said...

susah kalau ada jiran yg mementingkan diri sendiri...geram tu memang geram tapi tu la kita kena ngadap hari2..


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

sarah honey said...

dtg blog fveret sy kejp!
huhu
biasala lau geng mkcik2 ni..gosip je pndai,ank2 nk kna langgar pon smpai xsedar.

deqlis said...

masa ketuk kete tu? kete kemek tak??
klu kete kemek atau tercalar lagi mau perang besarrrr oooo... ptt mak bapak amik berat laa sikit..pesan laa kat anak2 klu nk main jgn sampai rumah org.. jgn sampai duk langgar atau calarkan kereta jiran..

kekadang tu bukan anak jiran, jiran yg dah tua2 nie pun ada yg ta reti bhs... klu dh parking kete dekat2 tu hati2 laa skit bila nk bukak pintu kereta..jgnlaa sampai terkena keta jiran.... ramai org yg amik mudah jerr..

mak bapak mmg ptt jg anak2 bukan dok sakan bergosip sampai anak2 bebas mcm tuee jerr..

hentakbelipat said...

agaknya kalau dah terkena bnde2 yang xelok baru nk duduk salahkan diri menyesal x sudah kot..atau diorg rasa kawasan itu sgt selamat..tolong lah ingat..zaman sekarang adalah zaman paling tak selamat even depan mata.

KeCiK said...

Makcik-makcik bila gosip memang tak ingat dunia. Gelak sakan, tepuk tampar dan hu-ha sana sini.

Setiap org ada ego dia just like that makcik. Tapi tak semua makcik macam tu. So sebagai org muda yg lagi hawt dari dia, berpendidikan dan berakal, 'pandai-pandai' la nak bagi reaksi macam mana ikut situasi.

:)

Masa kecik-kecik gua suka tengok makcik-makcik beli ikan. Lori ikan sampai terus kena kerumun. Beli ikan dalam 5 minit je, 'mesyuarat' lepas tu dlm setengah jam kot.

kusut said...

dah memang selalu sgt jadik.. kereta reverse tak sedar ade budak berjalan kat belakang. hakikatnye semua kereta ade blind spot. dan hakikat no.2, manusia takde xray vision.

kalau la terlanggar betul2.. mana mak budak tu nak sorok muka dia bile orang tanye.. makcik duk buat ape mase tu? takkan dia nak jawab ooo makcik tengah bergossip kat tepi tu tak perasan anak lari kat tempat2 yang bahaya

nur.sa said...

@azrul
kami mengadap benda ni hari-hari sampai dah jadi terlalu berhati-hati even nak masuk pagar umah sendiri bg signal lagi..

@sarah honey
bergosip2 jgk, tapi mata tu perlu monitor anak tu jugak,kan.

@deqlis
mujur,kete tak pape, tp kawan sy geram dengan sikap bonda budak tu. dan bonda dia siap buat mimik muka tadi. aduss..sabar aje..:)

@hentakbelipat
sangat benar tuh,di mana2 pun kena hati-hati.

@kecik
setakat ni masih 'pandai' nak bereaksi bila berdepan masalah mcm ni. cuma risau lepas ni kot2 jadi isu, tak best pulak.

@kusut
blind spot tu mmg tak leh elak,kan. sebab tu berkali2 kami tengok dan jenguk belakang if nak reverse kereta depan rumah ni sebab budak2 kecik ramai.

pernah terjadi di taman ni, anak berusia 4thn meninggal terjatuh dalam tangki najis gara2 bonda arwah biarkan dia sorang2 main kat luar. huhu. sedih2.

taknak la jadi perkara semacam tu lagi.

humbleyat said...

paling tak suka kalau mak ayah biarkan anak2 tepi2 jln mcm tu..
takde sifat keibubapaan ker?

memng pernah sy nmpak budak kecik berlari kat tepi jlan mcm tu and mak ayah die biarkan jer.mahu mengucap jap..

sanggup sy kejar budak kecik tu tarik die and bagi kat mak ayah die..tak syg anak ker?huhu

Kimmy Ai said...

phew~ lack of common sense. kurang bersifat kejiranan. harap kita jangan jadi macamtu. =)

Kenapa Rottkappchen's

suziesanji said...

huhu.. makcik2 ni memang kan? kalau da borak, mana perasan da.. ops, ni dari pemerhatian masa balik kampung =p

Mummy Nana said...

Heheh.. agaknya makcik2 tu jeles ngan Nur.SA and kawan2 kot.. psl u ols anak2 dara cantik manis... tulah silap sikit jek cari pasal... hehehe.. ala biasalah kalau dah makcik gossip jek tau... anak2 terbiar sana sini.. iskh diorg nie.. memalukan kaum ibu betul.... argghhh

nabilah_2908 said...

payah juga makcik2 ni kan...rasanya dh kurang kot perangai manusia mcm ni..

kt tmpt sy lak lain...anak2 dikurung jer dlm rumah...sbb mak ayah tk kuasa nak kawal bila lepaskan anak2 keluar rumah...itu pun kesian juga..

mak ayah sibuk keluar kerja...tkde masa la kot ..nk sembang2 dgn jiran sebelah menyebelah...masing2 wat hal sendiri...kalau terserempak pun senyum2 jer.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY

d_tieah said...

Kat tmpt sy, bdk2 mcm ade kuasa tau..
Kebal tul dorang ni..
Mlm2 budak2 ni g kdai..
Siang jgn ckp lah..
Mmg bertaburan dorang kat jln raya..
Mak bpk x nmpk btg hidung pun..
Erm..

d_tieah said...

Tp dorang ckp lain..
Mcm org dr Sabah pun ade gak..
Dr indon pun ade gak..

Fina Sophie said...

hon takleh eh?

kekekekkk.. siap je la kena bebel kalau berani nak hon pula :P

minta dijauhkan perangai mcm tu bila jadi ibu nanti.

nur.sa said...

@humbleyat
lalai kot. sebab tu emak ayah buat mcm tu kat anak.

@kimmy ai
yep. mintak kita yg muda belia ni dah jadi mak nanti tak jd camtu.

@suziesanji
haha. sempat lg wat pemerhatian ek.

@mummy nana
hahaha, jeles ke mananya kak. :P

@nabilah
yang selalu kami buat adalah senyum. tak nak jugak dichop sombong sebab kami pun menumpang sewa kat taman sana.

@d_tieah
bahaya la. tu pasai banyak kes budak2 ilang.

@fina sophie
cite lebih kurang mcm dalam belog hari tu.hehee. tak berani hon lagi lah.

Q said...

dah name makcik2 kot. memangla tak nak mengalah. lagi2 kalau geng mengumpatnya ada kat situ. lagi naik ego dia