Thursday, November 11

Our Stars

Assalamualaikum!

Salam 100 Penulis. Harap semua sihat dan senyum selalu. =)

Pernahkah anda semua mempunyai bintang kegemaran? Ini bukan bintang popular artis ye, tetapi bintang dilangit. 

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah 
menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)." [15:16]



Masa cik K kecil-kecil dulu, cik K selalu bermain dengan abang. Suatu malam tu, masa lepak-lepak tengok bintang, abang cakap, 

"Bintang yang berbaris tiga tu bintang abang punya." 

Cik K menjawab, "Kalau macamtu, bintang saya punya yang mengelilingi bintang berbaris tiga tu."

Kenangan masa kecil yang masih tetap diingatan. Walaupun dah besar, cik K masih ingat bintang kami tu. Setiap malam yang penuh dengan bintang, cik K mesti akan cari bintang kami. 



Orion Constellation

Bila teringat balik, cik K pun Google lah apa nama bintang yang kami tengok tu. Rupa-rupanya ia bernama Orion atau dikenali sebagai The Hunter. Tiga bintang yang abang punya tu namanya Belt of Orion manakala 4 bintang yang mengelilinginya (cik K punya) juga termasuk di dalam gugusan Orion.

Walaupun hanya cerita zaman kecik, tapi bila tau rupa-rupanya banyak ilmu yang masih belum diketahui kita. Ilmu tentang bintang pun tersangat luas menjangkaui batasan pemikiran kita. Itu belum lagi masuk dalam galaksi yang lain. 

Lalu diri ni terasa kerdil. Walaupun kita rasa dah sangat banyak ilmu yang kita sudah pelajari, rupa-rupanya itu hanyalah sedikit sangat daripada ilmu milik Allah. Jadi, kenapa perlu berbangga sangat dengan ilmu yang seciput yang kita ada ni? 

Hanya sekadar ingin membuka minda para pembaca supaya merenung kembali tempat sebenar kita. Kita hanya manusia. Jangan melebih-lebihkan diri daripada orang lain, semua nya adalah sama. =)

p/s : Chill lah!

12 comments:

koshary said...

bila baca post kimmy ni teringat cerita stardust. =D

betul tu, aku pun suka kadang kadang tu tenung langit, mengingatkan banyak benda yg kita tak tahu. kerdil nya kita kan. =)

Fina Sophie said...

suka tgok bulan mengambang. lama tak hayati keindahan malam. wow. that busy? (- -") for some reason, pandang dekat langit malam buat saya jadi rasa mcm lonely.. lepas tu cpt2 pujuk diri.. XD

but, last line tu.. Jangan melebih-lebihkan diri daripada orang lain, semua nya adalah sama. btul apa yg kimmy ckp :)

Fynn said...

bulan bintang.
perghhh...teringat something.zazzs

nur.sa said...

kalau kebetulan, waktu malam singgah di pantai, tempat paling banyak pandang adalah langit malam dan bintang. fina, awak betoll.lepas lama duk tenung tu, mesti rasa sayu. sebab teringat tentang banyak benda bila tenung lama2.

kimmy,ada bintang lain yang free lagi tak..? nak jadikan saya punya pulak. :P

humbleyat said...

suka tengok bintang jugak waktu kecik2 dulu.

waktu subuh tengah jemur kain , ada nampak meteor lalu..best2...

kdg2 nmpk juga bintang tu berkelip, setiap kali berkelip ,warna2 lain cam pelangi.

ikut info,kalu bintang tu berkelip dengan warna yang berlainan, tanda-tanda bintang2 tu nak mati huhu ...sedih pulak tengok bintang tu.

jenis buruj2 kat langit hampir kesemua dah tengok hehe live!

kusut said...

orion's belt tu la orang dulu2 guna utk jadikkan kompas utk navigate pelayaran waktu malam

yg dlm gambar tu, bintang kat belah atas gambar (warna oren) adelah bintang paling terang yg kite bleh nampak

teringat zaman 'buat sehabis baik' dulu ^^

anyss said...

Salam,
Fuhhhhhh tak tau la nama-nama bintang ni. tapi, suka tengok bintang memalam. cantik!


Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Salam,
Kalau boleh berada di ISS macam Dato' Shaeikh Muzaphar tu...mesti lagi best bilang bintang kan ;)

Risisita III

KeCiK said...

Owh teringat betapa curious berapa bintang leh dpt tiap kali hantar kertas lukisan kat chegu masa skolah rendah.

Azza Zahra said...

Ttba teringat adik aza.
Aza tanya, Nape tak ley
tdo, dia kata tak ngantuk.
Pastu aza tanya lagi, abes
tuh nak buat cemana
boley tdo? Spontan dia kate,
nak kira bintang kat luar.
Sebab dia nak buat mcm
Mr. Bean,kira kambing.

Kimmy Ai said...

koshary - stardust? hehehe.. ;)

fina sophie - bila tengok bintang terasa tenang.. =)

fynn - tentang apakah?? ;D

nur.sa - haa.. sila tengok langit lama-lama. lepas tu carilah bintang yg anda berkenan.

Kimmy Ai said...

humbleyat - saya x pandai tengok buruj.. hehe.. oh, buruj biduk je sy kenal.. ;)

kusut - yes. bintang tu antara yg paling jelas boleh nampak..

anyss - waalaikumussalam.. =)

maharam - haha.. bintang boleh kira ke? mcm tak terkira jek.

kecik - hahaha.. kesitu pulak.. sy pun akan tunggu dapat bintang penuh kalau pendidikan seni.. hehe.. =)

azza zahra - haha. kan best kalau ada siling kaca. boleh baring sambil kira bintang. ;D