Monday, November 8

Mmm...Hujan Lagi


Sedar tak sedar, kita mula melangkah ke musim tengkujuh.Seronok ke musim tengkujuh ni?Yang tak seronoknya menjadi mangsa banjir kerana mereka mengalami kerugian ekonomi terhadap segala kerosakan La Nina.

Namun, bagi saya hujan itu satu rahmat.Dari kecil saya sukakan hujan, apatah lagi bau kelembapan tanah yang ditimpa hujan membuat saya bertambah segar untuk meneruskan fasa kehidupan saya. Satu perasaan yang tidak terungkap oleh kata-kata. 

Mungkin waktu kita kecil dahulu, hujan akan membuat kita terhibur, memijak lopak-lopak kecil dengan kaki kerdil kita, melayarkan kapal atau sampan kertas atas parit-parit yang dipenuhi air hujan dan kita akan berhenti bermain sejurus jeritan ayah ibu didengari memanggil pulang. Pergi ke sekolah pun memakai selipar jepun sahaja dan hanya menukar kasut sekolah apabila tiba di kelas untuk memastikan kasut sentiasa bersih.Ingat lagi tak?Kadang-kadang, datang sifat kenakalan kita untuk memonteng sekolah atas alasan hujan.Lebih seronok berkelubung dengan selimut tebal di rumah.

Petang tadi, saya menziarahi saudara saya, dia juga menceritakan betapa sukarnya kehidupannya apabila hujan turun tidak berhenti-berhenti pada zaman dia masih kecil.Pada ketika itu, dapur gas tidak mampu dimiliki, hanya kayu api digunakan untuk memasak.Sebelum tiba musim hujan, mereka berkumpul untuk berbincang di manakah tempat sasaran mencari kayu api?Kebun getah siapakah yang menjadi terjahan mereka?Berbeza dengan sekarang kan?Kita pula hanya berkumpul bersama rakan-rakan di pusat membeli belah, kopitiam tanpa ada kegusaran langsung untuk melepaskan segala kebosanan kita.

Hujan itu bukan sekadar rahmat, tapi sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita. Didatangkan hujan, untuk memakbulkan segala doa-doa kita kerana pada waktu itu doa kita akan dimakbulkan.Jadi, jangan lepaskan peluang berdoa ya, kerana saya ada pengalaman yang sama, saat hujan turun, saat itulah segala permintaan saya dimakbulkan, alhamdulilah!

11 comments:

hentakbelipat said...

yes..kadang-kadang hujan itu mmg kita tunggu-tunggu.dan kadang2 hujan itu kita minta jauhkan..jadinya, manusia mmg tak boleh lari dengan ketidak puasan hati.hehehe

tapi aku suka kalau saat hujan baru timpa tanah...bau dia cukup klasik.lagi2 ada secawan nescafe dekat tangan..perghh!

nur.sa said...

perenggan ketiga tuh, semua betul dan kena dengan saya waktu kecil2 dulu.

dan pernah sekali waktu kat sekolah, hujan ribut dan lebat sekali, rupa2nya tu adalah hujan batu. hujan itu rahmat Allah. kalau panas sokmo pun, merungut juga, sebab tu Dia turunkan hujan untuk seimbangkan kedua-duanya.

KeCiK said...

Agreed. Bau-bauan tatkala pre-stage hujan sangat awesome. Refreshing sungguh.

"Ni apsal kasut kotor?"
"Semalam hujan chegu, saya dah basuh dah. Kotor balik"

:)

r.k said...

hujan basah , tapi main hujan awesome !

sampai dah besar panjang ni pun still main hujan lagi .. tapi lepas tu memang kene jaga diri balik lah , kandungan atmosfera sekarang tak sama macam dulu ...

the last ferenggan itu memang bagus untuk dikongsi . tak ramai yang tahu .

kusut said...

hujan memang antara time feveret aku. nak keje ke nak minum air panas ke nak baca buku ke. mcm muzik paling paling feveret lah!

anyss said...

Salam,
Suka main ujan h u huhu best!

Masa sekolah dulu jalan kaki je pi skolah (rendah). Musim ujan masuk kasut dalam beg, payung dengan daun pisang....macam amelina-iwan nyanyi lak hu h u u...sampai sekarang suka main ujan ;)

Fina Sophie said...

perenggan ke-3 tu menarik perhatian. n perenggan last tu juga. biasanya kalau hujan terus tarik comforter selimut satu badan. XD

humbleyat said...

hentakbelipat:
wah siap ada nescafe nak set moment hujan tu best2...:)

nur.sa:
suka main lopak jugak yerk hehe:P

hujan batu...pernah juga tengok..kuat juga bunyinya bila jatuh kat zink rumah kampung..
macam nak tembus ajer zink tue..

humbleyat said...

kecik:

ramai jugak yang suka bau hujan yerk:)

ader je alasan yerk..
lagi satu, "knp tak dtg sekolah semalam?"
"baju basah, tak kering lagi cikgu.." ;)

r.k:
main hujan lagi r.k, jangan sampai demam sudah la yerk.

setuju tu...terlalu byk doa saya dimakbulkan waktu hujan :)

kusut:
waktu hujan memg seronok munum air panas:)

skrg ni pun tgh hujan lagi, baru lepas minum air panas:)

humbleyat said...

anyss:

anyss bleh men hujan r,k. die pun suka main hujan hehe

wah hepinya anyss gi sekolah waktu hujan yerk;)

fina sophie:
oo..cerita hujan versi zaman dulu2..
memnag best dengar sepupu sy bercerita pasal tu, cari kayu api sebelum musim hujan,sekarang kita dah ada dapur gas /elektrik, terlalu mudah untuk kita kan?

maharam said...

Salam,
banyak juga lagu-lagu di malaysia ni cerita tentang hujan kan

Risisita III