Friday, November 12

Misteri Overtime.........

"Jangan kacau aku" Jerit Nora Dani berkali-kali. Semua pekerja yang bekerja pada syif malam memberhentikan kerja masing-masing. Mereka meluru ke arah Nora Dani dan cuba menenangkannya. Memang kerap berlaku histeria di Kilang ini, lebih-lebih lagi syif di sebelah malam.

Khudrat Nora Dani memang luar biasa. Hampir tiga orang lelaki memegangnya, namun masih belum mampu menandingi khudratnya itu. Iqram Dinzlay yang mempunyai susuk tubuh ala-ala Sazali samad tercampak ditendang Nora Dani. Begitu juga Valentino Rosli dan Khalid jerlus. Aksi Nora Dani itu membuatkan hampir kesemua operasi kilang berhenti, Semua pekerja berlari dan meluru ke tempat aksi tersebut.


Nora Dani berulang-ulang kali menjerit dengan suara yang nyaring

"Jangan ganggu aku"

"berikan hak aku"


Hampir lima jam Nora Dani menjerit-jerit ayat yang sama. Valentino Rosli yang bekerja sebagai Supervisor berasa hairan. Sebelum ini memang kerap berlaku Histeria di kilang ini, tapi ayat yang terpacul dari mulut Nora Dani membuatkan Valentino Rosli bertambah hairan.


"Apakah jenis makhluk yang merasuk badah Nora Dani ni, adakah haknya diganggu?" Kata Valentino Rosli dalam hati dengan muka suci ala-ala Ahmad Durrah.


Akhirnya Nora Dani tenang dengan sendirinya selepas pihak pengurusan kilang datang dan dibantu oleh Ustazah Waheeda Hayy. Semua pekerja beransur dari tempat kejadian dan menyambung kerja masing-masing.




**********************************************



Esoknya, Nora Dani dipanggil pihak pengurusan kilang. Dia diberi cuti rehat selama dua minggu.Dia sudah tidak diganggu buat sementara. Nora Dani juga diberi gaji Overtime yang tertunggak hampir setahun akibat kegawatan ekonomi.Kini haknya sudah diberi.

Sememangnya pekerja kilang tersebut sudah lama tidak menerima gaji Overtime. Ini adalah ekoran kegawatan ekonomi yang menyebabkan pengurusan kilang menangguhkan pembayaran.

Dua,tiga hari selepas itu... Pihak pengurusan kilang mengelurkan Memo yang menyatakan, Para pekerja boleh memohon gaji Overtime yang tertunggak itu jika ada kes kecemasan. Jika tiada kes, pembayaran dilakukan secara berperingkat-peringkat.


Syif keesokannya, Valentino Rosli, Iqram Dinzlay dan Khalid Jerlus Histeria dengan serentak............

13 comments:

maharam said...

Salam,
Berbaloi histeria kalau macam tu ;)

Risisita III

Fariq said...

lakonan semata2.. heh

KeCiK said...

Yeah, worth it beb!

Asal nak claim OT je histeria.
Asal nak claim leave je histeria.
Asal nak claim advanced je histeria.

Ingat nak try kat kuliah lah, bila lecture lebih masa je histeria.

:)

Azza Zahra said...

Hahaha~

Klau cemitu, kena histeria
dulu bru dpt claim ek?
Klau satu kilang histeria,
cane lar agaknya, ek!

koshary said...

hehehe, join kecik. histeria time kuliyyah bila lebih masa. =D

menggelupur keluar buih segala hapa. confirm class habis trus.

Azza Zahra said...

Hahaha

Clarky Afif said...

HAHA!
talking bout escapism :P

Chip said...

Walaupun ending dia dah bole agak tapi tetap kelakar.

humbleyat said...

haha mcm2...tak sangka ending mcm tu..

memang berbaloi-baloi..tapi janganlah histeria serentak..kantoi plak nanti...:)

Aura Settlement

hentakbelipat said...

pehhh nasib baik tetunggak semingu..kalau 2 bulan mau nora dani betukar jadi jerangkung mungkin

Fina Sophie said...

rasanya dua org tu histeria serentak mmg dah kantoi tu T___T

CikGadis said...

hahaha. histeria la sgt..

Miss Kira said...

hahahaha..
bgus cdgn ni..
agagagaga