Friday, November 26

Minyak Wangi Bau Tidak Sama?



.salam.

Tahu tak. Kenapa bau minyak wangi berbeza-beza apabila dipakai oleh orang yang berbeza? Menurut sumber yang saya baca (InTrend April 2009), ada banyak faktor terjadinya bau yang berbeza-beza itu. Kalau wangi harum bak kasturi okey juga, tapi kalau pakai teros bertukar jadi hacham semacam jer, tak tergamak hendak pakai. Err. Apa kaitan? Suka jer taip sehingga melalut. Harap bersabar dengan sikap CikGadis yer. Miahahah.

Baeklah. Tak payah melalut lagi. Yer lar tue.

Faktor pertama, pengaruh keadaan sekitar. Pernah tak terjadi pada korang semua, bau minyak wangi yang korang beli tue laen baunya daripada apa yang korang bau di shopping complex. Pernah kan? Kalau bau lagi wangi kira bingo untuk korang kan, tapi kalau bau lagi hapak, rasa macam hendak lempar jer masuk laut. Ketahuilah bahawa persekitaran shopping complex tue tak sama dengan persekitaran rumah korang. Jadi, bila dah jadi perkara macam itu tolong jangan jadi bodoh. Sebab korang sudah baca entri nie kan? Miahahah~

Faktor kedua, suhu yang berbeza-beza. Kejap hujan, kejap panas. Jadi, jangan terkejut lar bila panas bau laen yang timbul, dan bila hujan, laen pulak baunya. Macam bijak pulak minyak wangi kita kan. Macam berperasaan. Macam keluar dari poket doraemon. 

Faktor ketiga, pengaruh gaya hidup. Maksudnya, setiap orang mempunyai bau badan cap sendiri punya. Bukan cap ayam, atau cap Adidas. Bau badan sendiri nie juga boleh mempengaruhi bau minyak wangi kita. Kalau wangi bau korang, minyak wangi korang akan jadi minyak wangi-wangi. Kalau hapak bau korang, minyak wangi korang lebih baek beri nama minyak wangi-hapak. Okeh, aku cuba melawak sahaja. Jangan ambil hati. Tak baek.

Faktor keempat, serasi dengan peredaran darah. Mengikut InTrend, bau sewaktu mula-mula pakai minyak wangi itu tidak sama dengan bau selepas beberapa saat. Sebab, selepas beberapa saat, minyak wangi itu akan mula serasi dengan peredaran darah kita. Aroma yang sebenar sebenar ialah selepas bebearapa saat di badan kita. Jangan tertipu ek. 

Dan faktor yang terakhir ialah campuran bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi tersebut. Alah, macam tidak biasa pulak. Macam buat cucur. Kalau campur ikan bilis, laen lar baunya. Kalau letak cili, menusuk ke lobang hidung mu. Macam itu larh jugak minyak wangi.

Terima kasih InTrend kerana info ini.
Dan terima kasih juga untuk masa yang terluang sehingga kebuhsanan.
Kalau tak, tak jumpa info baru macam ini.
Terima kasih.


Mengenai Penulis Entri Ini :
CikGadis juga penulis untuk blog aku.BUKAN.Cinderella. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter.
Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label CikGadis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Mak, Saya Dapat Award.

5 comments:

Fina Sophie said...

not a perfume fan. i do have, but jarang pakai. sbb dah sedia wangi wakaka k gurau.

nice info. stkt yang sy pernah tau, perfume ikut bau/aura badan orang tu. now tmbh lagi beberapa pint. thanks :)

biskut said...

pakai minyak wangi bukan macam pakai minyak rambut yang xleh tukar-tukar.So,sentiasa lah bertukar-tukar minyak wangi supaya tidak bosan dengan 1 haruman sahaja.

r.k said...

ghua pakai perfume . Habes satu , angkat bau lain , tak pernah kekal .

tapi ghua tak pakai bila jumpa Hati Ghua . Bau badan ada energi dia sendiri . Tapi kena makesure badan bersih la , kalau tak diri sendiri pun tak tahan . heh .

XD

Miss Kira said...

o.0..
konklusinya.. pkai minyak wangi 30 minit sebelum kuar n sebelum beli..
hahahaha

Latest entry: Men's Love

anyss said...

Salam,
saya suka bau yang berbeza-beza tapi tak suka yang kuat kecuali untuk aktiviti luar.

Tak suka gak bau buah-buah, rasa lapar pulak bilau terhidu perfume bau epal ka, stoberi ka...bau durian tadak la plak hu huhu


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga