Monday, November 1

Min Facebook Ilaa Quranbook

BismillahirRahmanirRahim

SATU persoalan. Berapa kali dalam sehari kita 'log in' akaun Facebook yang kita miliki? Hakikatnya, hampir tidak ada yang menjawab hanya sekali dalam sehari. Paling sedikit pun mungkin lima kali sehari. Tidak pasti pula jika solat fardhu 'tamam' lima kali sehari juga.

Apa sebenarnya di dalam ruangan sosial tersebut? Itu kena jawab sendiri. 'Ala kulli hal, mesti banyak perkara yang menarik kerana ramai insan yang sanggup bersengkang mata menghadap skrin laptop atau komputer dek penangan 'wajah buku' itu.




Satu persoalan lagi. Berapa kali pula dalam sehari kita 'log in' hati kita untuk menatap dan membaca al-Quran. Ada yang menjawab, sekali dalam sehari, sekali dalam seminggu dan sekali dalam sebulan, Tidak kurang juga yang mengatakan, jika ada masa terluang baru 'bertemu' dengan 'Quranbook'. Paling menyedihkan masih ramai yang 'buta' dalam mengenal huruf-huruf yang terkandung di dalam Kitabullah. Masya-Allah.

Saya teringat pesan seorang guru saya yang menukilkan sebuah kalam yang amat bermakna;

"Nazorul Quran Barakah" (Melihat al-Quran beroleh keberkatan)
"Qiraatul Quran Hikmah" (Membaca al-Quran beroleh kebijaksanaan)
"Hifzul Quran Karamah" (Menghafal al-Quran beroleh kemuliaan)

Di mana kita berada? Tidak mahukah kita menjadi insan yang mendapat syafaat al-Furqan di hari Mahsyar kelak?

Tidaklah saya menafikan 'kebaikan' yang terdapat di dalam ruangan sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace dan yang sealiran dengannya. Apa yang menjadi persoalan, sejauh mana kecintaan kita terhadap Kalamullah jika dibandingkan dengan 'benda-benda baharu' yang disebutkan tadi.

Apakah kita lupa pesan Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W mafhumnya; "Aku tinggalkan untukmu dua perkara, selamanya kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh terhadap keduannya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya (al-Hadis) - Muwatta : 1395

Usahlah mencari jawapan jika menghadapi kemusykilan di dalam buku-buku lain. Kembalilah kepada al-Quran al-Karim dan dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Nescaya kita akan mendapat keberkatan dan rahmat dalam kehidupan di dunia sehingga akhirat.

Usahlah 'menilik' nasib dan mencari 'rahsia' peribadi di dalam Facebook, kerana kunci segala rahsia terkandung di dalam Quranbook.

Sekarang boleh tanya diri kita, mana satu yang paling kerap kita 'kunjungi, Facebook atau Quranbook. Jika kita masih tidak pasti jawapannya, saya dengan rasa rendah diri mengajak diri saya terutamanya dan kepada semua muhasabah kembali diri kita. Insya-Allah kita akan bertemu ketenangan hakiki bila'melangkah' dari Facebook menuju Quranbook.

Penduga Arus
Kingfisher, Kota Kinabalu, Sabah.

9 comments:

Amni said...

buakak fb lebih kurang 4 5 kali je sebulan.. itupon kalau rajin.. lalalalalal...

sfatimahzj said...

ada kebenarannya...

nur.sa said...

dushh..dushh.. terasa.. :) tapi kenyataan. tak boleh nak nafikan..hoho

Azza Zahra said...

Thx memperingati (:

r.k said...

sometimes , a simple write contains great message like this needs to be passing trough . good job penduga arus . :)

Tupai Karan said...

fb sangat melekakan.. mungkin jugak ni agenda kan, nak melalaikan umat islam.. jangan kata masa untuk mengaji Quran sudah dileburkan untuk 'mengaji' fb, kadang tu orang kita dengar azan pun buat tak dengar ja :(

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

anyss said...

Salam,
Saya tak de muka buku tu...tak ada nengok gak quranbook

Errrr....

Pert Doherty said...

Gua jarang main facebook.. quranbook lagi jarang.. ape gua nak jadi..

Pert Doherty said...

Gua jarang main facebook.. quranbook lagi jarang.. ape gua nak jadi..

Antara sahabat, sijil dan senapang Thompson