Saturday, November 6

mengapa artis Indonesia masih popular di kalangan peminat muzik Malaysia?

wali band#kumpulan Wali Band 
rossa 
#Rossa
     Huh,memang panjang sungguh tajuk entri aku nie...yelah,apabila fenomena muzik masa kini di mana muzik dari seberang masih mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. seingat aku,zaman 2000-an memang zaman kegemilangan muzik indonesia di sini,yelah mulanya dari Sheila on 7,Peterpan(ops..peterporn lah) dan sehingga kepada kumpulan radja,kumpulan dewa 19,kumpulan Kerispatih,Rossa,kumpulan Samsons,Bunga Citra Lestari,dan ramai lagi terutamanya kumpulan band Indonesia. Malah pada suatu ketika dahulu mereka pernah menjadi top bagi peminat muzik Malaysia terutamanya sekali band mereka kerana mereka menampilkan muzik yang berbeza dan sedap di dengar berbanding kumpulan muzik malaysia yang dahulunya nafas muziknya masih berada di takuk lama.


     Namun selepas kumpulan band Indie mula melonjak naik sekitar lewat 2000-an seperti Estranged dan Meet Uncle Hussein sebagai perintis,muzik band indonesia mula terkebelakang dan mula pudar. memang tak dinafikan kumpulan indie sekarang masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan remaja masa kini seperti kumpulan Bittersweet, kumpulan Hujan,kumpulan Bunkface,kumpulan the Times dan banyak lagi. namun kini aku masih merasakan muzik Indie masih tak dapat bersaing dengan muzik Indonesia yang di memang menarik minat terutamanya kaum wanita di mana lagu mereka tidak seperti kumpulan Malaysia yang lebih berentak pantas,lagu band Indonesia pula lebih 'meleleh' contohnya lagu 'baik-baik sayang'.


     Teringat dulu di mana muzik Indonesia mula menarik perhatian peminat di Malaysia sekitar 60-80an seperti Endang S. Taurina,Broery Marantika,Hetty Koes Endang,dan sebagainya. namun persaingan mereka dengan artis Malaysia memang sihat dan radio Malaysia ketika dahulu tidaklah terlalu mengagung-agungkan lagu dari Indonesia tak seperti sekarang.
nike_ardilla_sl_053 #Allahyarham Nike Ardilla
      Malah,aku juga masih terbaca dengan kegemilangan artis Malaysia di era 90-an(era aku kecil-kecil dulu) kerana ramai artis Malaysia ketika itu berjaya menembus pasaran Indonesia seperti Shiela Majid(sejak 80-an),kumpulan Search,kumpulan Wings,kumpulan Slam,Datuk Siti Nurhaliza, (malah kumpulan nasyid Rihan juga popular!)dan ramai lagi. sampaikan industri muzik Indonesia mula gelisah kerana seorang demi seorang artis Malaysia masuk ke industri muzik mereka. artis mereka pada zaman itu yang berjaya menembus pasaran Malaysia hanya boleh dikira beberapa kerat je seperti Nike Ardilla (aku minat dengan lagu-lagunya),Mayang Sari,Deddy Dores  dan beberapa kerat je.

     Tapi kini pasaran muzik negara mereka telah menjadi lebih ketat dan sukar artis-artis Malaysia untuk 'cuba-cuba' bertapak di situ. Yang anehnya,kita pula lebih menggalakkan artis-artis Indonesia mencari rezeki di sini seperti kebanjiran pendatang asing dari Indonesia kerana bagi memenuhi industri pembinaan,pelombongan,rumah tangga dan sebagainya.

     Namun,nak buat macam mana,aku sendiri minat lagu-lagu dari Indonesia. kerana lagu mereka memang sedap dengar di telinga berbanding lagu-lagu Indie yang sebahagian kecil je lagu Indie yang aku minati. tapi jika radio (terutamanya radio swasta) di Malaysia atau industri muzik kita mengehadkan lagu dari Indonesia,maka kita tak dengarlah lagu dari mereka. oleh itu,masalah ini takkan berlaku,bukan?? eheheh..
pst-esok aku mau pulang…maybe tak dapat nak blogwalking esok…lusa baru boleh teruskan niet..ehehe :)

pst: jum usha2 blog aku nie:

16 comments:

Fina Sophie said...

haha btul. lagu2 band dari indonesia sangat sedap didengar.. fresh lagi. ingat lagi, mula2 dgr dari lagu sheila-on-7. then satu2 yang lain masuk mcm lagu2 peter pan, samsons, dewa19, dll.. :) lagu diorang yang menarik tu. ;)

Dayah said...
This comment has been removed by the author.
Apis said...

kumpulan Rihan. hehe.. erm...klu dlu2 mmg artis indonesia femes r kt cni. tp ape yg aku nmpak skang,artis kite dah mampu bersaing.even lagu wali band bg aku,mule2 dgr sedap wooO. tp dah lame2,bosan gak.haha..bg aku la.ape2 pon,majulah sukan utk negara!

Apis said...

rasenye penggunaan fungsi readmore boleh diperbetulkan lg ^^

Seroja SA said...

jln3x....

KeCiK said...

Welcome to the mainstream. Commercialism is the priority. Profit-making major labels are making money of it. The same thing with so-called-indie nowadays.

Artis indon banyak cedok muzik barat. No wonder they are known as one-hit-wonder. Meletup then senyap. Pastu letup balik then senyap balik.

misz myza said...

Hmm.. me memang dah tak minat sgt lagu Indonesia since dorang kutuk Malaysia.. Mmg ade yg sdp... tp muzik malaysia ni pun sbnrnya sedap jugak.. takde lah teruk sangat kan.. kita sendiri je kena terima hati terbuka bila dgr lagu dari Malaysia.. tp skunk ni, me lebih terarah kpd muzik korea berbanding lagu2 dari Barat.. hehehehehe..

nur.sa said...

saya suka dengar lagu-lagu indon. maybe sebab lirik mudah tangkap walaupun sekali dengar. plus lagu slow2 dia yang macam lagu rossa tu pun best bangat.
tapi sekadar suka dengar aje, sokong tu tak la. tapi yang band banyak lately ni, tak kenal mana dah.

indonesia menjaga artis dan industri dorang, tak macam kita, memudahkan setiap orang luar yang mahu femes di sini. tu beza besar dia yang menyebabkan situasi jadi macam skang.

r.k said...

okeh , band-band indie Malaysia banyak yang lagu nya sedap , tapi mereka tiada wang untuk commercialize kan lagu mereka . paling top pun Youtube .

dan orang-orang atasan mainstream pula takde masa nak tengok-tengok muzik dorang ni . baik dorang tumpukan kepada kawan-kawan dorang yang dah popular , and bang! , duit cepat sikit masuk . they dont even care about the music , heh .

anyss said...

Salam,
kena terima hakikat yang indonesia lebih cepat berkembang industri buku dan hiburannya. Depa terkehadapan skit dari kita...sbb tu kot berlagak skit hu hu hu

kita je yang suka lagu2 depa, depa tu mana tau lagu2 kita...dua tiga artis kita je boleh masuk indon. mawi pun tak sampai sana...

tuti said...

besaing aja secara terbuka jgn ada batasan batasan...baik dimalaysia dan indonesia.....besaing secara sehat,,,,nanti ketahuan siapa pemenangnya......

Anonymous said...

hey apa yang kalian ribut kan,kita ni satu keturunan,tak usah ribut2 music indonesia and music malaysia tak da beda lah....jadi kita nikmati saja....peter pan,dewa19,zivilia,siti nurhaliza,ami search dan banyak lagi....mereka tu sama2 best lah...jangan macam anjing sama kucing...peace je lah!tapi harus kita akui muzik indon memang best....sebab entertainer di sana tu sagat maju...

eri karinih said...

kalian jangan bikin statement sendiri soal Indonesia sekat musik malay,coba buka fikiran kalian betul2,jika kami menyekat musik kalian lalu kenapa siti nurhaliza bisa sangat di sukai di sini?padahal saat siti datang ke indonesia ada banyak penyanyi yang setaraf bahkan lebih bagus dari siti.siti datang dengan genre musik berbeda dan rakyat indonesia selalu suka dengan sesuatu yang beda.saya akui genre musik melayu kalian juaranya tapi yang terbaik hanya siti so hanya siti pula yang berjaya di indonesia.janganlah seperti katak dalam tempurung kawan,tuduhan kalian sangat kejam soal industri musik kami.patut kalian tahu bahwa setiap minggu muncul penyanyi baru dengan bakat yang unik dan wajah cantik/handsome,mereka yang biasa2 saja cepat di lupakan tapi yang bagus dan mau bekerja keras pasti menuai hasilnya,bukankah di negara manapun juga berlaku hal sama kan?tidak hanya penyanyi,sekarang pun banyak actor n actress dari malay di indonesia,and u know gals....we support them even we love them...hanya orang bodoh yang mengatakan kami sekat penyanyi malay,be sportive,be creative...malu lah sebagai orang melayu yang katanya tinggi tutur bahasanya hahahaaaa...KAMI SANGAT TERBUKA DENGAN BUDAYA LUAR,

eri karinih said...

jahat sekali menuduh indonesia sekat artis malay,janganlah seperti katak dalam tempurung kawan,bersaing saja secara sehat,ciptakan karya yang bagus,peraingan di sini memang sangat sengit,semua penyanyi lama/baru berlomba2 memberikan karya seni terbaik.befikirlah terbuka.bukankah persaingan itu menciptakan sesuatu yang unggul?

ka bang said...

Biarkn kn mereka

Lian said...

Bezanya ialah, meski dulu artis malaysia terkenal di indon tak satupun dari mereka menggelar konser di indon, tak satupun dari mereka merilis lagu di indo seperti artis indo yg merilis lagu di malaysia dan singapura, meski dulu lagu malay booming di puter di radio indo tapi tak satupun mv mereka muncul di tv indo, dan meski dulu muzik malaysia ramai masuk indon tak satupun dari musisi indo protes apalagi boikot daripada musik malay tak seperti musisi malay yang ramai ramai boikot lagu lagu dari indon, sebab itulah musisi indon sangat kuat bisa keluar dari permasalahan, tak seperti artis malay yg malas dan manja, sikit sikit boikot, sikit sikit demo minta bantuan, tak bisa keluar sendiri.