Friday, November 5

Mendapat Idea Untuk Menulis Blog


Betul ke susah nak dapat idea untuk tulis blog? pasti ramai yang menghadapi masalah ini bukan? Ketika perasaan tengah berkobar-kobar untuk menulis dan kemaskini blog, anda tiba-tiba bagaikan kehilangan kata. Lama termanggu di hadapan monitor, hanya memandang papan kekunci tanpa mampu untuk menaip biar sepatah katapun. Anehnya, bila anda tidak mahu kemas kini blog atau paparkan entri baru, bermacam perkara yang muncul di benak. Pelbagai hal yang anda rasa anda akan tulis. Ide adatang melimpah ruah. Namun saat itu, sangat tidak sesuai untuk anda buat kemas kini di bloh kerana anda sedang melangsungkan aktiviti utama dalam hidup; sedang kuliah, membeli belah, makan, tidur dan sebagainya.

Ke mana sebenarnya idea itu lari ketika anda benar-benar ingin terbitkan entri baru itu? Mengapa DIA yang anda sangat harapkan datang itu tidak muncul-muncul, padahal ketika anda sedang lakukan aktiviti lain, DIA sering kali menjengahkan diri. Memujuk-mujuk anda untuk kemaskini blog. melambai-lambai tumpuan hingga anda hilang fokus dengan apa yang dilakukan saat itu? Apalagi bila anda perlu terbitkan entri mengikut jadual tetap seperti di 100penulis, hinggakan kerap pula anda terbabas entri.


Kali ini saya akan senaraikan beberapa cara bagaimana anda boleh tangkap idea yang bagaikan sengaja mempermainkan kesungguhan anda itu. Semoga, panduan ini membantu untuk anda temukan idea mantap yang sentiasa dinantikan pembaca dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada mereka walaupun sedikit. Panduan ini hanya berkaitan bagaimana nak dapatkan idea sahaja, bukannya mendapatkan trafik.

Sensitif dengan persekitaran dan isu semasa
Banyak isu semasa boleh ditulis walaupun sudah ramai orang lain menulisnya. Namun, anda boleh menulis dari sudut yang lain, menggunakan pandangan yang berbeza, perspektif yang tak sama. Kemalangan jalan raya umpamanya, boleh ditulis dari pelbagai sudut; punca, statistik, kes-kes kemalangan yang sama sebelum ini dan sebagainya. Begitu juga tentang “ragut”, anak-anak meminta sedekah, warga emas menjaja kerepek hingga larut malam, dan sebagainya; banyak perspektif boleh ditulis.

Anda juga boleh menulis tentang hal-hal yang kecil pada pandangan orang lain, tetapi hal itu berlaku dalam masyarakat kita seperti “tandas di masjid”. Kecil sahaja tetapi kat mana-manapun kita bermasalah apabila ke tandas di masjid sedangkan tempatnya adalah masjid. Sepatutnya tandas itu lebih bersih berbanding tempat lain. kecil dan terpencil tetapi ramai yang menghadapi masalah ini. Banyak lagi kan isu terpencil yang lain..anda hanya perlu lebih sensitif sahaja.


Pembacaan yang luas
Membaca jambatan ilmu. Bagi anda yang gemar membaca terutama bahan bacaan yang banyak info, tak ada salahnya berkongsi maklumat. Ada kala, maklumat berkenaan ringkas sahaja tetapi memberi pengetahuan kepada orang lain. bukan semua perkara diketahui dengan baik oleh rakan-rakan yang lain, jadi meletakkan sedikit info tentang sesuatu perkara walaupun ringkas boleh menambah pengetahuan dengan orang lain.

Pengalaman sendiri
Pengalaman sendiri, walaupun bagi anda biasa-biasa sahaja, tetapi pengalaman berkenaan belum tentu dialami oleh orang lain. Jadi, tulislah tentang pengalaman anda sendiri. Mungkin pengalaman itu pengalaman anda menghadiri majlis perkahwinan, belajar kungfu, bertemu artis popular, mengembara ke mana-mana tempat dan sebagainya. Boleh juga ceritakan pengalaman anda menolong keluarga di sawah, menoreh getah atau berniaga.

Pengalaman berkenaan tidak semestinya yang bersifat gah, glamour dan penuh dengan pancaran cahaya kamera, tetapi boleh juga ceritakan pengalaman anda berperahu menyusur sungai, bermalam di tengah hutan atau berkampung di rumah panjang. Menarik bukan?


Pengalaman orang lain
Pengalaman orang lain juga boleh kita tulis. Pengalaman Datok Sheikh Musaphar Syukor ke angkasa lepas, menjelajah ke sesuatu tempat, mendaki gunung dan sebagainya. Ataupun pengalaman rakan-rakan anda yang menjelajah negara lain sepanjang masa belajar di luar negara.

Pengalaman ini pula pastinya beragam. Ada pengalaman manis, lucu, seram, atau ngeri. Semua pengalaman yang unik, tersendiri dan bermakna itu bolehlah dikongsikan dengan orang lain di blog anda. Apa yang penting, setiap pengalaman itu mempunyai nilai yang tersendiri sama ada nilai moral, kemanusiaan, etika ataupun pengetahuan dan h iburan. Namun, elakkan menulis tentang perkara yang bersifat menghina, memfitnah atau cuba meracuni fikiran pembaca lain melalui tulisan yang bersifat propaganda.


Menulis bidang kepakaran atau apa yang anda ketahui secara mendalam
Setiap kali mahu menulis, tulislah sesuatu yang anda tahu. Anda mahir menggunakan photoshop, buat blog, gubah bunga, menjahit manik dan sebagainya, maka gunakanlah kemahiran anda itu. Walau apa yang anda tulis itu anda anggap mudah seperti “cara mengedit gambar”, namun, bukan semua orang mengetahui tentang semua perkara. Bagi orang yang baru cuba mendekatkan diri dengan dunia fotografi, walaupun ilmu berkenaan adalah ilmu asas, tetapi menjadi pengetahuan baru kepada mereka.


Meletakkan gambar-gambar menarik
Anda suka mengambil gambar? Gambar-gambar yang cantik, menarik dan tersendiri juga boleh menjadi subjek untuk menulis. Namun, perlu ingat, semua gambar itu perlulah gambar sendiri. Sekiranya gambar itu anda perolehi dari mana-mana sumber, jangan lupa untuk menyatakan kredit asalnya. Juga, pastikan gambar-gambar anda yang asli itu diletakkan tanda milik anda (watermark), agar hakcipta karya anda tidak mudah dicuri.

Kisah aneh yang benar-benar berlaku
Ramai orang suka untuk mengetahui tentang hal-hal yang aneh, ajaib, pelik tetapi benar-benar berlaku. Sekiranya anda terjumpa atau mengetahui tentang perkara-perkara yang sebegini melalui pelbagai sumber yang boleh dipercayai...jadikanlah hal sebegini sebagai antara perkara yang boleh anda letakkan dalam blog. Kisah yang sebegini akan sentiasa dicari oleh pembaca walaupun anda telah menulisnya beberapa tahun lepas. Anda juga boleh letakkan gambar-gambar berkaitan. Tidak semestinya gambar tersebut melibatkan gambar orang, tetapi juga boleh terdiri daripada gambar bentuk muka bumi, haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Masih banyak cara lain yang boleh anda lakukan selain daripada perkara di atas. Paling utama anda mempunyai buku catatan kecil yang boleh dibawa kemana sahaja anda pergi. Catatkan apa sahaja idea yang muncul pada ketika anda lakukan kerja-kerja lain supaya anda tidak lupa. Dunia dah semakin canggih, anda juga boleh rakamkan idea anda itu ke dalam telefon bimbit dan menulisnya nanti apabila berkesempatan. Sebaiknya, anda perlu mempunyai beberapa entri yang telah siap ditulis. Koleksi entri ini amat berguna terutamanya apabila anda sangat sibuk seperti perlu menelaah sebagai persediaan menghadapi musim peperiksaan untuk tempoh waktu tertentu atau berada di luar kawasan.

Bagaimana? Masih belum ada idea untuk menulis entri?


26 comments:

Amni said...

yang jadi tak de ideanya bila malas nak menulis macam saya...=P

ztie said...

masih kekurangan idea.. huhuhu... oh.. idea.. silalah datang menjenguk

dya adriza said...

Seriously saya suka entry ni. Sebab, semalam schedulue saya, tapi seharian saya termenung merenung skrin tak tau nak tulis apa. Sangat sadyat semalam, dari pagi sampai malam schedule saya pukul 11 malam.

Terima kasih berkongsi tips menarik ini ^^

azzey said...

mcm saya kdg2 buntu jg.....tp kejap je.......pemerhatian di sekeliling pun blh jd bahan utk menulis.....:) insyaallah

eiela said...

macam-macam perkara bleh dijadikan idea cuma kena kreatif je untuk tarik pengunjung datang ke blog kita.

Fina Sophie said...

suka tips2 ini. thanks! ;)

kusut said...

encik idea ni perangai macam kucing. bile kite nak cari dia mule la dia hilang. bile tengah sibuk buat benda lain sibuk dia datang kat kite

time makan mesti laju je dia (ok part ni aku cakap pasal kucing ye)

fariehan ibrahim said...

nice~!
akn di ilham kan mgkin, ^^

KeCiK said...

Idea ni datang bila kita dah off pc/laptop. Dah offline and pre-stage sebelum tido.

Time ni la tetiba "Eh..apsal aku tak tulis pasal ni..pasal tu..., ok takpe, bsok dah ada idea nih"

Bila esok bukak je pc/laptop, blank balik.

:(

Chip said...

Aku tau nie mungkin cara "old school" tapi aku punya idea salu datang time-time pelik. Tengah dalam toiletlah, time terjaga pagi-pagi butalah, etc. Jadi, apa yang aku start buat sekarang ialah bawak sebuah notebook (buku 555 pun ok gak) ke mana-mana. Bila datang je idea, aku tuliskan nota ringkas dalam notebook tu (bilalah nak upgrade ke iPad pulak ye?). Bila dah tulis tu, senang aje nak ingat balik nanti.

maharam said...

Amni: Tak dapeklah nak nolongnya ;)

maharam said...

ztie: Apa kata tulis tentang mimpi...apa2 sahaja mimpi yang pernah alami

maharam said...

Dya Adriza: Moga2 entri ini dapat membantu untuk tulis entri pada masa depan. Tak cukup hanya merenung skrin komputer sahaja...banyak yang boleh dilakukan. Cerita tentang rakan2 sendiripun boleh juga ;)

maharam said...

Azzey: Buntu dan kekeringan idea akan tetap ada, namun kalau kita bijak tanganinya dengan pelbagai cara sebegini...idea baru mudah muncul

maharam said...

Eiela: Yup! tepat sekali. Kreatif juga perlu setelah ada idea untuk tulis

maharam said...

Fina: Terima kasih. Moga2 akan membantu

maharam said...

kusut: sebab tu kena ada buku nota...ataupun rakamkan saja suara ke telefon. telefon sekarang dah canggih; mudahkan kerja

izfanora said...

betul-betul..

kadang dok dpn lappy lama, tapi idea xder..

maharam said...

Kusut: perlu bersedia sepanjang masa...apa salahnya bawa buku nota ke bilik termenung. Sambil menung apa salahnya tulis idea yang datang ;)

maharam said...

Fariehan: Kena rajin berlatih

maharam said...

KeciK: catat sahaja di buku 555 dalam bentuk draf. dah on balik komputer, boleh terus sahaja tulis sebab idea utama dah datang semula

maharam said...

Chip: Buku nota adalah cara klasik yang selamat. bila-bila masa dan dimana sahaja boleh catat. Cara ini dilakukan oleh ramai penulis tersohor seperti A.Samad said. Sambil tunggu bas pun boleh tulis idea

nur.sa said...

idea,idea dan idea. utk menulis di blog 100penulis ni yg buat sy kurang idea. cth, esok kena post hari ni baru garu2 kepala. thanks. entry bergambar, okay jg idea tu. :D

anyss said...

Salam,
Idea banyak...masa tak berapa banyak ;)

CikGadis said...

slalunya idea datang bila dah terdesak sangat2. harharhar.

Shasha Catering said...

Terima kasih di atas idea-idea yang diberikan. Memang bagus ;)