Tuesday, November 16

Meminta maaf, memaafkan dan melupakan..


Last week title entry i Mudahnya Membenci Orang. Macam-macam komen yang i dapat. Thanks uols ^_^

Kali ni i buat plak meminta maaf dan memaafkan.. Tajuk simple tapi perkara tu adalah perkara yang sering terjadi dalam hidup kita. Tak kira la kita meminta maaf atau kita memaafkan orang. Kata maaf itu juga melambangkan penyesalan kita terhadap apa yang telah kita lakukan.

Jom sambung baca pendapat i...


Meminta maaf

Lazimnya bila kita melakukan kesalahan, kita sepatutnya meminta maaf tak kira kesalahan tu kecil atau besar. Tetapi, mudah ke orang nak meminta maaf? Kalau orang yang ego tinggi, jangan mimpi la dia nak minta maaf even itu kesalahan dia sendiri. Tapi ada juga orang yang mudah minta maaf even dia rasa bukan dia yang salah. Sikap tu kita kena puji dan harus ada dalam hidup kita.

Kadang kala benda simple pun boleh jadi isu pasal maaf memaaf ni. Contohnya bila kita terlanggar orang secara tak sengaja. Terutama bila kita tengah kejar masa, orang plak ramai. Kalau kita minta maaf cepat-cepat, confirm orang tu tak jadi marah dan senyum je. Kalau lelaki terlanggar perempuan, boleh jadi itu jodoh mereka juga kan? ^_^

Tapi kalau kita tak minta maaf, silap-silap boleh dapat maki hamun dari orang yang kena langgar tu. Kalau tak pun, sampai bila-bila pun orang tu akan ingat. Kalau dia kena langgar masa kat parking kereta, confirm sampai ke opis pun dia cerita kat kawan2 dia. Betul tak?

Tapi itu perkara yang kecil, pun boleh jadi besar dan berat kalau tak minta maaf. Macamana pula untuk perkara yang berat? Boleh jadi dendam!


Memaafkan

Tahu tak memaafkan tu salah satu cara untuk menghilangkan stress tau! I pernah pergi ceramah, dan penceramah tu yang cakap. Dia ada ajar cara-cara untuk memaafkan orang dengan seikhlas hati. Masa dia ajar tu, i buat sekali. Memang terasa sangat sampai nak menitik airmata ni.

Bagi orang Islam, boleh guna cara bawah ni untuk memaafkan orang seikhlas hati..

"Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala. Saya maafkan setiap apa yang dia telah lakukan kepada saya selama ini dengan seikhlas hati saya. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala (ulang tiga kali)."
Insya allah akan jadi lebih tenang lepas tu.
Memaafkan dan melupakan

Tapi mudah ke orang nak memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan perkara tu dengan seikhlas hati?Lagi-lagi kalau kesalahan tu agak berat. Maksudnya melupakan terus hal tu tanpa diingat lagi.

Tapi yang sering berlaku, walaupun mulut kita kata kita dah memaafkan orang tu, tapi kita mesti akan ingat perkara tu. Lagi-lagi kalau perkara tu betul-betul melukakan hati kita. Yang memberi kesan mendalam dalam diri. Perkara tu boleh menjadi ungkitan dikemudian hari even maaf telah diberikan. Ada kan macam tu sebab i pun ada alami benda tu. Tak boleh nak tipu la. Kita bukanla nak menanam dendam dalam diri kita, cuma itu macam menjadi benda yang kita akan kenang sampai bila-bila. Tak boleh nak lupa.

Sangat susah nak cari orang yang boleh lupakan perkara yang menyakitkan dalam diri dia macam tu je. Kalau kesalahan tu melibatkan duit, lagi orang susah nak lupakan. Kan? Ternyata tidak mudah menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain..
"Orang yang berjiwa besar ialah orang yang mampu memaafkan kesalahan orang lain walaupun betapa sakit hati ketika kesalahan itu dilakukan ke atas dirinya kerana menyedari bahawa kemaafan meraih kasih sayang Allah SWT, tidakkah Allah antara namaNya “ Al-Afuwwu” Maha Pemaaf, maka ketika kita memaafkan kesalahan orang lain kita sedang berusaha merapatkan diri dengan Maha Pemaaf!"
P/S : tapi untuk kesalahan yang berulang kali, mudah ke untuk kita memaafkan? Susahkan untuk menilai hati walaupun hati kita sendiri.. ^_^

15 comments:

nas said...

yup2
aku paling suke kalau ader orang yg memaafkan kesalahan orang lain..
orang macam nie mmg bagus n tabah hatinya
aku pon pernah memaafkan orang tp bukan semua...ader yg sudah sakit hati,xmampu aku maafkan..hehe

latest entri:

Makin Ramai Artis Sudah Memakai Tudung, Alhamdulillah

chenta said...

betul tu. bukan ssh nk maafkan org kan? ^_^

Sambung pasal nampak kapal laut dari rumah i!

nur.sa said...
This comment has been removed by the author.
nur.sa said...

nak memaafkan tu, kadang2 saya kena amik masa sket. hehe. sebab lepas maafkan pun, masih teringat apa org dh buat kat kita. aih..

afifaa. said...

nak maafkan tu senang je. tapi tak boleh lupa. ambil masa jugak nak lupa.

Latest entry : promote banner

Apis said...

huhu...pernah terjadi kt aku.orang tu wat salah.pastu dia mntak maaf.aku pon maafkan.pastu dia wat lg.aku maafkan lagi.pastu dia watttt lagiii... ok.aku maafkan lg.pastu dia wat lagiiii..... aku bengang. wat xtau je pastu.

Hari Raya Aidiladha Yang Sedih

Fina Sophie said...

aihs. memaafkan dan dimaafkan ni.

bak kata org, setiap kali tidur, maafkan apa2 yg berlaku hari itu..

tp kena ingat juga, kita juga msti ada slh apa2 dkt org smda yang kita tak sedar atau sedar. mcmna kita nak org maafkan kita, mcm tu juga mgkin org tu nak kita maafkan dia kan. ita mmg perlu masa utk maafkan org.. bukan smudah tu je nak lupa. biasanya dlm hal2 mcm ni, kita takleh pksa hati kita utk maafkan org, kalau paksa tak ikhlas. biarlah amik masa byk sikit, jnji ikhlas juga akhirnya.

kusut said...

kadang2 tu ade orang yg mintak maaf mcm tak ikhlas.. macam bile dah cakap 'maaf', semua settle. aku tak suke perangai aku camni tapi aku kadang2 needs convincing yg orang mintak maaf tu betul2 mean it.

then again, aku bile mintak maaf pun aku need convincing yg the person im apologizing to dengar and know i really meant it

chenta said...

nur.sa : susahkan nak melupakan??

afifaa : mmg mudah memaafkan tp nk melupakan tu susah..agak2 kenapa??

apis : hah!bila dh buat slh byk kali, itu mmg tersgt susah nk dimaafkan!

chenta said...

fina : tp nk dpt keikhlasan tu yg payah..kan?

kusut : setuju dgn kusut. biarla maaf tu betul2 diterima supaya kita pun tak susah ati.kdg2 bila kita tahu kita ada buat slh dgn org, then bila kita minta maaf, tp dia mcm nk taknak je dengar, kita mst rasa tak senang hati kan?

anyss said...

Salam,
Kalau takat terlanggar bahu, boleh aje memaafkan dan lupakan begitu sahaja. namun, dalam hidup ni, bukan semudah langgar bahu macam tu je...kalau dia memang dah dajalkan kita hingga jadi titik hitam dalam hidup ke, hingga calarkan nama kita ke, hingga ubah hidup kita ke DENGAN NIAT memang nak jahanamkan kita, memang bukan mudah nak maafkan. Apa lagi kalau dia buat pula berkali-kali, lagilah rasa nak hampuk je kepala dia dengan kasut.

Apa2pun, biarlah Allah yang balas semua dosa dia, jangan pula kita balas balik dengan cara yang sama. Mana bezanya dia dengan kita kan...


Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

suka sgt part cara memafkan org seikhlas hati lillahi Taala..

Tapi kalu ader yg wat berulang2 kali tetapi maaf yg tidak ikhlas dan tak de rasa serik..memng la tak patut, tapi tugas kita pula untuk bimbing die supaya kesilapan tu takkan berulang kembali:)

Mana Dia Clipper Spekku?

humbleyat said...

suka sgt part cara memafkan org seikhlas hati lillahi Taala..

Tapi kalu ader yg wat berulang2 kali tetapi maaf yg tidak ikhlas dan tak de rasa serik..memng la tak patut, tapi tugas kita pula untuk bimbing die supaya kesilapan tu takkan berulang kembali:)

Mana Dia Clipper Spekku?

Miss Kira said...

insyaallah akan dilakukan walaupun susah...

i used to forgive people but not forget what they've done..

pau.cokolat.27 said...

slm...nk share boleh ? huhu post yg menarik.. :)