Innalillah.. Masanya sudah tiba. Kita sebagai hamba-Nya perlu redha dan terima kenyataan yang telah disuratkan buat hamba-hamba-Nya.
Ketika aku menulis entry ini, kami sekeluarga diberitakan mengenai pemergian Wak Min (abang ipar ayah) yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital. Saat ini, kami sekeluarga sedang menunggu kepulangan jenazah daripada hospital.
Semalam, aku memang tak tahu nak menulis entry apa kerana sibuk dengan urusan keluarga. Hari ini, sedang aku ingin membuka laptop,
berita mengenai Wak Min sedang nazak di hospital ku dengar. Ayah sedang mengikuti kursus di luar daerah. Mak terus ke hospital. Aku di rumah menyiapkan adik-adik sekolah, memasak dan segala yang lain.
berita mengenai Wak Min sedang nazak di hospital ku dengar. Ayah sedang mengikuti kursus di luar daerah. Mak terus ke hospital. Aku di rumah menyiapkan adik-adik sekolah, memasak dan segala yang lain.
Entry ini aku tulis agar blogger yang lain dapat mendoakan yang terbaik untuk arwah yang telah pergi. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang ada akhirnya pasti akan hilang. Semua di dunia hanya pinjaman semata. Moga kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang tahu menghargai.
Arwah seorang yang garang, tetapi sangat baik hati. Lama dia menanggung sakit buah pinggang. Aku salah seorang anak buahnya yang selalu berulang-alik ke hospital mengambil ubat-ubat untuk arwah. Cepat masa berlalu. Aku menginjak dewasa. Arwah pula makin jarang bergurau-senda. Paling tak boleh ku lupa, Hari Raya Aidilfitri yang lalu, ibu arwah pulang kepangkuan Yang Maha Esa. Tinggal beberapa hari saja Hari Raya Aidiladha menjelma, arwah pula tiada. Tahun ini, dugaan kami sekeluarga amat hebat. Semoga arwah di tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.
10 comments:
innalillah....ajal maut memang nyata..semoga tabah ok
takziah ezzu ucapkan kpd keluarganye.....
"Semoga arwah di tempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman."
Amin.
Al-Fatihah.
takziah,be strong girl:)
p.s. banner lawa!suka!
takziah.al-fatihah untuk arwah.
takziah atas kehilangan. ajal maut semua ketentuan illahi. kita doakan yg terbaik
al-fatihah
terima kasih semua..
alhamdulillah, semua berjalan lancar..
takziah, Allah lebih menyayangi.. al-fatihah..
takziah izfanora..
sentiasa sedekahkan alfatihah untuk arwah ye..
Salam,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Alfatihah. Doakan Allah menempatkan arwah bersama para kekasihNya. Aminnnn
Risisita III
Post a Comment