Thursday, November 11

Manusia Lebih Kejam dari Binatang!!


FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di 'paksa' makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).

 
Nampak sedap kan..  

Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.


 

Apa kisah disebalik gambar ini? Klik read more~




Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal.

 

Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.

 Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini…

Bersusah payah si angsa menahan derita

Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri.

Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur kerana lehernya berulang kali dipegang untuk di 'paksa' makan.
 
Angsa-angsa ini dipaksa makan sebanyak-banyaknya....walaupun mereka menolak.
 
Kasihan..
 
Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.

Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati karena tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan.
 
Jadi? Apa pendapat anda? Kebanyakan mereka yang saya jumpa, bila saya tunjuk gambar ni, masing2 kata geli la apa la.. Pernahkah anda terfikir apa perasaan makhluk ini? Alhamdulillah, perkara ini tidak terjadi di negara kita. Tapi di luar sana, perkara ini adalah umum. Mereka tidak pernah ambil peduli tentangnya. Yang penting, business jalan.
 
Anda sendiri mampu menilainya. Maafkan saya, entry ini saya kutip dari blog saya, sebab saya ada exam petang ni. Untuk penjimatan masa, copy paste itu perlu. Salam sayang dari saya.

18 comments:

Shaofie said...

kejam giler.
memang kejam.
sama je macam pembunuhan dolphin di jepun.
memang tak perikemanusiaan langsung. semuga tuhan menurunkan balasan setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan terhadap angsa-angsa yang tak berdosa tu.

sedih dengan dunia kini.

Azrul Hisham said...

fuhhh...kejam gila diorang buat macam tu... :(

chenta said...

kejamnya..kesian sy tgk :(

i am S!L4H.. said...

ksiannye angse tuuuuuu....
knpe dorg wat cmtu?
x phm la...

nabilah_2908 said...

ya Allah...kejam nya mereka....

bila tgk gambr makan tu balik...mula rasa mual...huhu...

jom ke APA KATA HATI pulak,
DREAMER FRUIT

koshary said...

pernah juga tengok video macam ni, untuk ayam dan lembu, diorang cucuk hormon bagi cepat membesar, tapi kaki diorang tak mampu tampung sebab berat sangat, terus bengkok bengkok.

samalah macam ni, heishh. manalah pergi insan.

Azza Zahra said...

Ksiannyer! Kejam tol!
kalau Islam lar penternak
tuh,mmg berdosa besar.

izfanora said...

kebodohan yang terserlah. hilang sifat keperimanusiaan. bila hilang iman dan pedoman, manusia lupa pada DIA. bagi mereka, kekayaan duniawi semata-mana. semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka. biar mereka bermimpi andai mereka diperlakukan begitu.

Jenguk lah kat sini juga:
Kenapa Abang Suka Buli Aku

MuJE said...

aku pernah tengok video ke gambar buat benda ni.. seyes keji nak mampos! sanggup makan hati jer.. yang len-len buang.. gile gile...


Roti Gardenia perasa vanila harganya 60 sen satu

Fina Sophie said...

why. :(

angsa itu juga makhluk Allah. whyy? :(

Fynn said...

shoot...aku taa suke doh,org buat mcm ni.
you guys should see fur farm.
lg teruk okay!
imagine,dorg siat binatang hidup semata mata nk dptkn bulu for fur coats.

cheap and low.

nur.sa said...

keji!
sanggup buat macam tu semata2 nak penuhi nafsu makan dorang sendiri.

seksanya binatang2 tu. sadisnya..

humbleyat said...

kesian angsa tu kena paksa makan sampai mati...T.T

kusut said...

firstly.. ew.

ni la jadiknye bile terlalu pentingkan profit. dlm industri pemakanan, ade satu bidang yg dinamakan 'animal ethics' which pentingkan hak ternakan supaya tak terseksa hidup. camtu la pemahaman aku pasal animal ethics tu. tak tau la baru ke ape tapi aku baru2 jugak la tau pasal tu

anyss said...

Salam,
Kalau orangpun boleh dianiaya dibuang merata disiksa...apalagi haiwan kan.

Bila hati telah hitam...rasa belas terbuang entah ke mana. Sedih betul.

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Salam,
Ohhhhh sangat tak berperikemanusiaan...

Risisita III

Kimmy Ai said...

huuuu.. sedih!!! ='(


Testing banner

Miftahul Faraha said...

kalau aku kaya, aku nak g tempat 2. aku beli ladang angsa 2 semue then ake lepaskan. geram lak aku tengok manusia2 durjana 2.