Tuesday, November 16

malu untuk jadi diri sebenar?


Photobucket


ada tak orang yang malu, segan untuk jadik diri yang sebenar? aku rasa aku tak keseorangan yang macam tu. kalau aku sorang je yang rasa sebegitu, mari gelak ramai-ramai. hahaha ok2 serius. seperti dalam post aku sebelum ni, aku rasa aku ni minat seni tapi tak pernah nak tonjolkan minat aku tu. kenapa agaknya ek?

pertamanya, mungkin faktor sekeliling. sebagai contoh, kau dikelilingi oleh orang yang cool, otai, yang kalau cakap main redah depan mata je. lepas tu kau ni minat seni. apa akan jadi? satu hari kau berjiwang-jiwang memang 100% kepastian yang kau akan kena 'tembak' lepas tu! haha. ya, aku memang la kena tembak selalu. tapi lepak ngan orang2 macam ni kadang2 buat hati kau makin keras. dan aku suka!


kedua, perasaan rendah diri yang mendalam. sebagai contoh, aku ni suka sangat kalau ada gambar yang cantik, menarik , kebabom! memang tangkap cintan terus. dan mula lah menanam minat dan azam untuk ambil gambar seperti mereka2 yang pro. aku beli dslr. nikon D90. daripada guna auto, aku pelan2 belajar guna p. kemudian sekarang dah berjinak-jinak dengan manual lak. sebab apa? sebab aku minat, dan aku nak amek gambar yang macam aku tangkap cintan tuh.

tapi kadang-kadang, sebagai manusia biasa ni memang perasaan rendah diri yang menebal. lagi apabila kau di kelilingi oleh orang yang sumer terer amek gambar cantik2. kejap je dah guna manual. rasa malu tak bertempat la pulak jadiknya kan. haha. tu ok lagi, tapi kalau orang2 sekeliling kau ni suka kondem hasil kerja kau. nak tunjuk dia sorang je yang terer amek gambar. orang edit2 sket cakap gambar tak ori. perghh menusuk ke kalbu terus la kan. pelan2 amek guni menyorok dalam tu.

tapi harini, aku dapat satu email. amaran awal : mungkin korang dah pernah nampak berjuta kali gambar ni di mana-mana. tapi aku tertarik dengan tajuk "why you should always carry a camera" berserta isi gambarnya buat aku semangat jap! haha. 

gambar cute :

















tak ke comel????? memang lagi best kalau kau sendiri yang dapat snap kan? satu perasaan puas hati yang .............muuaaahhh! eh muah pulak. sorry tak tahu nak tonjolkan macam mana kepuasan tu.ya, aku selalu bawak camera kalau g jalan2. tapi kadang2 end up simpan dalam bag je. mungkin ini satu anjakan yang aku boleh ambil kan? 

p/s : pendapat kamu2 macam mana?
p/p/s : nasihat sikit plis?
p/p/p/s : ini dan ini adalah antara gambar yang aku ambil guna manual. dan ada 2 3 keping yang aku edit untuk ubah pengcahayaan misalnya. please give me any comment, supaya aku semkain tak malu dan segan nak bawa camera ke mana2.

10 comments:

nas said...

Hak2...cute eh gambar2 tue..comel je,..sian si kucing tue muke masam kene tikus..hehehe..
weyh,..cmne ko buat cm2...aku tak tahu la :P


Syukur..semakin ramai artis yg memakai tudung

cKyN WaN said...

buat apekah?

cuti raya haji ditunda ke minggu depan

Apis said...

cantek ah gambar bunge2 tuh. huhu.. yap,kite perlu berkawan ngn org yg pandai kalo kite nk pandai. heha!

Hari Raya Aidiladha Yang Sedih

Fina Sophie said...

ala ala ala ala alaaaaa... comelnya smuaaaa.. takleh la tgok gmbr kucing. mesti rasa mcm jiwa tiba2 jd nak geram2 aje. ekekekkkk

kusut said...

malu tu biase. tapi takyah pedulik sgt.. and utk dptkan opportunity foto yg best & unik, bersedialah utk buat ape2 pun. nanti bile dapat gambar yg buat kite betul2 puah hati, malu mase berbaring kat tepi jalan utk amik gambar low angle wide lense menara yg menarik akan rase berbaloi

pasal bawak kamera selalu2 tu, memang betul. and rajin2 la snap gambar. zaman digital tak rugi amik berapa ribu gambar pun.. tak suke boleh delete kan?

ckyn said...

@ apis : betul3. kena kawan ngan orgy pandai utk jadik pandai. tapi harap2 org pandai x kondem org tak pandai hehe

@ fina : comel kannnnnnnnnnn. memang geram je tengok

@ kusut : tq! tapi harini g solat raya bawak camera besar2, berat bag tapi lupa letak memory card! rasa macam nk menangis je T_T

izfanora said...

bila ditengok-tengok, most of the cat pic kt atas tue sumer pandai berposing dpn kamera.. =)

xperlulah nak rendah diri sangat. orang bangga diri sangat tue pun sebenarnya pernah rendah diri juga dengan orang lain. hahaha.. maybe dorang kena 'blame' dengan orang lain, so dengan u, dorg blame u lah bcoz u baru. just think positive.

link pic yg u bg tue, kalau orang biasa cam saya tgk, dah kira pro lah tue. nice job. teruskan usaha anda.. =)

anyss said...

Salam,
Saya dianggap Orang Yang Gagal sejak sekolah Rendah. Tapi satau je kelebihan yang saya ada; YAkin diri. Jadi, saya buktikan kepada semua yang saya mampu jadi lebih baik daripada rakan2 yang bagus tu. Akhirnya, saya berjaya lebih cemerlang berbanding rakan2 saya yang cemerlang sejak sekolah rendah itu.

Kini, semua orang terpaksa terima hakikat bahawa saya memang telah ditakdirkan untuk berjaya LEBIH berbanding mereka dengan usaha yang lebih berganda berbanding usaha mereka. Kalau saya boleh, mengapa orang lain tak boleh? yang penting usaha...kalau dah usaha tetapi masih gagal...paling tidak dah usaha. Bukannya gagal percuma

Semua gambar tu cantik dan berseni...tambah sedikit lagi ilmu dan latihan, tak mustahil akan setanding dengan otai

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

hi ckynwan!

jangan rendah diri yang terlalu rendah,boleh ajer nak merendah diri tapi biarlah berpada2 tapi jangan sampai ujub plak..dapt catatan dri tangan kiri si MAlaikat..:)

jadi ilmu sgt penting untuk meningkatkan keyakinan diri.

yg penting jgn malu2 dan segan, teruskan usaha yerk..letak target ckynwan..

tingkatkan prestasi kurangkan kontoversi...cam kat melodi la plak...hehe..

Mana Dia Clipper Spekku

Miss Kira said...

kira pun suka tgkp gmbr jugak...
xp x bli kamera lg..
just tgkp guna hp..
;)

apapun..ikut kata hati k..