Sunday, November 14

Mak Cik Bedah Oh Mak Cik Bedah

Ada lagi kisah Mak Cik Bedah
Macam ini ceritanya...

Mak cik Bedah gembira sangat mengikuti rombongan ke kotaraya.
Sangat gembira. Lebih-lebih lagi apabila penginapan mereka ditaja.
Mai sini nak habaq. Bukan hotel biasa-biasa.
Hotel berbintang-bintang-bintang-bintang-bintang.
Bagi orang kampung seperti Mak cik Bedah, dapat tidur di situ seperti tidur di istana.
Seronoknya Mak cik Bedah.

Seperti biasa, ahli rombongan di minta berkumpul di lobi hotel.
Aktiviti lawatan hendak bermula.
Semua ahli rombongan bukan main lagi. Bersiap sakan.
Termasuklah Mak cik Bedah.
Mereka berjalan beriringan ke arah lif selepas pintu hotel ditutup.
Tak payah kunci. Automatik terkunci.

Teruja sangat Mak cik Bedah dan kawan-kawan.
Nak jalan-jalan kotaraya katakan.
Mereka mula berangan hendak membeli dan belah di sana nanti.
Bila lif dah sampai di lobi.
Keluarlah Mak cik Bedah dengan bangganya.
Kononnya, hari itu hari tercantik bagi dia.
Memang cantik.
Berpakaian lain dari hari biasa. Merah lagi tue!

Tiba-tiba,
kawan Mak cik Bedah menyapa.

"Eh Bedah! Mana kasut kau??"

*****

Kejadian macam ini selalu terjadi kan?
Tapi, saya belum pernah lagi buat perangai badut seperti itu.
Hehehehe.

Ada lagi cerita tentang Mak cik Bedah.
Lain kali larh yer.

Selamat berhujung minggu.
Esok saya ada exam. Doakan yang terbaik buat saya yer.


7 comments:

nur.sa said...

hehe. sy pernah keluar dari kereta dengan sebelah kaki pakai sandal satu lagi pakai heels. jalan senget sebelah baru perasan.. @__@

harap2 tak jadi macam macik bedah bila saya tua nanti.hahaha

afifaa. said...

good luck exam :)

Fina Sophie said...

ehhh.. pernah pernah. wakaka. sbb hotel tmpt sy tinggal tu mmg dlm shopping mall tu. so mybe terfeeling mcm rumah sndiri kottt.. hoho bleh pakai tak alasan ni? XD

byknya cerita makcik bedah... real character or what :P

CikGadis said...

nur.sa : oh kesian. hahaha.

afifaa : tq dear =)

fina sophie : mkcik bedah mmg wujud tp nama dia tlah ditukar utk mnjaga maruah de dan kuarga de hehehe

hentakbelipat said...

nape lah x tego mase dkt kedai je..tgk jjauh mane hebat cik bedah

chenta said...

tak pernah la jadi mcm tu lg..hehehe..harap2 tak jadi la :P

Sambung pasal nampak kapal laut dari rumah i!

Miss Kira said...

kira pnh kuaq hotel x pkai kasut..
sbb ada karpet.. nseb bek sdr..
hahaha