Friday, November 12

Mak Cik Bedah dan Mak Cik Siti

Di suatu kenduri perkahwinan...

Mak cik Bedah dan Mak Cik Siti.
Makan sebelah menyebelah.
Mereka makan tidak ikut sunnah Nabi.
Diam ketika makan - tetapi mereka tidak.
Ketawa berdekah-dekah. Gosip orang-orang kampung.
Orang lain tak marah.
Tapi siap pasang telinga.
Tumpang sekaki mendengar gosip.
Ala, gosip. Siapa tak suka kan?
Satu pinggan? Mana cukup.
Tangan Mak Cik Siti, mencedok nasi sekali lagi.
Begitu juga Mak Cik Bedah.
DAN, berbual lagi. Tidak ingat dunia.

10 minit kemudian
 Habis makan basuh tangan.
Tangan basah.
Cari sapu tangan.
Mak cik Bedah mengeluarkan sapu tangan dari poketnya.
Dilap tangan yang basah itu.
Dan sekarang, giliran mulut pula.
Tiba-tiba..

"Eh Bedah! Kau lap guna apa tue?!"
"Ya Allah! Nie seluar dalam laki aku!! Macam mana aku boleh tersilap bawa nie???!"

 Hehe. Cherita ini cherita sebenar yang terjadi di kampung saya.
Ketawa berdekah-dekah apabila kami bercherita tentang hal ini semula.
 
Pengajarannya : Sila fikir sendiri.

17 comments:

Daniel said...

haha..damn giler makcik bedah

Rebelle Me said...

ni bukan kes gosip hebat..
ni kes tak tengok betul-betul..

hebat Cik Bedah!
(:
sayang laki lebih..

nur.sa said...

aii macikk. sedap sangat bergosip sampai tak sedar apa yg ada dalam beg sendiri. hehehe. adoii..

Chip said...

Pengajarannya: Bedah memang sayang sangat lakinya sampai terbawak-bawak ke kenduri orang...ahaks!

anyss said...

Salam,
Cik Bedah oh Cik Bedah...Allah bayar Cash tu hu huhu

koshary said...

apakah simpan seluar dalam inside handbag? weird ni weird. :D

maharam said...

Salam,
Mak bedah! mak Bedah!



Risisita III

Apis said...

hahaha...alamak! busuk! haha...~

Tutorial Facebook Live Stream Chatbox

KeCiK said...

Masa Mak Bedah cakap "Nie seluar dalam laki aku!!" tu dia cakap kuat-kuat ke?

Kalau betol memang Bang Bang Boom lah!

Pervert gila bawak spender dalam handbag.

:)

Azza Zahra said...

Haha!!!
Lawak ar!
Hait, nape aku tak
henti gelak neh.

Kuat2 ker dia
ckp cemitu?
Aiseyy

humbleyat said...

alahai makcik bedah...

mengata dulang paku serpih,
mengata org dia yang lebih :)

sape plak yang sambung citer pasal die agaknya...

Aura Settlement

kusut said...

ni bukan sambung ke? hehe. somehow aku rase kite ni pun masuk kategori sambung bergossip :P

hentakbelipat said...

pehhhhh...harap2 yang dah basuh la ye dak..

chenta said...

boleh plak mcm tu erk?syg betul kat suami smpai bawak underwear dia kehulu kehilir..

Fina Sophie said...

lain kali bawak je tisu, makcik... (- -")

humbleyat said...

kusut: haahla kusut..rupanya kita semua yg sambung part makcik bedah ni..bek cek poket memasing hehe sebelum terkena..:P

Miss Kira said...

hahahaha
tutup muka la mc bedah tu...