Monday, November 1

Lebam biji mata kau karang!



Masa aku lahir, memang dah wujud tanda ni. Aku sendiri pun kurang pasti macam mana boleh jadi. Bonda cakap cahaya dalam perut dia kurang 20% masa aku dalam perut... kira ada effect dekat situ. Satu lagi mungkin ayah Bonda dan keturunan beliau memang ada tanda sebegini. Tanda lahir bawah mata aku ni makin lama makin merebak. Dulu mungkin 12% sekarang aku rasa dah boleh jadi 70%. Aku tak salahkan Bonda. Sistem tidur aku pun kena ambil kira jugak. Zaman sekolah asrama tak 'style' la tidur awal. Masa malam baru jadi burung hantu. Itu belum kira pecah masuk aspuri dan dewan makan. Kira benda tu semua penyumbang juga. Satu lagi aku rasa warden sekolah aku ni kurang sikit tengok siaran-siaran kesihatan. Diorang tak belajar gamaknya, membaca kena ada cahaya lampu yang cukup. lLpas pukul 11 dah kena 'light off'. Jadah apa.


Bila sudah besar aku rasa tanda bawah mata aku ni banyak menyebabkan kepincangan anggapan umum terhadap aku. Hilang sikit aku punya 'market'. Aku rasa kalau tanda bawah mata aku ni hilang..perghhh...memang pegi! Macam-macam dah aku dengar desas-desus caci nista orang awam pasal mata aku ni. Tapi aku buat-buat tak dengar. aku rasa memang susah nak dapat mata ni sekarang.



Budak-budak emo bukan main sibuk nak dapat mata macam aku. Aku ingat nak buka kelas khas bagi ajar budak-budak ni nak jadi mata macam aku. Tenang saja aku tak payah susah-susah tenyeh mata bagi lebam-lebam.

Bila ada mata macam ni aku kena lebih bertanggung jawab dengan penampilan aku. Sebab mata ni buat aku nampak lebih jahat sikit. Kira aku kena kemas-kemas pakai baju hari-hari. Ada satu brader ni 'sound' aku kata aku 'join' kelab makan darah kambing. Aku jawab "darah kambing kurang manis brader..darah kau aku ingat enak sikit".... laju dia buka langkah.



Puas dah aku guna macam-macam bagi hilang tanda bawah mata aku ni. Segala cecair aku dah sapu. Tak jalan juga. Pernah juga aku cuba petua ibu-ibu jamu ..letak timun, letak bekas teh, sapu bedak sejuk...memang BATAL!



Tapi sekarang aku dah tenang sikit. Ramai dah ada kefahaman tentang mata aku ni. Aku pun macam suka ada tanda ni. Siapa berani nak jeling aku lama-lama. Aku tenung sikit dah buat-buat pandang langit. Ramai dah budak-budak menggigil bila aku tenung. Belum kira brader-brader yang cuba pandang sinis.


Bila aku kaya besok aku ingat nak beli haiwan ni. Kira macam haiwan kesayangan aku la sekarang. Sebab dia punya identiti dah dekat-dekat sama. Tambah lagi haiwan ni suka makan tempe aku dengar.....


14 comments:

Lu'lu said...

kenapa aku tak tau panda makan tempe?

tak pe weyh. seksi kot mata kau. (=

ztie said...

tak nampak lah gambar kat atas sekali tu

kusut said...
This comment has been removed by the author.
mia Olive said...

hahahaaa..relax. bak kata akak aku mujur ada m.a.t.a juga. lebam-lebam pun, m.a.t.a anda masih bolehhhhh tengok..kan..kan..kan..!

nur.sa said...

special aaa sape yg ada lebam ni? hehhee. ok. dah takut nak jeling2 lg dah. :P

Amni said...

1st time aku jumpa ko dik aku ingat ko gengster.. takut woo.. dah la siap pakai celak segala bagai kan? ngee... garang2 muka ko nak ada master dah kan? otak geliga tu.. hehe

dya adriza said...

Saya sebagai peminat blog Hentak Belipat mengaku pernah membaca entry ini di sana hehe.

Tapi, bagi saya, itulah stylo! Org x de, tp kita ada. Patut berbangga dgn tu. Kalau x, mana mungkin cik PS tergoda kan haha!

Q said...

panda makan tempe..wow..rare~

r.k said...

rasa da redi tempe nak dimakan , ajak ghua .. tempe luols , sapa boleh tahan ?

jeling menjeling , keh keh keh .
darah kambing kurang manis ke ? haha

KeCiK said...

ok la beb, nanti leh buat tribute to KISS.

Fina Sophie said...

gmbr first tu alignment dia lari sikit ok. ke sy je? tp yang lain okey pulak :/

teruk sgt ke lebam kata ko ni. haha. tp takpa. seksi kata orang XD kalau kulit putih melepak, leh lawan edward cullen dah tuu. hahaaaaa.

Tupai Karan said...

ahaa encik mata lebam.. ni first time aku komen kat entri ko sini.. slalu kat blog ko ngan petisuara je..

xpe yg penting lebam ko original gitu

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

anyss said...

Salam,
Teknologi dah canggih. Dah kerja dan ada duit sendiri nanti, boleh buat rawatan.

Mungkin ada yang perasan yang dulu Adlin Aman Ramli yang kawin dengan sape tu...ala rancangan jangan tidur lagi tu...dulu ada tanda lahir kat pipi juga. Besar. sekarang dah tak ada.

Pert Doherty said...

Ape da.. skali panda da.. orait ape boleh kerja kt sarkis.. haha..


Antara sahabat, sijil dan senapang Thompson