Saturday, November 6

"ko tak nampak ke tu pistol tu?"

Dua tahun yang lalu, oleh kerana kami baru tiba di bumi yang asing, semangat untuk mengembara memang berkobar-kobar. Maka kami menaiki taxi dari tempat penginapan kami di Kaherah ke satu-satunya pusat membeli-belah yang berbaloi untuk dikunjungi bagi memulakan pengembaraan tersebut. Ya, semasa baru tiba, perjalanan ke pusat membeli-belah pun memang kami anggap sebagai sesuatu yang penuh cabaran dan dugaan. 

Aku duduk di hadapan, bersebelahan pemandu taxi. Perjalanan ke tempat dituju agak normal, walaupun masa tu ternganga bila tengok jalan yang ada empat lorong boleh muat lapan lorong kereta, tapi jika dilihat kembali, ia merupakan perjalanan yang normal. Tapi keadaan mula berubah bila jalan mula sesak, jarak antara kereta hanya beberapa inci, pemandu mula hilang sabar ditambah udara musim panas yang hangat menusuk hidung. Mulalah pemandu melakukan stratergi tusuk-menusuk untuk bergerak kehadapan. Dan pasti bila kereta dah mula padat, pertelingkahan antara pemandu mula berlaku, begitu juga pemandu taxi yang aku naik tu mula bergaduh dengan kereta BMW hitam di sebelah kanan.



Kereta di Mesir left-sided, macam European cars. Maka aku di belah kanan, pemandu di belah kiri. Kereta BMW hitam betul-betul di belah kanan aku. Dalam mula pemandu taxi mencarut keluar habis perkataan sampah Mesir segala, pemandu BMW dengan tenang dan penuh senyuman, membuka tingkap, mencapai sesuatu di bawah, dan menghalakan pistol ke arah kami. Bagus.

Tapi yang pemandu taxi ni tak berhenti mencarut lagi, monolog aku masa tu, "ko tak nampak ke tu pistol tu?". Dalam masa yang sama, jalan mula lengang, BMW hitam menyusur kehadapan. Selamat lega syukur semua datang, Tapi yang mula buat aku risau, pemandu taxi ni boleh nak kejar lagi kereta tu, nasib baik dah dihalang kereta lain. Selamat syukur lega sekali lagi.

Oleh kerana baru tiba, bahasa Arab memang masuk angin, tapi aku beranikan bersuara, "huwwa..huwwaa" sambil tunjuk gaya pistol dengan tangan. Dia faham, dan dia mula jawab, "takpayah takut dengan orang macam tu, takut dekat atas, dekat Tuhan" katanya. Memang dia tak cakap Melayu, kawan aku tolong translate-kan lepas tu.  

Monolog aku masa tu "memangla ko tak takut, dah kalau dia tembak, peluru tu lalu kat aku dulu". Tapi memang benar apa yang dia cakap, mengingatkan untuk takut pada Yang Pencipta. Tuhan sekalian alam. Rasanya semua orang faham, tak perlukan penerangan lagi.

Aku ingat nak tutup kisah ni dengan lagu Arab nyanyian Amr diab yang bertajuk Tamally ma'ak. Tapi lagu tu jiwang puitis sangat, jadi diletakkan video ni, yang ada kaitan dengan khaiff juga. Takut. Fear. Sebab sekarang ni tengah bersedia untuk exam, setiap kali rasa nak tidur sebab tak nak study aku tengok video ni. Berkesan. 


"Our biggest fear is that we are powerful beyond measure"
koshary

16 comments:

nn said...

betul tu. takut dengan Tuhan. hari tu baru discuss pasal benda ni dengan member2. kalau kat sekolah dulu pun selalu cakap benda ni kalau rasa takut.

KeCiK said...

WoW! Dah macam cerita The Godfather lah acu-acu pistol dalam kereta.

koshary said...

Aku rasa pakcik dalam BMW tu mmg The Godfather cawangan Cairo lah. =D.

tapi betul cuak wohh.

eiela said...

memang cuak kalau kena macam tu, memang la kita takut dengan Allah tapi kalau kena tembak sape tak takut, naya je..

Q said...

bahaya betul
huwaa..huwaa
(tunjuk gaya pistol)
hahha

ztie said...

kenapa mesti huwaa...huwaa.. hehehe.. memang word tu ke?? *tengah imegin*

lavea said...

tabik kat pemandu taxi tu!
tp bab2 dia carut tu xla...=)

koshary said...

@nn
dulu masa sekolah bila senior jahat cerita hantu, nanti senior baik tolong calm down kan kita. betul! betul! =D

@eiela
hehe, situation tu gerak agak pantas jugak sebenarnya. bila fikir balik, a'ah takut jugak kan! =P

@Q
time tu mmg tak reti susun ayat, itu jek yg termampu, hehe. sign language mmg banyak membantu =D

@ztie
huwwa tu maksudnya dia.
aku mcm "dia..dia.." sambil buat muka tak boleh terima situasi. =D

Kimmy Ai said...

uwaa! xpernah jumpa org yg acu pistol! isk3~ takut jugak tuh..

koshary said...

@lavea
betul! tapi dia nyer berani nak mencarut tu kena tabik jugak tu! =D

@kimmyAi
takyah jumpa kimmy takyah, gi makan to3miyyah lagi best =P.
btw, bila nak lawan bowling nieh! =D

Kimmy Ai said...

haha.. wai em! wai em! add lah saya! isk3~

humbleyat said...

bahaya tu..mau terhenti jantung kat situ..pistol secara "live" diacukan, mau tak cuak..

tetibe rasa diri ini tak kuat dan tak bersedia lagi untuk mati syahid isk isk..sebab hidup kita ini pendek sahaja...

nur.sa said...

wah. hulur pistol selamba macam bebudak main polis2 kat kg je?
dia ada lesen tu pasal dia senyum je kot masa hulur tuh? hoho.

r.k said...

"Our biggest fear is that we are powerful beyond measure" - Nelson Rolihlahla Mandella
indeed its true .

nasib baik pemandu taxi tu pun tak keluar kan pistol , kalau tak memang tersepit lah kat tengah -tengah !!

koshary said...

@kimmyAi
baik!baik! nanti add! =D

@humbleyat
betuul, hehe, memang cuak. =D, terus terfikir "ishk class pun tak start lagi ni takkan dah kena tembak".

betul jugak kan, rasanya kita kena kuatkan diri lagi biar lebih berani!=)

@nur.sa
terus terfikir, entah entah tu pistol mainan jek kan? sebab tu dia senyum senyum. ishk boleh jadi jugak ni. =D

@rk
yup, inspirational quote, thanks sbb bagitahu it was Nelson Mandella who said it, kalau tak, tak tahu the source. =D

haahhh, jangan. taxi driver ada pistol susah. =P

anyss said...

Salam,
dulu2 orang2 tua selalu je bangga dengan orang arab yang konoknya lebih warak dari kita. Padahal depa tu lagi kurang ajaQ dari kita...sbb tu lah rasul diturunkan kat sana, bukannya kat KL kan ;)