Tuesday, November 30

Kisah Mayonis dan 2 cawan kopi.


Stress?
Sedih?
Rasa macam dunia ni tak adil?
Seperti hidup ni serba kekurangan?
Mari baca kisah mengenai mayonaise (mayonis)!



When things in your life seemalmost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough,
Remember 





Kisah Mayonis dan 2 cawan kopi.

 Seorang professor masuk ke kelasnya seperti biasa. Di atas meja di hadapannya ada beberapa barang. Tanpa berkata apa-apa,dia mengambil sebuah balang mayonis yang sudah kosong.




Kemudian, dia mengambil bola-bola golf lalu mengisi balang tersebut dan bertanya kepada pelajarnya,

"Adakah balang ini sudah penuh sekarang?".

Lantas mereka bersetuju bahawa balang itu sudah penuh.

Professor itu kemudian mengambil beberapa batu batu kecil dan mengisi balang itu. Dia menggoncangkannya dengan perlahan lalu batu-batu kecil itupun memenuhi ruang di antara bola-bola golf tadi.




Kemudian dia bertanya lagi kepada pelajarnya sama ada balang itu masih penuh dan mereka menjawab ya.

Professor tersebut,lantas mengambil pasi lalu mengisi ke dalam balang itu dan sudah tentu balang itu pun penuh. Dan pelajar-pelajarnya bersetuju bahawa balang itu tetap penuh juga.



Dia kemudian mengambil 2 cawan kopi dari bawah meja dan menuangnya ke dalam balang tersebut.



Kesemua pelajar yang ada dalam kelas itupun ketawa.




'Now,' kata professot itu,setelah mereka berhenti ketawa.


'Saya nak awak semua tahu bahawa


Balang ini melambangkan hidup anda.

Bola-bola golf ini pula melambangkan kesemua perkara yang penting dalam hidup anda,seperti :

keluarga,anak-anak,adik-beradik,kawan-kawan,kesihatan,kegemaran dan minat.


Perkara yang sekiranya semua perkara lain tiada, hanya ini yang tinggal. 

Your life would still be full,hidup anda akan tetap sempurna.

Batu-batu kecil pula melambangkan perkara-perkara yang tidak berapa penting seperti, rumah, kerja, kereta.

Pasir itu pula, adalah segalanya yang tak penting. Perkara remeh.



'Kalau anda memasukkan pasir ke dalam balang itu dulu,' dia menyambung

tidak akan ada lagi ruang untuk bola-bola golf dan batu-batu kecil lagi.
Samalah macam hidup ini.
Kalau kita habiskan masa untuk benda-benda remeh, kita takkan ada masa untuk perkara-perkara yang lebih penting lagi.Jadi,

Bagi perhatian kepada perkara yang penting kepada kebahagiaan kita.
There will always be time for homeworks,assignments and everything~

'Take care of the golf balls first!
The things that really matter.
Pastikan keutamaan anda. Yang lain itu cuma pasir.'

Seorang pelajar kemudian bertanya apakah yang dilambangkan oleh
kopi ?

Professor itu tersenyum,

'Oh,nasib baik awak tanya'.

'Kopi itu menandakan, tidak kiralah betapa sibuknya hidup kita, kita sentiasa ada masa untuk minum bersama seorang rakan.'

Kongsilah dengan "Bola-bola golf" yang lain! :)        




LIFE ISN'T ABOUT WAITING FOR THE STORM TO PASS...
IT'S LEARNING HOW TO DANCE IN THE RAIN!



Mengenai Penulis Entri Ini :
Fynn juga penulis untuk blog One of My Kind. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label FYNN. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cupcakes untuk 2017.

7 comments:

chenta said...

terbaik la!

i like it very much!

Fynn said...

@chenta
jgn lupa share dgn golf balls,okai!

ztie said...

hahhaha cantiklah perumpaan tu... terbaik~





lawat
Reception..2nd times

kusut said...

nice and very wise. rindu lak zaman study and cikgu2/lecturer2 yg kongsi idea yg philosophical mcm ni :D

trime kasih fynn sebab share kisah ni.
skarang aku terase sikit lapar

Fina Sophie said...

something new to learn! :)

humbleyat said...

best2,,suka cite mcm ni...nanti buatla oart lain pulak yerk..:-p

terasa motivated..;)

Fynn said...

@ztie
boleh pakai lama,kan benda ni ;)

@kusut
cegu sejarah saye dulu suke cerita macam ni oh!haha
samesame.p makan mayonis p XD

@fina
indeed! :)

@humbleyat
ai pong suka yaw!lol
bgs2 ;)
insyaAllah,nnty ai selang selangkan.