Friday, November 26

Kisah-Kisah Musim Panas: Sahak. Keseorangan...


Sahak terasa bagaikan seluruh hidupnya dihabiskan dengan membontoti kereta-kereta mak cik/pak cik tua tak pun pemandu "L" yang seolah-olah seronok menyeksa hidupnya.

Macam mana orang boleh bawak kereta, tak naik lebih dari 30 km/j...? Tak masuk akal langsung...

Sahak memanjangkan lehernya. Didepannya kosong. Tiada kereta dari arah yang bertentangan. Dia memandang cermin Vespanya. Dibelakangnya pun kosong.




Prrrrrrreeeennnnngggggggggggggg.............!

Bunyi Vespa lamanya yang dipulas habis-habisan olehnya, sekaligus menghancurkan kesunyian petang Ogos itu. Macam orang tua yang terkejut dan melatah, Vespa kelabunya tersentak tetapi akur dengan perintah tuannya. Kalau ikut lojik akal, tidaklah laju manapun skuter buruk Sahak itu tapi, Sahak mempunyai ramai kawan-kawan yang pandai dalam ilmu hitam godeh-menggodeh enjin-enjin skuter begini. Untuk dipendekkan cerita, pernah terkejut jugalah dua-tiga tuanpunya motor-motor besar yang bertembung dengan Vespa kelabu Sahak di jalanraya bandar Dublin.

Sahak bagaikan kambing yang terlepas dari kandang. Seronoknya teramat. Tapi, keseronokannya tidak lama.   Walaupun hari yang panas mencecah 30 darjah celcius itu amat dinanti-nantikan oleh Sahak, udara yang kering yang membelai mukanya pada ketika itu juga mengganggu anak tekaknya. Semakin kering dibuatnya.

Hmmm...kalau aku berenti dekat kedai depan tu, bukan ada orang tau pun. Kalau aku minum pun bukan ada orang nak tangkap aku. Inikan tempat Mat Salleh. Mana ada JAWI...

Kata Sahak dalam hatinya. Sahak menggeleng kepalanya dan berusaha menguatkan imannya. Sudah lebih sedekad hidupnya di bumi Ireland tetapi Sahak langsung tidak pernah meninggalkan kewajipannya di bulan Ramadhan. Tarawikh banyak jugalah tertinggal tetapi yang wajib, tidak pernah. Alhamdulillah, kali ini pun begitu juga.

***********************************************

Sahak membuka pintu rumahnya dan melaungkan salam. Dia hendak melaungkan salam sekali lagi tetapi dipertengahan salam yang kedua, dia menurunkan nada salamnya. Sahak teringat, isteri dan anaknya tiada dirumahnya. Kalau dia melaung seribu kali pun tidak akan ada orang yang menjawab.

Orang.

Makhluk lain mungkinlah. Kalau tidak pun skuad bersenjata polis yang akan datang berduyun-duyun kerana jirannya membuat laporan tentang unsur-unsur pengganas Islam dirumah jiran bersebelahannya.

***********************************************

Jam di dinding dapurnya menunjukkan pukul 7. Matahari di luar kelihatan terang di langit biru petang itu. Sahak merenung jam itu seolah-olah dengan kuasa mental ala-ala Darth Vader, dia mampu untuk mempercepatkan pergerakan masa.

Aduhhh...dekat nak 3 jam lagi baru boleh bukak...?

Begitulah dugaan yang dihadapi oleh Sahak tahun itu. Setelah bertahun-tahun berpuasa di kala musim sejuk, Sahak sekarang mengalami pula puasa di musim panas. Kalau di musim sejuk Imsak dalam pukul 6.30, di musim panas, pukul 3 pagi. Kalau di musim sejuk berbuka pada pukul 4.15 petang, di musim panas Maghrib hanya akan masuk pada pukul 9.30 malam!

Bak kata P. Ramlee, cubaan Sahak. Cobaannnn...

Sahak membisik kepada dirinya sendiri, memberikan semangat untuk bersabar dan menahan dirinya dari memasukkan kari ayam cap Babas yang dimasaknya petang itu terus ke dalam mulutnya. Kesabaran Sahak memang diuji habis-habisan petang itu. Tak cukup dengan dahaga dan laparnya, penatnya berkerja satu hari di kliniknya juga tak habis lagi.

Sejak isterinya pulang ke Malaysia, hampir dua minggu yang lalu, Sahak terpaksa kembali belajar menjaga makan-minumnya sendiri. Kalau sebelum ini makanannya akan terhidang sesudah sahaja dia pulang dari kerja, bulan puasa kali ini, dia terpaksa menyediakan makannannya sendiri. Bukan takat itu sahaja, dah tentu selepas makan Sahak terpaksa mengemas dan mencuci pinggannya sendiri yang selamanya dibuat oleh isterinya.

Beberapa jam berlalu dan selepas berbuka, Sahak mengenangkan nasibnya. Badannya lenguh-lenguh tetapi kalau pinggan dan periuk dihadapannya tidak dibasuh, siapa lagi yang hendak membasuhnya.

Ishk...ishk...Kalau ada orang boleh tolong basuh pinggan-mangkuk nie pun dah bagus... Kuranglah sikit penat badan aku ni ha.

Malam itu, macam malam-malam lain sejak Sahak kembali keseorangan, Sahak rebah kepenatan diatas katilnya...

***********************************************

Hari Raya berlalu dengan begitu cepat sekali dan setelah hampir sebulan berpisah, Sahak bertemu kembali dengan isteri dan anak-anaknya. Beberapa malam berlalu dan semakin hari, semakin hairan isteri Sahak dengan kelakuan suaminya.

Apa gila pulak laki aku ni? Tak pernah-pernah masuk dapur...sekarang ni dengan periuk-periuk berkarah aku pun habis disental bersihnya.

Setelah selesai makan malam bersama keluarganya, Sahak menyengih kambing dan bergegas ke sinki dapur dengan tujuan untuk membasuh pinggan-mangkuk yang digunakan untuk makan malam itu.

You nie kenapa, darling? Everything OK?

Takde apa. Saja. Nak menolong...

***********************************************

Gambar Darth Vader oleh Justin Sewell

Mengenai Penulis Hensem (ahaks!) Entri Ini :
Chip juga penulis untuk blog Hikayat Skuter Hijau.... Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Chip. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Being Ewan McGregor.

8 comments:

r.k said...

bagi salam pun orang boleh repot terrorism ? pergh !!

adat manusia macam tu la , bila dah susah baru sedar . keh keh , ghua harap sahak terus menerus menolong isterinya . bahagia luols !

Miss Kira said...

bgus2 sahak..
tolong la ya isteri anda..

Latest entry: Men's Love

anyss said...

Salam,

insaf gak sahak akhirnya kan...dulu2 bukannya ingat nak tolong basuh pinggan, bercendawan!

Chaiyokkkk! teruskan usaha anda, sahakkk...isteri dia mesti hepi

Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

anyss said...

Salam,

insaf gak sahak akhirnya kan...dulu2 bukannya ingat nak tolong basuh pinggan, bercendawan!

Chaiyokkkk! teruskan usaha anda, sahakkk...isteri dia mesti hepi

Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

Chip said...

@rk: Sekadar exaggerate untuk cerita aje. Tapi Mat Salleh nie, biasalah. Pantang nampak/dengar pelik sket aje, mulalah nak report

Chip said...

@Miss Kira: Jangan risau. Mengikut laporan terkini, Sahak masih lagi meneruskan usaha dayanya membantu Ma'am dirumah. Ada sekali-dua aje terlepas pasal sakit atau terpaksa outstation.

Chip said...

@anyss: Salam... Sahak nie dulu, bukan je takat biar pinggan naik cendawan, dapur pun jarang sekali dijenguknya. Kira perubahan yang drastik jugaklah.

nur.sa said...

ada jugak untungnya ditinggalkan isteri, sahak dah pandai turun dapur.mula-mula aje wife dia hairan, lepas2 tu mesti dia suka. sebab sahak rajin tolong.

maka, hiduplah mereka sekeluarga dengan aman bahagia.pandai2 g tambah kisah hidup orang.hahahhaa.