Wednesday, November 3

Kenapa Kau Sempat Hidup, Hah ?!

Artikel ini adalah sumbangan dari iEra NaDiRa

Assalamualaikum! (Sila jawab salam~) :')

Kalian, sejak dua menjak ni saya rasa cam suka jea nak cerita bahawa kita ni makhluk pilihan. Manusia cuma yang diciptakan daripada setitis air mani. Tetapi Allah bagi kebebasan untuk kita buat pilihan. Allah bagi kebenaran untuk kita hidup. Kalian, rasa bertuah tak?


Kalian semua pernah melalui proses sebegini. Macam gambar di atas. Kan? Siapa tak pernah angkat tangan (=.="). Mesti semuanya pernah.

Kalian, macam dalam gambar di atas, kita sangat lemah, terlalu lemah waktu tu. Boleh sangat kalau Allah nak buat mak kita keguguran waktu tu. Allah kata "Kun!". Sudah. Dan boleh sangat-sangat, kita meninggal dunia dalam kandungan ibu waktu tu.

Tapi...

Kenapa tidak?

Kenapa kita masih hidup? Sampai sekarang?

Malah sempat pulak baca entri di blog buruk ni? (Ada eh yang dah mati tengah baca blog ni? Erk! *pandang kiri kanan* bulu roma naik) Okey2, maaf. :'D

Allahu Akbar!

Maka patutkah hidup ini disia-siakan dengan benda bodoh setelah kita menjadi pilihan Allah untuk hidup? Andai kata salah seorang daripada kalian dipilih Allah untuk berusia panjang, dan suatu hari kemudiannya nyawa kalian dicabut. Segannya menghadap Allah, nikmat umur dikurniakan, tapi bekalan sikit! Tak sepadan dengan panjangnya usia!

Allah pilih kita untuk hidup. Kita hamba pilihan. Maka kelakuan seharusnya seperti mana orang yang terpilih. Faham, kan? ;)

7 comments:

Amni said...

errmmm.... paham cikguuuuuuuu... huhu.... nape la kita ni berani sangat untuk pilih lahir kat dunia eh? erm...

iEra naDira said...

kita dipilih. =)

nur.sa said...

setiap kewujudan kita pasti bersebab.
sebab tu kita memilih utk lahir..kot,amni.

ASaDa RyutaRo said...

nasib baik soalan tu d tanya masa sekarang. kalau di tanya masa umur 6 tahun, mungkin ada yang menjawab tidak pernah ada dalam perut emak. hehe :P

jangan sesekali lupa yang kita insan terpilih.. hargai kehidupan ini.

humbleyat said...

setiap org ada amanahnya tersendiri untuk menjadi khalifah di muka bumi...

jlnkan tugas masing2 yerk:)

Fina Sophie said...

hi eira, salam kenal ;)

btul tu eira, bila mgkin kita rasa down tiba2, cubalah kembali semula kepada fitrah kejadian kita. fikir yg kita ini insan terpilih, kewujudan kita di dunia adalah bersebab.

..dan semua itu akan menjawap persoalan2 yg ada d fikiran kita wktu ini ;)

anyss said...

Salam,
Yaaa kena syukor. Jangan pandai2 nak cabut nyawa sendiri...allah tak mengaku hambar, rasul tak mengaku umat!