Thursday, November 25

"kenapa abang boleh, adik tak boleh?"




1) Ayah merokok, tapi anak boleh tak boleh merokok!

Ayah merokok bukan main, sebelum makan je rokok lepas makan je rokok. Anak-anak pandang je, dalam hati "Ayah ni tak mahu share ke sebatang". Sedang asyik khayal-khayal, keluar pulak iklan dalam TV, "Merokok membahayakan kesihatan". Anak-anak semua tengok ayah "Ayah, jangan merokok! bahaya". Ayah apa lagi, tenung tajam, siap jeling-jeling lagi "Ayah tak apa hisap rokok, anak-anak ayah tak boleh". Err, boleh tahan si Ayah ni. Tapi biasanya macam tu la, Ayah memang akan melarang keras anak-anak dari hisap rokok, walaupun si Ayah tahu merokok membahayakan kesihatan sendiri, boleh menyebabkan kanser semua, tapi memang susah kalau nak berhenti dari tabiat merokok. Tipu la kalau mereka tak cuba, mereka cuba, cuma mereka perlukan masa. Mereka tak mahu tengok anak-anak ikut jejak mereka, tak sanggup katanya. Tapi cuba fikir, kalau si Ayah pun merokok, agaknya macam mana si anak tak terikut kan? Boleh kalau si ayah tegas. Percaya la. Anak-anak mesti tak merokok. 

2) Abang bercinta, adik perempuan abang boleh jangan nak gatal!

Abang dari sekolah lagi bercinta. Tiap-tiap kali raya, berpuluh kad raya dapat. Semuanya dari perempuan. Siap ada gambar si perempuan dengan duit raya 1 sen, ditampal pada kad. Si adik sempat la curi-curi baca. "Hebat juga abang aku" luah si adik. Selang beberapa tahun, bila adik pun dah besar, dah kenal serba sedikit warna warni dunia ni, perasaan mula la meronta-ronta nak bercinta. Pengaruh katanya! lagipun adik kan dah besar, apa salahnya. Bila si abang dapat tahu, cepat cepat si abang cari siapa lelaki yang sedang bercinta dengan si adik. Bukan setakat tu je, bila si abang tengok ada lelaki yang tengok si adik perempuannya terus si abang mengamuk. Kata si abang, "Abang tak mahu adik abang dimainkan". Adik menjawab "kenapa abang boleh, adik tak boleh?""Abang tak apa lelaki, abang tak hilang apa-apa, tapi adik abang lain, adik perempuan, sekali dah hilang, adik takkan dapat balik maruah dan harga diri adik"

3) Anak orang lain tak apa, anak Mama tak boleh!

"Mama! kawan Along yang sama Uni dengan Along dah nak kahwin""Kahwin? macam mana nak kahwin belajar tak habis lagi, boleh ke?". Mak dah mula risau, macam dah dapat hint pulak yang si anak perempuannya pun ada niat nak kahwin. "Mama dah tak mau dengar pasal ni, Mama nak Along habis belajar dulu, lepas tu nak kahwin kahwin la". Putus semangat si anak, baru je nak cuba bodek si Mak. Tak apa tak apa, tahun depan cuba lagi. Bukan Mak tak bagi, tapi Mak fikir untuk si anak, sedih tau nak lepaskan anak perempuan kesayangannya awal-awal, belum bersedia dan mungkin juga tak sanggup. Jadi, bersabarlah semua. InshaAllah, sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah.

Jadi anak-anak, adik-adik..setiap yang 'tak boleh' dan 'jangan' tu ada hikmahnya dan sebab musababnya. Cuba fikir dan tanya kenapa pasti ada jawapannya. Allah itu Maha Mengetahui, yakin padaNya. InshaAllah.

Aida Ismail © 


Mengenai Penulis Entri Ini :

Aida Ismail juga penulis untuk blog Antara Mimpi & Realiti. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail.

11 comments:

hentakbelipat said...

kehkeh..part bapak isap rokok tapi anak x boleh tu sbb takut anak nanti bedal rokok bapak skali kot..harge rokok dah mahal kn

MissAinia said...

ada kebaikan di setipa tidak dan jangan :)

MissAinia said...

ada kebaikan di setipa tidak dan jangan :)

Fina Sophie said...

kakak 24 thn ni tak bercinta, so adik 15 thn takleh bercinta okey?

meraung kot adik sy kalau sy ckp mcm ni XD

Aida Ismail said...

@hentakbelipat

wahh,betul jugak tuu..hehe, tak terfikir pulak =D

Aida Ismail said...

@MissAinia

sama lah konsepnya dengan "kenapa Allah melarang kita minum arak dan sebagainya". Ada hikmah disetiap semua tu..hehe =D

Aida Ismail said...

@finasophie

jangan fina! Hehe, betul betul. cikda pun sama dulu, tak suka kalau tengok adik-adik bercinta. kakak tak apa =D kejam gila kan, tapi sekarang tak ape la, asal pandai jaga diri semua. Masalah sekarang, adik cikda pulak yang advance dari cikda. =D

r.k said...

tiga-tiga situasi ni menampilkan kasih sayang orang yang dah banyak pengalaman .
luols patut bersyukur ada yang sayang macam tu .. XD

Miss Kira said...

orang tua mmg banyak pengalaman..jd segala larangan itu anggaplah sebagai satu cara bagi mereka meluahkan rasa kasih sayang... ;)

tapi yang pasal si abang itu.. jikalau dia tidak inginkan adiknya disakiti, dia juga kena buat begitu.. jangan sakiti his lady.. ;)

Latest entry: Men's Love

dya adriza said...

hehe.. kelakar. tapi sangat setuju dengan ending entry ni, memang setiap apa yg kita x dpt tu ada hikmahnya.. tapi, yg x bg tu pun agak2 la nk bg alasan munasabah :P

Latest Entry: Kebahagiaan Itu Membahagiakan..

Kimmy Ai said...

part nak kahwin tu betul.. teringin benar nak kahwin tapi sangat mustahil kerana mak takkan setuju.. isk3~

sabar itu indah~