Thursday, November 4

Kawan, teman atau sahabat





Kawan baik atau sahabat atau teman atau kawan masa senang?
 













Yang mana satukah anda untuk teman-teman anda?

Kalau diikutkan, persahabatan seharusnya berlandaskan sesuatu yang tidak mementingkan diri sendiri. Kerana itulah persahabatan tidak akan terjalin andai kata ianya mempunyai  syarat yang berubah-berubah.
Pernahkah seseorang itu berkata........





"Aku nak jadi sahabat kau time ko senang dan kaya dan sihat time ni jer, tapi aku tak nak jadi sahabat ko time ko susah dan sakit dan miskin"


 



Ada tak sapa2 pernah cakap camtu? Kalau ada kasi lempang satu kali jap.. eheheh .. eh.. tak! jangan! Anak orang tu.. hehehe


Aku pernah terjumpa/terserempak (macam jumpa orang pulak) dengan satu ayat....

Sahabat sejati akan berkata,

"Tak kira siapa pun kau, aku tetap sayang kau sentiasa. Kasih dah persahabatan kita tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"


EH... ayat atas tu aku gubah sendiri.. ayat ORI dia camni...

"Aku mengasihimu setiap waktu. Kasihku tidak bersyarat dan tidak mementingkan diri sendiri"


Sahabat tidak mementingkan diri sendiri, sedia berkorban, dan susah senang bersama.



Aku punya sahabat, sahabat baik. Dari umur 7 tahun lagi sampai sekarang. Masuk tahun ni dah 11 tahun.. eheh.. kalau pasangan cinta cintun dah ble kahwin ek? ehehe InsyaAllah persahabatan kami akan kekal. Ingat pasangan kekasih jer ada dugaan ker? Aku dan dia pun banyak dugaan. Dugaan kewangan? Lelaki? Perempuan? Rumah? Makanan? Study? Semua dah... Alhamdulillah kami berjaya harungi. Aku sayang dia lebih dari nyawa aku sendiri.







Hargailah sahabat anda ek... Mulakan dari kawan-kawan anda. Sahabat tak mudah dicari tapi tak beerti ianya mustahil. Kadang-kadang kita tak perasan yang sentiasa bersama dengan kita yang kita tak pandang langsung tu adalah sahabat kita yangsetia sebenarnya :)

Jangan sampai terjadinya perpecahan. Jangan sampai khianat sahabat sendiri mahupun kawan. Kalau dah rasa nak khianat2 tu.. Dok sorang diri dalam bilik. Jangan keluar, jangan bergaul. Rasalah hidup sendiri.









Best ke tidak???



 

p/s Terima kasih encik Google for the picture :D

Teman blogging :)







19 comments:

Amni said...

o pok! akhirnya saya sudah bertemu anda.. hahahahaha...... thank u for being my very good friend! =)

CikLilyPutih said...

kawan ramai, but yg betul2 kawan memang payah nak cari

anyss said...

Salam,
Ada masa orang kalah dengan ujian yang kecil, ada masa...kita kalah dengan ujian besar.

ada orang dia cakap siang2 yang dia hanya kawan masa kita senang je...patutnya kita respek orang macam ni sebab dia jujur. Dah cakap siang2, paling tidak kalau kita susah...kita dah tau tak payah cari dia.

Ada orang sanggup berjanji akan susah senang dengan kita, namun...bila ada ujian sikit, dia angkat kaki. Ada orang yang lain...kita ingatkan dia memang benar2 sahabat, rupanya dia yang bawakan mudarat kepada kita

rambut memang sama hitam...masa juga bukan pengukur sebenar persahabatan.

anyss said...

Salam,
Ada masa orang kalah dengan ujian yang kecil, ada masa...kita kalah dengan ujian besar.

ada orang dia cakap siang2 yang dia hanya kawan masa kita senang je...patutnya kita respek orang macam ni sebab dia jujur. Dah cakap siang2, paling tidak kalau kita susah...kita dah tau tak payah cari dia.

Ada orang sanggup berjanji akan susah senang dengan kita, namun...bila ada ujian sikit, dia angkat kaki. Ada orang yang lain...kita ingatkan dia memang benar2 sahabat, rupanya dia yang bawakan mudarat kepada kita

rambut memang sama hitam...masa juga bukan pengukur sebenar persahabatan.

ASaDa RyutaRo said...

hoOo.. saya ada ramai kawan, ramai kenalan..

kadang, ada kawan yang tak mampu untuk bersama kita dalam kesusahan, tapi mungkin semangat dia boleh buat kita jadi lebih kuat.

jadi.. jangan persiakan sesiapa pun..

ASaDa RyutaRo said...

err.. lebih tepat kalau letak..

berkawan biar beribu, berjuta, berbilion.. jangan cari musuh walau seorang. kerana musuh seorang itu, anda boleh hilang berjuta atau berbilion kawan malah mungkin hilang diri anda.

Q said...

yup setuju
kawan menangis memang susah dicari
tapi itu tak bermakna kawan ketawa terus dihindari
mungkin mereka belum matang dalam soal jiwa nurani
selagi hidup carilah kawan ye :))

ztie said...

@Amni
thanks for being a good deary friend dear :D
tahniah! Sila berik hadiah untuk saya sebab temu.. hehe

@anyss
Betulkan. Kalau org dah sound awal2 pun kita dah tau kita tak payah cari dia. Tapi, tak juga. Kadang2 yang dah sound awal2 ni pun satu hari dia juga yang boleh di harapkan berbanding orang yang lebih rapat dengan kita.

@ASaDa RyutaRo
tak di sangkal lagi asada ada ramai kawan. Kawan kat blog jer dah penuh tu kalau di jemput kenduri kahwin :D

Point tetap sama... musuh jangan di cari :)

@Q
setuju jugak dengan pendapat Q, mungkin ada antara mereka yang belum matang lagi untuk berfikir. Takpe. KIta kasi chance lah ek..

thanks Q :)

nur.sa said...

hidup ini memang tidak boleh lari daripada berkawan.

tapi betul, sahabat itu adalah teman suka duka, susah senang kita.

kalau kawan, kenal seminit dah boleh bergelar kawan.

sahabat tu yg sukar dicari. :) sebab tu kena hargai. jangan ada yg jadi backstabber.

r.k said...

rakan tanpa syarat , ghua ada beberapa orang . tetapi hidup seharian ghua macam biasa saja . kalau ada membe lain , ghua berteman lah , kalau tak , sendiri .

ah , ghua dah biasa hidup sendiri . :()

dya adriza said...

Tersenyum saya baca artikel ni.. memang betul, sahabat susah untuk diperoleh, tapi tak mustahil ia sebenarnya depan mata kita je.

Tapi, terus terang saya kata, saya tak pernah meluahkan perasaan sayang pada kawan2. Sebab.. ntah la. Ego saya terlalu tinggi sebenarnya..

Btw, cantik banner and signature awk ^^ boleh ajar saya?

KeCiK said...

The best mates I ever have.

-Meggi sepeket kongsi 3 orang.
-"Weh, aku demam nih, tolong sign kan attendance aku?" "Ok bro".
-Motor satu je, penggunanya sampai 7 orang. Pergi-balik take turn amik.

Belajar berjauhan dengan famili siapa lagi yg paling dekat kalau bukan manusia yang dipanggil best-buddies?

Gambar last tu nak backstab for real ke?

r.k@ gua ada dude. nanti kita gi metalfest sama2 k. dah dekat dah ni.

ztie said...

@nur.sa
nak tak nak. suka tak suka. Pasti ada seseorang dalam hidup kita ni yang backstabber. Harap2 takdelah jadi teruk sangat ke apa. Bukan seminit jer. Kadang2 kita baca2 kisah orang blogging pun dah rasa macam kenal dah. So, kawan tak susah cari. Sahabat sentiasa ada. Itu pun tak susah jugak nak cari. Asal hati mau ikhlas punya :)

@r.k
ah! sama kita dah biasa hidup sendiri. Tapi kadang2 sepi jugakkan? :)

@dya adriza
saya pun tersenyum senang hati sebab at least dapat buat seorang dua blogger atau tidak, tersenyum awal pagi ni .. hehe... yeap. tak mustahil mereka yang kita amik endah tak endah tu merupakan sahabat paling baik kita ada.
Meluahkan perasaan sayang? Kadang2 perasaan sayang tu tak perlu di luahkan, cukup dengan perbuatan untuk menyatakannya :D

Nak ajar camne ekk...? hehehe

@KeCiK
betul2.. part amik take turn guna moto tu memang selalu kan. Susah sama sekali jalan kaki. Nak senang semua, macam tu lah. Hehehehe.. sign attendance? Exam nanti macam ner?

Yeap... bila belaja jauh2 ni lah yang biasanya kta tahu siapa kawan, teman dan sahabat kita time ni.. hoho

gambar 2nd last tu ek? Mungkin la kot. Janganla jadi macam tu oke. hahaha... tak pasal2 perang darah..

r.k dengan KeCiK kat mana?

koshary said...

friendship is like peeing in your pants. everyone could see it, but only you could feel the warmth. =D.

Juel said...

skrg nie ssh nak cr sahabat yg baik
ade yg dah lama bersahabat, putus camtuh disebabkan silly mistake
sigh~
ztie oh ztie (echo gik)
hehehe

Fina Sophie said...

saya mengaku saya ramai kawan tp saya jarang rapat dengan org. mgkin sbb saya yg put barier tu sndiri, dan mungkin sbb saya hilang percaya pada persahabatan. haha XD maaf, this is just me. org lain, lainlah. doesnt mean sy takda kwn rapat. i got. tak ramai, tp saya tau itu semua yang cukup berkualiti :)

Fynn said...

satu je nak cakap,
banner superb!hihi

ztie said...

@koshary
hahaha... nice quote there! memang mencerminkan FRIENDSHIP

@JUel
AGREED! coz of silly mistake, frenship within 15 years or less or more pun ble terputus. hmm... (mengabaikan echo)

@Fina
Yang rapat itulah sahabat sejati anda. Tak perlu sahabat yang ramai coz tak semua yang boleh menghargai kita. Kawan ramai pun dah cukup. Terlalu mementingkan kuantiti dari kualiti...pun... tak bagus kan.. sendiri susah nanti..

@Fynn
haha.LOL. Thanks dear.

maharam said...

Salam,
hati-hati berkawan., Salah pilih kawan, boleh jadi syaitan. Salah pilih ustaz boleh murtad.