Thursday, November 25

Kawan pun boleh beri masalah juga

Kawan atau rakan atau sahabat atau kenalan atau jiran ... semuanya boleh dianggap sebagai kawan. Kawan bukan sahaja penting kepada kaum remaja, malah orang dewasa juga memerlukan kawan untuk bersosial. Mungkin dalam konteks yang berbeza.

Hari ni, saya nak kupas sedikit tentang isu dengan kawan-kawan ketika bersekolah atau masih dalam dunia belajar. Tak kisah lah dekat universiti ke kolej ke..memang kita pernah ada isu dengan kawan-kawan, betul tak?

Ketika waktu remaja dan kita masih sibuk dengan dunia pelajaran dan dunia orang muda, kawan merupakan spesis yang paling penting dan rapat dengan kita berbanding keluarga sendiri. Kita lebih selesa keluar melepak dan berjumpa dengan kawan-kawan yang 'satu kepala' dengan kita. Kawan-kawan yang satu geng. Ada minat yang sama. Kita banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan rapat ini dan akhirnya kita sendiri akan membina kepercayaan bersama di dalam konteks persahabatan itu. Malah tak mustahil kita berkongsi rahsia dengan kawan-kawan rapat kan?

Tapi, sedar atau tidak..adat dalam berkawan ... pasti akan ada masalah..pasti ada selisih faham..pasti ada rasa tidak puas hati..lagikan adik-beradik yang sama darah dengan kita boleh bergaduh apatah lagi kawan-kawan yang bila-bila masa boleh bertukar menjadi lawan. Setuju kan?r

Kadang-kadang, apabila kita mempunyai masalah dengan kawan kita ianya boleh mengganggu kehidupan terutamanya jikalau kita masih bergelar 'student'. Tapi konflik yang timbul dengan kawan-kawan di kala usia masih muda remaja ini boleh mematangkan kita. Bagaimana? Jangan lari dari masalah yang timbul, we should try to deal with it instead of pushing it out ..

Senario 1:

Elina (bukan nama sebenar) berkongsi rahsia peribadi dengan kawan yang dia percayai. Dan Elina telah memberitahu rakannya itu agar merahsiakan perkara itu daripada sesiapa pun.

Senario 2:

Kawan-kawan Elina telah membuat perancancangan untuk ke satu tempat dan malangnya Elina tidak diberitahu dan tidak dijemput untuk turut serta..

Senario 3:

Selalunya apabila ke kelas, Elina akan menaiki bas bersama kawan-kawannya. Namun semenjak salah seorang rakannya sudah mempunyai kenderaan sendiri, Elina selalu ditinggalkan. Alasannya, mereka ingin ke perpustakaan dulu atau mereka ada temujanji dengan pensyarah.


Itu adalah antara beberapa senario yang berlaku. Dalam senario 1 tidak mustahil sekiranya rahsia yang Elina dan kawan baiknya sahaja tahu akhirnya akan tersebar merata-rata. Dan Elina juga tidak sangka kawannya akan berbincang rahsia tersebut dengan kawan yang lain.  Dalam senario 2 pula, nampak sangat pelik sekiranya Elina yang selalu bersama kawan-kawannya tiba-tiba tidak diundang bersama untuk ke satu tempat. Seperti mereka tidak mahu kehadiran Elina. Sama juga dengan senario 3, Elina dipinggirkan. Pernah tak mengalami masalah ini?

Kita akan merasa terluka dan kecewa sangat-sangat dan merasakan sia-sia jikalau kita pergi bertanya kerana mestilah kita sangkakan kawan yang baik tidak akan bertindak sedemikian rupa. Langkah yang terbaik ialah
JANGAN IKUT PERASAAN .. TAK PERLU JADI EMOSI!

Biarkan keadaan tenang dulu, dan kemudian carilah masa yang sesuai untuk 'confront' dengan kawan-kawan. Mungkin dia berada dalam keadaan tertekan sehingga rahsia kita pun leh terbongkar.Atau dia tidak mahu ajak keluar sebab nak belikan hadiah surprise birthday untuk kita. Siapa tahu kan?

Walau bagaimanapun, tidak mustahil kawan-kawan begini tidak sensitif dengan perasaan kita dan tidak menghargai kepercayaan yang telah kita berikan. Well, people make mistakes. Sometimes, ada juga kawan-kawan yang tidak peka atau tidak sensitif dengan perasaan kita. Bila ini berlaku seelok-eloknya beritahu apa perasaan kita..apa yang kita rasa terhadap mereka daripada mengumpat belakang dapat dosa kan? Dan kawan yang menghargai kita akan berasa bersalah dan memohon maaf, jadi maafkanlah mereka. Dan terpulang kepada kita untuk mendapatkan kepercayaan mereka semula dan meneruskan persahabatan itu. Berkawan pun perlukan 'cooling period' sebelum kita hangatkan kembali friendship itu. Sama juga dengan orang yang dah berkahwin.

Akan tetapi, sekiranya kawan kita tu memang seorang yang 'kejam' atau memang berniat tidak baik terhadap kita, dan perkara yang sama telah berulang beberapa kali, maka di sinilah kita perlu terima hakikat bahawa mereka telah berubah. Sekiranya kita rasa mereka tidak boleh dipercayai lagi, then it is better for us to move on. Kita mungkin akan terasa sangat sakit hati dan sangat-sangat kecewa sehingga menangis..kerana kawan sanggup melayan kita sedemikian rupa. Tapi, ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin, ketika inilah kita dapat menilai erti persahabatan yang sebenar dan mungkin kita akan berjumpa dengan rakan yang lebih baik.


14 comments:

nn said...

selalu terkena yang number 2. tapi lagi tak suka if bila dah last minute, ada orang tarik diri baru dia ajak. cam... tak suka jadi filler.

anyss said...

Salam,
Kalau ada peluang untuk interaksi, tak apa. boleh bincang.

Situasi saya: Dia dah cucuk family hingga anggap saya ni jahat. Dia angkut banyak barang saya (bila dah kerja, barang yang harga dua tiga posen kita dah tak berkira), malah dia sebarkan hal buruk tentang saya yang sengaja diputar alamkan (fitnah). bila terserempak kat mana-mana, dia yang LARI...



Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua

Tupai Karan said...

scenario 1 tu selalunya result memang tak seperti kita mau. tak ramai kawan tahu jaga amanah. kita pesan "jangan bagitau org, ni rahsia", mcm tu jugak la kawan yg dengar tu kata kat org lain yg dia cerita, akhirnya mmg tersebar walaupun "jgn bgtau org, ni rahsia".

hentakbelipat said...

selalunye kalau jenis macam ni..kesudahnya mmg kawan tu jenis makan kawan juga..dan akan berlarutan dgn drama2 yang lain..paling bagus buat hal sndri dan cari kawan baru yg lebih mnerima kita

Fina Sophie said...

biasanya campus life la yg selalu mcm ni. senario 2 and 3 jarang jadi. wktu dkt kmpus, sy guna kereta. sewa terus utk satu semester. kwn2 biasanya yang akan duduk ajak merancang mana nak pergi. sy suka jln2 gak so no hal. senario 3 - selalu ditinggalkan- tu pun jarang juga. well yeah. tak ramai org bw kereta, so tak heran. why sy ckp mcm ni? sbb, bila senario 1 jadi, baru sy tau what kind of friends are them. enuf said :)

Mummy Nana said...

Itulah adat berkawan kan.. mmg sedih kalau kena camtu... so baik ambil pendekatan... berkawan biar seribu... tapi jgn mengharapkan apa2 dari mereka... eh ada ke peribahasa camtu... xsemestinya kita buat baik ngan org.. diorg akan buat benda yg sama kat kita.. betul maybe ada hikmahnya... asalkan kita ikhlas Allah sentiasa melindungi kita dlm persahabatan..

Cik Dya said...

Cik Dya dah kene semua situasi tu..tak tahu laa sebab apa..maybe salah pilih kawan.its true.This type of friend bukan sahabat sebenar.Learn from the experience.Pahit ketika itu, namun sangat berguna untuk masa depan.

r.k said...

situasi 1 . ghua jarang ada rahsia besar . keh keh keh , ada pun ghua simpan sorang . ghua selalu dengar rakan-rakan ghua stori kesah dorang . tapi kalau habis story ada statement . 'sampai sini je story ni mate' .. ghua paham maksudnya . XD

situasi 2 . ghua ada ramai kawan , tapi sikit je yang rapat . kalau kena tinggal dengan yang rapat ni , ghua like .. oke , ghua ada lagi kawan yang lain . nanti kawan rapat dah pulang ghua hangout la balik dengan kawan yang rapat . kita bukan ada hak pun atas orang lain , mereka pun kadang-kadang ada agenda sendiri , so why so serius ??

senario 3 . ghua memang pergi kelas sorang-sorang . kah kah kah
bukannya tak sampai pun pergi kelas sorang-sorang . XD

Miss Kira said...

situasi satu: terkilan kot.. bila kita benar cakap dekat dia suruh rahsiakan.tetiba dia bgtaw org lain.. nanti jadi apa2..kita yang dipersalahkan..

situasi 2 dan 3: dalam berkawan..jangan terlampau mengongkong kawan tersebut.. "kadang2..kawan yang kita anggap kawan baik itu..mungkin tidak mempunyai anggapan yang sama seperti kita"
jadi..be rational..

Latest entry: Men's Love

syaftome said...

ive been experiencing all those things...
when i was studying a while back...
n its true...
n it hurts...so much...

for scenario 1...
when a friend told u a secret...
it becomes ur secret too...

so, sometimes...
its better to not know...
rather than to know...

dya adriza said...

hmm seronok entry ni.. memang betul. dalam dunia saya sekarang, memang kawan penting, tapi x bermakna saya melupakan family. cuma, rahsia2 lebih selesa utk saya kongsi dgn kawan. cuma, ntah la. kalau ada mslh dgn kwn, ia betul2 buat saya tension.. sebab tu saya amek inisiatif utk x trlalu berkongsi rahsia dgn kwn.. sebab, saya mmg perahsia..

entry terbaik dari cik dya. tahniah!

Latest entry: Kebahagiaan Itu Membahagiakan..

Kimmy Ai said...

situasi yg tipikal berlaku terhadap kaum perempuan.

sangat best berkawan dengan kaum lelaki kerana mereka easy-going. ;)

p/s : kimmy hates complicated things. =)

Kimmy Ai said...
This comment has been removed by the author.
Cik Dya said...

dya adriza ... tq dear...friendship is a very close world within ourselves kan??