Monday, November 15

Kalaulah Kita Ikhlas



Petang tadi, saya bersiap untuk keluar menghantar adik ke terminal.Saya sarungkan tudung yang kawan saya hadiahkan. Tudung berwarna merah, putih dan hitam bermotifkan floral.Tiba-tiba saya terrfikir, "Kenapalah saya suka pakai tudung yang kawan saya bagi ni?" Agak pelik, sebenarnya. Ketika dia menghadiahkannya beserta kotak tudung itu, saya hanya mengagak untuk memakainya apabila tetamu datang sahaja.

Dari IluvIslam.com
Ibu saya pula tengah memadankan tudung yang baru dibelinya dengan sepasang baju kurung pemberian sahabatnya yang saya anggap sebagai kakak sendiri.Saya juga perhatikan ibu saya seringkali memakai baju tersebut tanpa jemu walaupun pada awalnya baju tersebut bukanlah baju kegemarannya.

"Mak, kenapa mak suka pakai baju tu banyak kali?Sebelum ni kan mak tak suka pakai baju tu?" 

"Mmm..entahla, mungkin kawan mak bagi ikhlas. Biasanya kalau pemberian tu sangat ikhlas, kita akan sukakannya tanpa jemu"

" Ye ke?Patutlah rasa macam suka je pakai tudung ni.Mesti dia ikhlas bagi akak,kan?,Tapi macam mana nak tahu dia ikhlas ke tak?"

"Wallhua'lam, tapi kalau pada asalnya kita tak suka, kemudian tiba-tiba kita gemarkan barang tu, sifat keikhlasan tu sampai pada kita.."

Barulah saya perasan. Sifat ikhlas tu boleh sampai bukan sahaja melalui lisan, tetapi melalui perbuatan.

Semasa saya baru menjejak kampus dahulu,asal berselisih dengan kawan di koridor kelas, saya lontarkan senyuman walaupun saya tak kenal dia. Biasanya mereka ini akan membalas senyuman saya balik.Nampak tak sifat ikhlas dari senyuman tersebut?Sampai dari hati ke hati kan?

Bukan itu sahaja yang saya dapat. Malah yang lebih mengejutkan, ada seorang rakan perempuan dari kuliah yang berlainan yang sering berselisih dan bertukar senyuman tekad mencari siapa nama saya, kursus apa dan orang mana.Terkejut juga saya mendengar ceritanya.Hanya kerana satu keikhlasan persahabatan kami terjalin.


"Bahawa sesungguhnya Allah tidak memnadang kepada tubuh badan dan rupa paras kamu tetapi Dia hanya memandang kepada hati sanubari kamu"
 (Hadis Riwayat Muslim)

12 comments:

Azza Zahra said...

Betulbetul (:
Klau orag bagi barang
dgn tak ikhlas kat kte,
kte nak gune pon teragak2 jer.

nur.sa said...

tapi tak semua orang nak balas senyum ikhlas kita. entah kenapa, saya pun tak faham..hoho. sebab pernah terkena beberapa kali. kita senyum seikhlas mungkin tiap kali bersua muka depan lif tapi dia tak senyum balik pun. adoi..

nur.sa said...

eh lupa. cakap pasal senyum, suka saya dengar lagu baru malique dan najwa yang hot skang ni 'senyum'. :)

cikpia said...

betoiiii!!!! kalau orang tu senyum dengan ikhlas, 'kemesraan' tu dapat dirasa.......

Q said...

nak tau kita ikhlas atau tidak ada dua. beri barang yang betul-betul kita suka dan mereka suka. insyallah akan ada keberkatan di situ.

izfanora said...

Subhanallah, Maha Suci Allah..

Ikhlas suatu sifat yang tidak boleh dibuat-buat. sebab tue, cahayanya terpancar.

Waallahua'lam..

jenguk sini juga:
Tolong! Aku lemas!!

chenta said...

ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu yang sangat hitam..ssh nak nampak, tp boleh dirasa ^_^

Fina Sophie said...

mcm tu ke? @_@ baru tahu.. hihi.

anyss said...

Salam,
Susah nak cari orang yang betul2 ikhlas sekarang ni...kalau terjumpanya, jangan sia2kan. jagalah dengan baik sebelum kita kehilangannya. Karang nyesal tau!


Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

azza zahra:
betul juga..rela kita simpan barg tu kan azza?

nur.sa:
ye ker...cuba lagi jgn putus asa..hantar telepati kat die, bru sampai rasa ikhlas tu..lama2 nnti die senyum la..:)

lagu senyum tu mmg sweet kan nur.sa?

cikpia:
kemesraan itu wujud kan walaupun pertama kali kita senyum kat die..:)

Q:
yesz..btul2 tu q..komunikasi dua hala..tapi tudung kat ats tu sy tak suka sebenarnya, ntah knp jadi suka sgt la plak...:)sebab keikhlasan die ...

humbleyat said...

izfanora:
kdg2 perkra kecil ni kita tak sedar kan? besarnya peranan ikhlas dalam kehidupan kita :)

chenta:
btul tu..sgt susah nk nmpk melainkan kita hayatinya betul dengan hati suci kita cewah...

anyss:
terima kasih..insha Allah, sy akan jaga persahabatn kita di 100penulis ini dengan sebaik mungkin..sayang korang semua..

Miss Kira said...

betul2..
klau x ikhlas..kira akan rsa susah ati..rsa mcm kita pksa dia plak bg adiah..
;)