Friday, November 12

Kalau Dah Nak, Seribu Daya


Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk menemuduga calon-calon yang berminat untuk berkerja di syarikat yang aku berkerja ni. Ramai orang rasa, pergi temuduga ni susah tapi dari pengalaman aku, menemuduga orang dengan betul pun sama jugak susah dia. Macam-macam orang yang aku temuduga. Dari anak orang kaya raya yang bijak pandai tapi tak pernah buat satu benda yang berfaedah pun dalam hidup dia sampailah ke imigran dari tanah besar China yang walaupun tak fasih bercakap Bahasa Inggeris tapi, masih berjaya mendapatkan ijazah di negara omputih. Tapi, entry kali ini bukan pasal pengalaman menemuduga aku.

Aku nak ambik peluang di entry kali ini untuk berkongsi cerita. Ceritanya berkenaan seorang calon yang aku sempat menemuduga 2-3 hari yang lepas. Kisahnya bergini...


Abdul (bukan nama sebenar tapi dekatlah jugak) berasal dari Pakistan. Abdul ni merupakan seorang yang bijak tapi malangnya, oleh kerana keadaan tidak mengizinkan, setelah tamat saja persekolahan, Abdul terpaksa berkerja untuk membantu ibu bapa dan adik-beradiknya. Setelah beberapa tahun berkerja, Abdul mendapat peluang untuk berkerja di luar negara. Kata kawannya, banyak peluang pekerjaan di Ireland. Jadi, Abdul melipat gandakan usahanya untuk mengumpul duit tiket kapalterbang ke Ireland.


Setelah beberapa tahun, cukuplah duit yang dikumpul Abdul. Dengan bangganya, ibu bapa dan adik-beradik Abdul menghantarnya ke lapangan terbang. Berkat usaha Abdul, dia berjaya mendapat kerja sepenuh masa di sebuah kedai ala-ala 7-Eleven. Kerja dia taklah glamour atau membayar gaji yang lumayan tapi, Abdul sedar apa yang sikit yang dia ada ni pun dah banyak membantu keluarganya di Pakistan.

Selang beberapa tahun Abdul mula sedar yang banyak lagi yang dia boleh capai dalam hidupnya. Dia mula membuat research tentang kerjaya-kejaya yang ada. Abdul akhirnya membuat keputusan untuk menceburi bidang kewangan. Tapi, keputusan dia bukan takat itu saja. Dia juga telah membuat keputusan tentang syarikat yang mana satu yang terbaik untuknya dari segi pembelajaran, pengalaman dan gaji. Syarikat yang di pilihnya ialah syarikat tempat aku berkerja.

Pada masa Abdul membuat keputusannya, sijil yang dia ada, setakat setaraf dengan SPM di Malaysia saja. Untuk berkerja di tempat kerja aku, dia memerlukan sekurang-kurangnya kelayakan taraf ijazah dan seeloknya dalam bidang Business, kewangan atau akaun. Bukan takat tu saja, ijazah tu pulak bukan boleh takat lepas cukup-cukup makan saja. Ijazah tu kena First Class Honours untung dipertimbangkan untuk temuduga.

Hal ini di ambil kira oleh Abdul tapi dia mencekalkan dirinya. Dia mendaftarkan diri dia ke sebuah kolej untuk mendapatkan ijazah. Malangnya, yuran untuk kolej tersebut tersangat mahal dan dia tiada sebarang simpanan kerana duit lebihnya habis di hantar balik ke Pakistan. Dia mengambil keputusan untuk berkerja sambil belajar. Bukan satu kerja tapi dua. Dia meneruskan kerjanya di 7-Eleven (supaya duit yang di hantar ke keluarga dia tak terganggu) dan berkerja sebagai jaga pula untuk membayar pengajiannya di kolej. 9 sampai 5 dia di kolej. 6 sampai ke 10 dia jadi jaga dan 11 sampai ke 3 pagi dia di 7-Eleven.

Yang hebatnya, Abdul bukan menjadi jaga dekat mana-mana syarikat, dia sengaja mencari kerja yang membolehkan dia menjadi jaga di tempat aku berkerja! Sambil berkerja, sambil itu dia belajar dan memerhati cara orang di syarikat itu membuat kerja. Dia juga berbaik dengan semua pekerja dan pengurus-pengurus di tempat aku berkerja. Kalau tak kerana uniform jaga yang dipakainya, selepas 3 tahun berkerja di situ, dia dah boleh di kira seorang pakar kewangan. Memang bijak dan hebat si Abdul ni.

Selepas 3 tahun, Abdul berjaya mendapatkan ijazah First Class Honours dan tanpa menunggu lagi dia meminta untuk berkerja di tempat kerja aku. Oleh kerana kelayakan yang mencukupi, tak hairanlah Abdul di panggil untuk temuduga. Bila masanya tiba untuk temuduga, Abdul teramat bersedia dan boleh dikatakan lagi hebat dari pekerja-pekerja yang sedia ada. Tambah pulak, minah Mat Salleh yang menemuduga dengan aku dah dari awal temuduga lagi, terpegun dengan kehenseman Abdul yang dah nak menyerupai seorang hero filem Hindustan.

Akhirnya, berkat usaha gigih, kecekalan dan doanya, Abdul akan memulakan kerjaya barunya di tempat aku berkerja dalam sebulan-dua lagi. Bak kata pepatah Melayu: Kalau dah nak, seribu daya...

Gambar hiasan: Kapalterbang Airbus A380 oleh Axwel
Gambar hiasan: Askar Pakistan (bukan Abdul) oleh Kai Hendry

Chip masih lagi sibuk menemuduga beratus-ratus calon tapi blognya, Hikayat Skuter Hijau... jarang dilupakan.

19 comments:

anyss said...

Salam,
Tak ramai orang Malaysia sanggup buat apa yang si mamat Pakistan ni buat, melainkan menyalahkan orang lain. Salahkan sistem pelajaran, salahkan tak dapat biasiswa, salahkan kursus yang ambik di universiti yang tak glamer, salahkan pensyarah dia yang bagi kuliah macam baca kutbah jumaat, salahkan buku x de rujukan dalam BM, salahkan soklan exam yang susah...last skali salahkan klas corot yang dia dapat. pastu tak berapa nak dapat keja hu huhu...

maharam said...

Salam,
Kalaulah semua pelajar kita bersemangat macam ni kan bagus

Risisita III

Fräulein Nurul said...

bagusnya orang macam nih..memang bersungguh-sungguh.suka!

KeCiK said...

You are damn right bro. Never underestimate these people. Once pernah lepak kat mamak, since port tu dah familiar, gua agak rapat dengan mamak-mamak di situ. Sembang punya sembang few of them are degree holder. I repeat, degree holder. Terkesima gua.

Tepuk dada, tanya selera.

:)

koshary said...

semangat kental macam ni mmg respect. kita ni yang mmg dihantar bagi duit suruh belajar saja pun tak dapat honors lagi. insaf den.

nur.sa said...

hidup kena ada matlamat.
tahniah abdul. awak memang layak utk kerja kat situ.

degree first class honours beb. kagum!

Zulkifly Omar said...

kagum!!! cekalnya dia... bagus la dia dapat gak apa yg dia mau..

afifaa. said...

bagusnya dia. bersemangat dan tabah. cekal.

kagum :)

Chip said...

@anyss: Tak ramai kan? Mungkin kat Malaysia senang kot hidup. Pasal tu orang tak cuba lebih sikit.

@maharam: Betol tu. Semua tools kita boleh bagi tapi kalau attitude yang takde, memang susah. Kalau attitude tu dah bagus, keje jaga pun boleh jadi pakar kewangan!

@"Cik" Nurul: Time interview tu, lepas dengar cerita dia, memang terus berkenan. Nasib baiklah aku ni laki. Kalau pompuan...ahaks!

Chip said...

@kecik: Tulah, bila di pikrikan balik, cerita Abdul nie banyak pengajaran dia dan salah satu moralnya apa yang Kecik cakap tu. Aku bernasib baik kot dapat jumpa 2-3 orang cam Abdul nie. Bagi aku sedar diri sket and jangan pandang orang sebelah mata aja.

@koshary: Bagus attitude gitu. Takpe nanti aku doakan kau dapat result cermelang-gemilang dekat Mesir tu. Baru geng-geng "Bebsi" tak pandang lekeh kat geng-geng "nee hau" cam kita nie...

@nur.sa: Betol tu...matlamat kene ada. Aku nie salu remind diri sendiri untuk me-revise matlamat, nak-nak bila dah tercapai. Masalahnya semangat je lebih...bila nak buat, tak tau...ahaks!

Chip said...

@Zul & Afifaa: Aku pun tak taulah kalau aku dalam situasi macam Abdul tu, aku nak buat camaner. Pepahal pun memang kene kagum dengan pencapaian dia takat nie. Bila dah start keje nanti, banyak lagi cabaran si Abdul nie...

humbleyat said...

kisah yg penuh inspirasi...saya rasa masih ada orang malaysia yang bersikap macam ni..tapi jarang sgt..

sya respek org yag mcm ni, good planner:)

Aura Settlement

kusut said...

rasenye kite takyah pikirkan orang lain yg ade sikap mcm tu atau tak.. tapi tengok diri kita. aku rase ade satu peringkat dlm hidup kita (zaman dulu atau akan datang) yg kita buat benda2 yg luar biasa kecekalan dia.

we are not all bad.. im sure. so dont feel too bad lah

Chip said...

@humbleyat: Dalam 28 juta penduduk Malaysia, dah tentu ada orang Malaysia yang macam ni tapi yang pentingnya, adakah kita ni mampu berbuat macam Abdul?

@kusut: No lah. Not being too hard on ourselves. Cuma kengkadang tu, a bit of external inspiration is needed untuk mengingatkan kita to improve ourselves, kan?

hentakbelipat said...

woowww.....memang respect la abdul yang bukan nama sebenar..cekal gila..memang survivor betul..

Fina Sophie said...

cerita2 mcm ni confirm tersebar cepat dekat facebook. well, lebih baik share2 cerita2 ni dekat facebook berbanding share benda2 yg mengarut je kan. at least, ini mmg btul kisah benar n bleh jadi motivasi buat org2 yang berfikir.

Fina Sophie LIKES this!

:)

Chip said...

@hentakbelipat: Memang survivor. Bila aku kira-kira balik, ada hari si Abdul ni tido 2-3 jam aje sehari. Kalau aku dah lama pensan...

@Fina: Thanks for sharing dekat Fesbuk. Jangan jadi cerita "kalau tak forward, esok kene langgar lori" sudah...ahaks!

CikGadis said...

nak seribu daya.. xnak dua kali ganda dalihnya kan..

Miss Kira said...

bgus2..org camni la ptut dicontohi..