Sunday, November 7

Jom Check In Hotel Berhantu!

Salam 100 penulis buat semua~

Selamat hari Ahad. Selamat beristirehat bersama keluarga dan yang tersayang. Jangan lupa senyum-senyum selalu!
Pada kali ini cik K nak review satu permainan yang agak best jugak la bagi cik K. Hint : Game berhantu!


Haa. Excited tak? Meh.. meh.. kita sambung baca!


Kalau korang semua click link kat atas ni, dia akan ke page yang ada option antara Asylum 626 dan Hotel 626. Bagi cik K, game Asylum 626 macam tak berapa best sebab cik K sendiri tak faham sangat konsep dia. So, pilihlah Hotel 626 sebab cik K nak review game ni kan. Jangan lupa lepas pilih Hotel 626, kena register dulu. Macam biasa lah kan.

Game ni hanya boleh main masa mula jam 6 pm hingga 6 am. Saja je kan nak gempakkan efek seram tu. Haha. Tapi ade trick, nanti cik K cerita kat bawah nanti. 

Sebenarnya game ni dah lama. Tapi rasanya still ramai yang tak pernah check in game ni kan? Game ni berkisar tentang kewujudan hantu dalam sebuah hotel. Actually game ni senang sangat. Cik K tak nak cerita macam mana nak selesaikan setiap level tu. Pandai-pandai lah korang solve sendiri. Hint paling penting : Guna gerak hati anda dan ikut arahan yang ditulis. Takpe, kalau fail kat satu level tu, kita boleh main balik level tu. Boleh jugak kalau nak skip. Alaa, buat ape nak skip? Tak thrill la kan? Haha.


Game ni menggunakan application mic, webcam dan sound. Sound dan mic sangat penting untuk selesaikan sesetengah level.

ATTENTION!

Game ni hanya dibuka dari pukul 6 pm hingga 6 am je. Tapi, ade trick untuk mereka yang pengecut dan yang tak sabar-sabar nak tunggu malam. Korang tukar je la masa kat laptop/PC korang tu. Asalkan antara pukul 6 pm-6 am. Heh, tak payah la. Main je la malam pun. Korang kan berani.

Kalau mahukan pengalaman best main game ni, pasang je kuat-kuat volume tu dan pasang headphone. Pergh! Sure terangkat punya terkejut lah! Hahaha.

Amacam? Ada berani? Hari cuti ni la best nak layan game ni. Tapi tunggu malam lah baru syok. Main siang-siang hari buat ape, baik pegi main bowling, best la jugak. Hehe. Apa lagi, jom check in Hotel 626!

p/s : malam nanti lah kan. Cik K dapat chance appear siang nak buat macam mana lagi. Tch.

Don't forget to leave some sweets and chocolates in the comment box!

Ja ne!

~Kimmy Ai~

17 comments:

sizuka[Izzati] said...

whoahh.mcm menakutkan je game nih.haha.xbrani lah nk maen.ade ngigau tgh mlm nnti.kakaka.sizuka men game masak2 je yawww.kehkeh~

anis.farhana said...

macam best. walaupun tak berani main. boleh rekemen adik main.

aku? dok tepi, peluk bantal sambil makan popcorn.haha sesuai untuk stok pengecut macam aku. :)

.s.o.f.i.a. said...

macam mengerikan jer..... aku join anis makan popcorn jer la.....

aYaz said...

dah penah main,
tapi tak seram sgt kot?
hee~

humbleyat said...

nanti hantu tu tarik kita dalam screen haha...:D

anen said...

dah penah maen gak dulu..tp xigt title game dye..maen sekerat je sebab takut..argh

Fina Sophie said...

hahaha join cikpia and anis jugak. later sy amik gamne ni and paksa adik main. hehe. err tak pyh paksa pun sbnrnya haha. thanks kimmy! ;)

Fina Sophie said...
This comment has been removed by the author.
koshary said...

dulu main game ni dgn semua housemate, sambung laptop dengan tv, cucuk speaker, tutup lampu. malam exam la katakan, semua kepala dah tak betul.

aku duduk belakang tutup mata jek =DD

nur.sa said...

sekali lagi, kalau dah saya ni dasar penakut, camne nak main game camni. hahaha. sebab kalau tengok muvie hantu pun pakai tengok guna sebelah mata je. kalau main game sebelah mata je, musti la kalah je sat g. hehee.

Fynn said...

nak try babeh!
nak tryyyy!weeeeeeee

Tupai Karan said...

trai da semalam..awal2 ja da mampos sbb xtau game tu nk suruh bt apa.. masuk stage 2 yg kena flash kat antu tu buat aku tersentak.siot ja haha.. almalang mic aku gagal berfungsi kat stage kena lullaby.. so main sekerat ja :(

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

ztie said...

argh! teringin nak main.. nanti ah tgu line internet kaw2 punya... hehehe.. tp cam cuak ade gak dengar review tadi. hehe :P

r.k said...

ade kena pakai mic ke , aiseh ...

lepas exam week memang depan pc je la ghua malam-malam .. hiiiiiiiiihihihi ...

haha

anyss said...

Salam,
Waaaa macam menarik. best tu kalau pasang sound kuat2 hu hu hu

chenta said...

i memang penakut dan confirm takkan cuba!heheheh

maharam said...

Salam,
Macam menarik je untuk dicuba

Risisita III