Friday, November 5

Jaringan Sosial

Baru-baru ni, setelah nak masuk setahun tak tengok wayang, aku berpeluang keluar dengan isteri tersayang aku untuk keluar ber-dating berdua. Bila di belek-belek cerita-cerita yang ada dekat wayang minggu lepas, kami akhirnya memilih untuk menonton filem The Social Network (kalau tak silap, bula Disember nanti keluar wayang dekat Malaysia).


Kepada yang tak tengok filem ni lagi, jangan risau. Aku janji takkan buat spoiler dekat sini jadi, bolehlah teruskan membaca post ni, OK? Lagipun, penghujung cerita dia aku rasa ramai orang dah tahu dah. Bukannya susah nak teka. Yelah, mengikut kajian terkini, Facebook merupakan laman internet yang kedua tertinggi pelawatnya di dunia (selepas Google) dan orang Malaysia pulak merupakan negara yang mempunyai ahli berdaftar kedua paling banyak (selepas US). Malaysia Boleh? Ahaks...

Jadi, kalau aku dah tahu cerita kejayaan Facebook, buat apa pulak aku nak tengok cerita The Social Network ni...?


Sebab cerita ni bukan cerita korporat biasa. Cerita ni lebih berat kepada perhubungan sesama manusia dan dalam mana-mana perhubungan manusia ada masa kita bercinta (walau macam mana sekejap sekali pun), ada masa kita bergaduh, ada masa kita gumbira, ada masa kita buat lawak, ada masa kita di tikam belakang, ada masa kita yang menikam belakang, ada masa kita bersedih dan sebagainya. The Social Network ada semua ni dan pasal itu aku rasa cerita ni memang best.

Satu lagi benda yang menarik yang aku suka pasal cerita nie ialah penonjolan kisah kehidupan satu dunia yang kebanyakan manusia marhain macam aku ni mungkin takkan dapat merasa sampai bila-bila: dunia pembelajaran peringkat tertinggi di Harvard University. Memang menarik.

Tapi, yang paling menarik ialah kesedaran bila aku tengokkan usaha dan tahap genius yang diperlukan untuk berjaya pada tahap global macam pelopor Facebook, Mark Zuckerberg. Kalau sebelum ni aku rasa yang orang macam Mark ni berjaya hanya kerana nasib, bantuan kelurga dan tahap usaha yang biasa, sekarang nie, tak lagi.


Fakta pelik: Tema Facebook mengutamakan warna biru kerana Mark Zuckerberg sedikit buta warna. Warna yang dia paling senang cam ialah warna biru jadi, tak hairanlah warna ini yang di gunakan secara meluas di Facebook.

Yang peliknya, Chip takde langsung akaun Facebook. Cukuplah sudah dengan meng-hack akaun isteri dia saja. Sementara tu, kalau nak berhubung dengan Chip, tinggalkan lah komen di sini atau layarilah Hikayat Skuter Hijau...

18 comments:

nas said...

hehehe...facebook kita nombor 2..giler lah..ramai siot..xpadan ngan penduduk yang cuma 28 juta nie?
hehehe

latest entri:

salahkah aku berkahwin dengan wanita berusia???

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. giler punya hebat orang malaysia. maksudnya hampir semua tau apa itu facebook.

siap ada trend terbaru, tak mintak no tepon, tp mintak nama kat facebook, senang nak add. ;)

Azza Zahra said...

Owh, yang kedua slps US?
Boley diterima, sbb kjaan
Mesia kurang menyekat akses
internet. Negara kte kira
beruntung bbanding negara
kecil len.- neh pendapat
student asing.

Asada, betul3 (:

maharam said...

Salam,
tak sabar nak tunggu filem ni sampai Malaysia

Chip said...

@nas: Betol, memang tak padan dengan jumlah penduduk Malaysia tapi ada banyak sebab benda nie boleh jadi, contohnya: makhluk-makhluk yang ada lebih dari satu akaun, bisnes-bisnes yang mempunyai akaun dah tentu tak termasuk dalam pengiraan jumlah penduduk, warga asing yang menetap di Malaysia yang mempunyai akaun dan sebagaimya. Walau macamaner pun, still impressive. Bagus ke tidak benda nie...ntahlah.

Chip said...

Asada: Aku kengkadang rasa macam manusia zaman batu bila orang mintak akaun Facebook aku. Bila aku cakap takde...muka diorang herot macam aku nie ada 2 kepala je. Ahaks! Cukoplah kot takat nie aku mengacau bini aku punye FB.

Chip said...

@ Azza: Tulah kengkadang kelakar jugak. Ada dialog dalam filem tu yang bunyi nya lebih kurang gini...

Bosnia tu jalanraya pun belum tentu ada, tapi penduduk dia dah berjuta ada Facebook.

Chip said...

maharam: Cerita nie kalau tak tengok kat wayang pun takpe. Bukan ada effect 3D yang canggih ke apa. Tapi, yang aku rekemen ialah cuba carik DVD ke Torrent ke file Rapidshare yang ada subtitle sekali. Cerita dia banyak dialog teknikal (pada orang yang buta I.T. macam aku lah) jadi, kalau terlepas ke tak dapat tangkap ke, boleh rujuk subtitle.

ztie said...

dah tengok dah cita ni tadi :D

Chip said...

ztie: Apa pendapat anda? Kalau paling tip top 5 bintang...filem nie berapa agaknya?

Fina Sophie said...

seems interesting. masuk dlm carta wajib tengoklah hehehe :)

Danial Ikhwan Jaafar said...

bro Chip, memang tak syak lagi orang Malaysia ramai kawan di FB. apa tidaknya, friend request dari budak sekolah menengah, sekolah rendah pon pernah dapat. tak pernah jumpe tak pernah kenal. hahaha kalau ada intro nak kenalkn diri takpe, ni tidak.

ingatkan yg bawak watak mark zuckerberg ni michael cera. muke lebih kurang sama je. haha rupanya orang lain, jesse ape-ntah. =P

nur.sa said...

teringat pulak, dlu di awal2 kemunculan FB, rasanya nama2 yang muncul dalam akaun quite proffesional. nama penuh lagi. now, bila dah dicampur dengan akaun2 budak2 sekolah nama-nama pelik lagi aneh pun muncul. group entahahapa pun muncul jugak. macam mana la malaysia tak jadi no. 2.

Chip said...

@Fina: Kalau nak carik version buku punya pun ada. Filem nie berasaskan buku The Accidental Bilionaires oleh Ben Mezrich dan di tulis dari angle kawan terbaik Mark Zuckerberg.

Chip said...

@Danial: Tulah pasal. Pasal aku dan bini aku ada "joint-account" lagi pening di buatnya...ahaks. Ha'ah, bila kau cakap, baru sedar. Sekali pandang mamat nie memang ada gaya Michael Cera...

Chip said...

@nur.sa: Harapnya taklah karut sangat FB sampai dah tak relevant lagi nanti. Iyelah, kalau ramai dah pakai akaun tipu, dah hilanglah best FB tu kan?

anyss said...

Salam,
Waaaaaa macam best...nak kena berkampung depan panggung ni ;)

CikGadis said...

patot la pelik napa fb kaler biru jer. napa x kaler pink ker, kuning ker. huhu