Thursday, November 25

Jangan Derhaka Kepada Ibu Bapa Kita..


Assalamualaikum.. semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..


Mentaati ibu bapa adalah satu kewajipan yang perlu kita turuti seperti firman Allah dalam surah Luqman ayat 14. Namun, pada masa kini, terlalu banyak kisah2 si anak membuang ibu bapanya atas beberapa masalah yang tidak memuaskan hati si anak. Kisah yang bakal saya paparkan adalah kisah benar, bukan niat untuk memberi keaiban, tetapi sebagai pengajaran kepada kita semua.

Ryzal.. (bukan nama sebenar). Anak kedua dan anak lelaki sulung dalam keluarga. Beruntung Puan Rahayu (bukan nama sebenar) mendapat anak sepertinya, mendengar kata, menurut perintah, membantu si Ibu. Keluarga mereka sebenarnya bukanlah keluarga yang bahagia, disebabkan sikap kedekut dan panas baran Encik Safwan (bukan nama sebenar). Jadi, boleh dikatakan setiap hari ada saja pertelingkahan yang berlaku..

Takdir menentukan Encik Safwan pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya yang amat tragis. Kematian Encik Safwan telah merubah kehidupan mereka yang asalnya miskin kepada kaya raya kerana Encik Safwan meninggalkan harta yang sangat banyak secara diam2.

Bagi Ryzal, kehidupan mereka kini sudah cukup aman. Begitu juga dengan kakaknya, Riana dan adiknya, Rizqy. Namun, segala2 nya berubah apabila Puan Rahayu mengambil keputusan untuk berkahwin lagi. Yang menjadi masalah besar, calon bapa tiri mereka merupakan bekas adik ipar arwah Encik Safwan, iaitu bekas bapa saudara mereka sendiri!

Mulai hari itu, segala-galanya berubah. Mereka 3 beradik benar2 berubah. Tanpa segan silu, mengutuk, mencaci, menghina si Ibu kerana malu dengan pandangan orang lain.

"Aku tak kira! Aku nak Mak belikan aku kereta Mercedes-Benz Financial. Terpulang pada Mak mana nak dapat duit, nak jadi pelacur ke, nak mengemis ke, aku tak peduli. Aku tuntut 5 bulan lagi!"

"Mak. Aku nak set barang kemas emas putih yang harga 10 ribu lebih tu. Mak kan banyak duit. Lagipun, pakwe Mak kan kaya, apa guna bercinta tua2 ni kalau bukan sebab duit kan?!!"

Hati ibu mana yang tahan dengan perangai anak begitu. Lalu, Puan Rahayu mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah tersebut.

Ditakdirkan, akhirnya perkahwinan antara Puan Rahayu dan suami barunya, Encik Zakwan pun berlangsung tanpa pengetahuan anak2 nya. Bukan mudah untuk menyembunyikan perkara itu, kerana anak2 Puan Rahayu sentiasa mencari ibu mereka untuk menambah seksaan mentalnya.

Sehinggalah suatu hari, Ryzal sanggup datang ke Terengganu mencari ibunya setelah menuduh saya yang menyembunyikan ibunya.

"Kau jangan tipu. Aku tau kau sorok Mak kan?!! Kau dengan mak kau sama je!" Ryzal memaki hamun saya.

"Kat ceruk mana aku nak sorok Mak Ngah kat hostel nih? Kau ni badan besar otak bengap!" Saya membalas dengan bahasa yang kasar juga.Mana mungkin saya sembunyikan ibunya sedangkan saya sendiri tinggal di asrama.

"Ah! Aku tak kira. Bagi balik Mak aku!" Ryzal masih berkeras.

"Mak Ngah takde la. Lagipun, apsal kau sibuk2 cari dia? Bukan ke kau suruh dia cari duit beli kereta Merc kau dengan apa cara sekalipun? Pergilah cari kat pusat pelacur ke, mana tau Mak kau ada kat sana. Kau sendiri yang suruh dia jadi pelacur kan?!!" Balas saya marah, bukan niat untuk samakan Mak Ngah dengan pelacur. Nauzubillah..

"Kau ni mulut sampah tau! Aku tau kau sorok mak, nahas kau!" katanya sebelum berlalu.

"Ryzal.. sudah la tu. Bertaubatlah.. sebelum terlambat", kata saya perlahan dan dia terdiam sebelum berlalu. 

 Allah Maha Adil. Semasa dalam perjalanan dari Terengganu ke Perak, Ryzal mengalami kemalangan yang sangat teruk. Kemalangan itu membuatkan Ryzal hampir putus nyawa, namun dia mengalami kesukaran ketika nazaknya.

"Mak.. mak.. mak.. ampunkan Ryzal Mak.." hanya perkataan ini yang acap kali terungkap di bibirnya. Semua yang berada di sisinya sudah tidak sanggup lagi untuk mendengarnya, apatah lagi situasi daging tangan dan kaki Ryzal yang membusuk kerana nanah yang teruk.

Dalam pada itu, saya cuba menghubungi Puan Rahayu, Mak Ngah saya sendiri.

"Mak Ngah takde anak macam tu, dya.." ucap Mak Ngah halus dan nadanya penuh kekecewaan.

"Tapi Mak Ngah, dah seminggu Ryzal nazak, ampunkanlah dia Mak Ngah. Syurga Ryzal di bawah tapak kaki Mak Ngah.." ujar saya sendu. Saya tak salahkan Mak Ngah atas ketidakmahuannya untuk memaafkan Ryzal.

Dalam pada itu, Riana dan Rizqy terlihat saya menghubungi seseorang dan terus telefon saya dirampas oleh Riana.

"Mak.. mak ampunkan kami, Mak. Kami salah mak, kami anak derhaka, ampunkan kami mak.. Ampunkan Riana Mak.." sayu suara Riana mendayu-dayu meminta ampun dari ibunya. Suasana ketika itu sangat pilu.

"Mak!!!!" Riana menjerit sekuat hati apabila talian sengaja diputuskan oleh Puan Rahayu.. dalam pada itu, Ryzal mula mengalami kesesakan nafas. Nampak seperti masanya hampir tiba..

Seorang Ustaz cuba mengajarnya mengucap. Namun yang keluar dari mulut Ryzal hanya perkataan 'Mak' saja.

Sehinggalah beberapa jam kemudian, Puan Rahayu hadir bersama suami barunya dalam keadaan basah kuyup. Rupa2nya, mereka dari Negeri Sembilan terus ke Perak menaiki motosikal mengharungi hujan lebat demi anak tersayang.

"Ryzal.." ujar si Ibu sayu melihat anaknya.

"Mak.. ampunkan Ryzal.." Ryzal mula mendapat semangatnya setelah melihat ibu tercinta. Puan Rahayu mendakap tubuh itu seeratnya dan menangis tersendu-sendu. Suasana sangat memilukan ketika itu sehinggalah mesin hayat Ryzal hanya membuat satu garisan panjang lurus dan mengeluarkan bunyi nyaring. Suasana kelam kabut dan para doktor serta jururawat menggesa kami keluar dari wad itu.

Raya Aidiladha tahun ini.. Alhamdulillah, Ryzal berjaya diselamatkan. Itulah kuasa Ilahi. Buat pembaca budiman, jangan sesekali derhaka kepada orang tua kita. Fikirkan pengorbanan mereka kepada kita. Salam sayang dari saya.. dya adriza..


Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kalau Berpacaran versi Cikgu Shida! Sumpah Kelakar!! .

11 comments:

anyss said...

Salam,
Ya adik-adik, sila jangan durhaka. Belajau tinggi pun tak guna. Allah bayar CASH atas dunia lagi, tak payah tunggu alam lain


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua

hentakbelipat said...

kisah ni mmg menjadi kalau buat drama nih.

Fina Sophie said...

heh. sy kuat melawan jugak ni. mmg byk dosa terkumpul dah. tp taklah snggup smpai mcm tu sekali :/

r.k said...

emosi menjadi peranan , orang tua kita itulah saja yang kita ada . hidup didunia bukan selamanya ,

:)

Miss Kira said...

sedih..;(
betul2.. jangan derhaka dkt parents..
mereka sahaja yang kita ada dalam hidup ini.. jd bahagiakan mereka selagi mampu...

Latest entry: Men's Love

dya adriza said...

anyss:

kakak mithali ^^ betul tu, hukumnya berdosa besar.

dya adriza said...

Hentak Belipat:

Mungkin menjadi. Hmm banyak dah drama kat tv buat kisah macam ni, tapi kesan tu x lama mana pun. ada je yang bantah ckp mak ayah macam kat atas ni la..

dya adriza said...

fina sophie:

hmm berubahlah. takut diorang terasa kan.. doa ibu bapa tu doa mustajab.. tu la, jangan la sampai jadi mcm kat atas ni..

dya adriza said...

r.k:

betul tu. emosi memang kena jaga betul2. sebab emosi la, kita sanggup kurang ajar dengan diorang. marah mcm mana pun, kena positif thinking kan..

dya adriza said...

miss kyra:

sweet ^^ memang betul, kalau kita kata kawan lebih penting, sebenarnya ibu bapa la yang terpenting dalam hidup kita.. jadi, hargailah mereka ^^

Kimmy Ai said...

kasih ibu, kekal sampai ke syurga~

=')