Thursday, November 18

Jamu Mata dengan Mutiara


Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1Malaya. Ehhhh…hari ni masih rayalah. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Entri kali ini bukan tentang jalan-jalan lagi. dah penat melancong dan berjalan merata. kulit pun dah gelap gelita berjemur tengah panas bina istana pasir di Bagan Lalang. Sebelum kita berseronok tengok laut di PD, apa kata kita jamu mata dulu?

Orang kata wanita atau perempuan memang sinonim dengan perhiasan. Betul ke?

Betul tak betul pun, kalau dah tengok perhiasan yang comel dan cantik, hati akan tertawan jua.

Kalau ke Sabah, terutamanya Kota Kinabalu, memang tidak sah rasanya kalau tidak menjenguk seketika di Pasar Filipina. Pasar ini merupakan tempat menjual barangan kraftangan di Kota Kinabalu terutamanya mutiara. Sabah kan terkenal dengan mutiara. jadi, kat tempat inilah anda boleh tengok-tengok mutiara yang cantik. tengok sahaja ya…jagan naik geram dan beli pulak. lainlah kalau anda memang suka melaram sakan.

Sesekali ke Kota Kinabalu, apa salahnya kalau beli mutiara. Belilah broach ke, gelang ke, kalung ka yang diperbuat daripada mutiara. Bermacam jenis ada, bermacam fesyen juga. Kalau tak suka pakai sendiripun, apa salahnya belikan untuk mak, adik, kakak, kekasih hati…kekasih skandal ka hu hu hu …

Inilah tempatnya kalau nak borong mutiara;

Harganya juga macam-macam bergantung kepada kebijaksanaan anda tawar menawar. Biasanya, tawarlah harga satu pertiga. Kalau skil tawar menawar anda bagus, anda akan dapat.




Oklah, kita buat aksi cuci mata sempena hari raya. Koleksi ini saya punggah masa pergi Kota Kinabalu yang entah bila dah tu…sebab orang kirim. Bila dah angkut balik, tunjuk kat dia orang…tak nak lah pulak. Macam-macam pulak tak kena. Akhirnya…masih banyak yang aku simpan tak sempat nak pakai. Pengajarannya: lain kali, jangan dok gedik terima kiriman orang yang hanya kirim guna ayaQ lior je ya. Jom la tengok…












Semua tu fesyen lama. Fesyen baru mesti lebih cantik dari tu.
Minta maaflah jejaka-jejaka macho semua, entri kali ni lebih banyak mengarah kepada perempuan sahaja. Eh! lelakipun kena tahu jugak tau. Sila ambil tahu. Beli untuk mak ya…bakal mak mertua ka ;)

17 comments:

izfanora said...

apa kata buat GA kat blog tehn tawar hadiah tue semua. tak lah membazir kan? dari tak diguna.. hehe.. cadangan saja..

jenguk sini juga:
For BKT 8987

Fina Sophie said...

sokong cadangan izfanora tu ;)

tak berapa minat nak melaram dgn aksesori. melaram dgn baju tu iya. ehehe. kdg2 bila pergi kota kinabalu, singgah pasar tu, cuci mata. bleh thn la pelbagai brg2 kat situ.. :)

afifaa. said...

ha'ah. mesti ada cenderahati gelang mutiara dari sabah :)

izfanora said...

kita tggu GA dr anyss.. huhuhu..

mood: nak tengok anyss sudi tak nak buat GA untuk kami-kami nie.. =)

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Wah, cantik2 mutiara tu...
Mak saya suka sangat kumpul mutiara ni... Nanti nak g Sabah la...Hehe...

Jom Baca:
Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma

nur.sa said...

sah la rambang mata kalo saya ke sana. hahaha. itu nak, ini nak. aiyok..

anyss said...

izfanora: terima kasih. cadangan yang bagus tu...sayangnya, masa teramat terhad sekarang ni. Akan dipertimbangkan bila free sikit nanti

Payah juga nak handle GA terutama nak tentukan pemenang. Karang ada pulak yang rasa hati dan merajuk lak... :D

anyss said...

Fina: Dah tengok setiap hari, memanglah tak minat sangat. Best jugak cuci mata kat situ...

Ekceli, sebab orang kirim, kalau tak memang tak belipun. dah biasa sangat dengan benda ni sebab dulu kakak kerja kat Sabah...dah selalu dia bawa balik.

anyss said...

Afifaa: kalau first time pergi, best juga beli buat kenangan. Tapi kalau dah banyak kali sangat pergi...dah tak jadi ekslusif lagi dah

anyss said...

izfanora: Tak ada masalah nak buat GA dan hadiahkan semua tu...hanya masa sangat suntuk. nak online dan up det blog pun semput...

Dah buat nanti, saya hebohkan kat sini dulu ya...biar semua orang serbu la la la

anyss said...

Azwandy: wsalam. Waaaaa bagusnya anak mak ni...sanggup pi sabah nak beli mutiara untuk mak lagi tu...

anyss said...

nur.sa: sesekali je pun rambang mata. Jommmm la pi...airasia ada offer kaw kaw punya tu...book awal2 skit (6 bulan sblm). Boleh jumpa Fina kat sana nanti...kan Fina ;)

nur.sa said...

haha. insyaAllah satu masa kalau kelapangan dan daku tak kebizian :D

anyss said...

NUR.SA: masa muda macam ni lah sesuai pergi jelajah serata alam...dah bongkok sabut, mata pun dah rabun untuk jadi rambang tengok benda2 comel macam ni hu hu hu

humbleyat said...

byknye brooch...nak satu...!
rasanya hujung bulan ni nak repair brooch, byk set permatanya dan pin dah ilang..syg pulak kalu nak buang..

satu keperluan klu ader function , brooch sbg penambah seri :)

Mana Clipper Spek

anyss said...

Humbleyat: kalau mahal, repair ok jugak terutama kalau masih elok.

Saya jarang beli broach yang mahal, beli yang pakej dapat 5-6 ketul untuk harga RM10 ...rosak terus je baling dalam tong sampah

humbleyat said...

uish..jgn dibuang brooch tu..pin tu bleh guna utk brooch yg lain...:)

sy pun beli yg murah2 ajer..tapi sebab design die yg ctik, syg pulak..

brooch kesayangan warna pink sebab arwah abah bagi sebelum die pergi tinggalkan kami..permta die pun masih bersinar lagi smpi sekrg:)

kalu hilang memg mnangis tak berlagu agaknyer...T.T