Wednesday, November 24

Info: Urusan Perbankan Online


Ramai di antara kita lebih selesa menguruskan urusan bil2 elektirik, air, astro dan lain2 lagi menggunakan kemudahan perbankan online. Tidak dapat dinafikan, kekangan masa menyebabkan ramai yang mengambil inisiatif sendiri melunaskan pembayaran melalui online sahaja kerana mudah dan boleh dilakukan di rumah. Namun, harus diingat, langkah berjaga2 wajib diambil lebih2 lagi urusan perbankan online adalah melibatkan wang ringgit. Semua sedia maklum bahawa kini ramai penyelewengan wang berlaku tidak kira melalui emel mahupun sms. Oleh sebab itu, kita perlulah berwaspada dan memastikan bahawa web yang kita masuk itu adalah web yang betul dan bukannya palsu. Ingat, elakkan 'phishing'.
'Phishing' ialah satu bentuk jenayah penipuan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat peribadi terutama sekali data perbankan. Satu laman web khas dicipta untuk mencuri data seperti kata laluan dan identiti perbankan pengguna sekaligus membuatkan pengguna tidak sedar bahawa akaun mereka berada pada kawalan orang lain. Berikut merupakan langkah2 yang perlu diambilkira sebelum melakukan transaksi atau sebagainya yang melibatkan perbankan online:
1. Ingat! Pihak bank tidak pernah dan tidak akan menghubungi penggunanya melalui emel bagi mendapatkan kata laluan. Sekiranya anda mendapat emel dari mana2 bank yang meminta anda masuk ke link yang diberikan sila abaikan emel tersebut. Padam atau SPAM emel terbabit.

*Klik imej untuk pembesaran*
Ini adalah contoh emel phishing! Maybank dan Cimb adalah antara bank yang popular digunakan untuk emel sebegini. SILA ABAIKAN, PADAM atau SPAM.

*Klik imej untuk pembesaran*
Ini pula contoh emel individu yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan kata laluan urusan perbankan online kita. Link tersebut adalah rekaan semata-mata bukan web asli bank berkenaan. JANGAN KLIK LINK YANG DIBERIKAN.

2. Untuk pastikan web yang anda masuk adalah hak kekal bank tersebut sila periksa domain laman web itu.

*Klik imej untuk pembesaran*
Ikon mangga atau padlock wajib ada.. (Seperti anak panah sebelah kiri)
https:// ada huruf S, menunjukkan bahawa capaian anda ke web tersebut selamat atau safe..
Seterusnya, (seperti anak panah sebelah kanan) sila bookmark web yang menguruskan perbankan online anda..

(Nota Hatie: Jangan percaya dengan emel dan sms yang menggunakan nama bank ataupun nama syarikat2/produk berjenama. Lebih baik selidiki dahulu ataupun menelefon nama bank atau syarikat yang digunakan dalam emel atau sms yang diterima. Jangan pula menelefon nombor telefon yang tertera pada emel atau sms tersebut. Adalah lebih baik jika kita mendapatkan nombor telefon dari pihak TM. Hanya dail 103.)

Yang menulis,

5 comments:

Cik Liz a.k.a Leza said...

mudah + jimat masa....tapi sentiasa berhati2 bila berurusan on9 ni...

Fina Sophie said...

stuju. even sy yakin sy masuk site yg btul, kdg2 timbul juga anxiety kalau nak klik utk confirm transaction. duh. tp stkt ni alhamdulillah tak pernah lagi. kita sbgai pengguna kena sentiasa berhati2.

nur.sa said...

kalau terkena, nangis tak berlagu la jawabnya. baek hati-hati..

Miss Kira said...

kena berhati-hati sentiasa...

Latest entry: Men's Love

nn said...

paling kelakar if dapat email from bank yang tak ada kaitan dengan kita pun. haha

Latest entry: Japanese wannabes?