Wednesday, November 3

Info Barbie Doll

Artikel ini adalah sumbangan dari mia olive.

I.N.F.O
Antara toys yang paling popular dan berjaya dijual di dunia, di kalangan kanak-kanak(terutamanya yang perempuan)adalah 'Barbie doll'.Dengar tu. Barbie doll.Bukan toys Doremon, bukan pokemon mahupun Ultramen.Tapi Si Barbie Doll.

Ada korang setuju?..Tak?Ok. Sila baca lagi.
"Industri barbie doll boleh dikatakan agak laku dan mencecah berbillion dolar.
Penjualan si barbie doll termasuk dengan movie,cd permainan, komputer dan sebagainya yang menggunakan barbie doll sebagai sumbernya telah menyumbang kepada populariti si barbie doll ini."

Fakta 1:
Boleh dikatakan hampir setiap 2 saat ,3 barbie doll ini akan dijual hampir di seluruh negara.
Wahh..hebatkan!

Fakta 2:
Apabila kita letak atau cantum barbie doll ini dengan kawan-kawannya(from head to toe) yang telah terjual sejak tahun 1959, hmm..ianya seperti boleh mengelilingi bumi lebih daripada 7 kali.
Cuba bayangkan....!
Jadi, fakta ini telah menunjukkan betapa banyaknya anak-anak patung barbie yang telah terjual setakat ini.

Hmm, hebat juga penangan si barbie doll nie kan?
So, tak kisah la klo korang tengok kanak-kanak berumur 6 tahun bermain-main dengan si barbie doll, dengan siap tukar-tukar baju lagi si barbie dollnyer tu.

Selain itu, si Barbie juga digambarkan sebagai gadis sempurna, jelita, moden, bergaya, mempunyai beribu-ribu pakaian yang cantik, dan semestinya mempunyai teman lelaki yang tampan dan macam-macam lagi lah!

"Hmm, kenalkah anda pada Barbie?"
"Hmm, korang tahu tak sapa yang memperkenalkan si Barbie nie kepada dunia?"
Haaa...mesti x tahu kan.

Kat sini Mia nak kongsi sikit tentang asal-usul si barbie yang Mia telah baca:

Fakta 3:
Barbie telah dicipta pada tahun 1959.
Orang yang bertanggungjawab mencipta si barbie doll nie adalah Ruth Handler.
Beliau juga adalah pengasas syarikat alat permainan terkemuka.
Barbie telah diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.
Barbie yang pertama telah dijual pada harga $3.
Masa diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja.
Namun, wujud pula kontroversi apabila ramai yang hairan dan mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, (wowww..kerengga giler!)
tidak relevan dengan ukuran manusia normal.

Ala, jeles r tu?
Dah, nama pun barbie doll, conform la tak sama ukuran macam manusia yang terang-terang menunjukkan ciptaan Allah yang paling sempurna!
Apa daa..tu pun nak kecoh!
Tp bagus juga. Sekurang-kurangnya, sedar juga diorang betapa tak sempurnanya ciptaan manusia ini.

Pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.
Hoorayy...(tak la cacat kan..kan..kan.!)

"Kenapa letak nama Barbie?"
"Kenapa tak letak 'Honey doll ke, Pretty doll ke?"
Hmm..
Sila baca lagi.

Fakta 4:
Pencipta si barbie doll, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara.
Jadi nama penuh Barbie ialah Barbie Millicent Roberts.
Barbie berasal daripada Willows, Wisconsin dan bersekolah di Willows High School.
(Ok, facts nie Mia pelik sket. Anak patung pergi sekolah??)

Fakta 5:
First career Barbie adalah sebagai teenage fashion model.
Barbie yang digambarkan sebagai gadis yang perfect nie juga ada career lain jugak.
Antaranya adalah ahli astronomy, rock star, paleontologist, calon president, Olympic ice skater
dan macam-macam lagi karier lain.

"Amboii, hebat sangat ka si barbie doll ini?"
Mia tergaru-garu kepala.


Fakta 6:
Barbie sinonim dengan warna pink.
Kenapa yee?
Hmm, kebanyakkan artis dan supermodel yang popular kat luar sana sumenya berlumba-lumba nak ada barbie doll sendiri.
Klo make-up pun dah macam barbie doll.
Klo kek pun, nak letak barbie doll.


12 comments:

nn said...

kek barbie doll tak sedap lah huhu.

ada orang obses sangat dengan barbie sampai sanggup buat plastic surgery banyak-banyak nak jadi macam barbie. huhu

Amni said...

saya pun suka.. huhu... tapi dah besar ni, tak lagi dah.. ingat lagi member ni sampai dia f3 pon masih lagi main barbie doll. huhu... harapnya anak saudara saya tak macam gitula. skang ni pon semua benda nak barbie doll..

misz myza said...

me pun ade barbie doll gak dulu.. tapi sekarang ni xtau lak barbie doll tu tercampak kat mne...

chenta said...

barbie doll mmg comel!

KeCiK said...

Gummy Bear lagi chumelll !!!!

Fina Sophie said...

u want a perfect girl? GO BUY YOURSELF A BARBIE DOLL. XD

nur.sa said...

rasanya takde sapa yg akan cakap barbie tak comel.
sebab memang nyata dia sangatc comel dan berbaju cantik..all the time.

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. suka ayat fina sophie kat atas ni.

pegi beli barbie doll la kalau nak perempuan yang perfect!

banyak giler dah terjual ea, nasib baik la patung tak menimbun banyak atas muka bumi.

humbleyat said...

eh,,mcm mana barbie doll jd prp yang perfect,..die bukan ada jiwa pun haha..

mia Olive said...

takde jiwa tp tu yg budak2 suka kan..hmm. pelik tp tu la realitinya.

anyss said...

Salam,
Tak pernah ada anak patung hu hu hu ...dah terlambat untuk dapatkan anak patung ni hu huhu

.s.o.f.i.a. said...

dulu memang minat gila barbie doll nie..... siap ada set umah dia, pastry shop, pet shop, candy shop/.... last2 ntah ke mana peginya..... obsession zaman kanak2..... =)