Thursday, November 11

"Hungga bungga! Booya! Booya!"


Koshary adalah nama makanan di Mesir,   
Namaku Kushairi, maka hidup dengan penuh dilema.   
Jemput klik banner untuk lawat livingkoshary

Pengenalan
Kalau aku ceritakan benda ni dekat keluarga dan kawan aku masa pulang ke Malaysia, sungguh mesti terkejut tak percaya. Kalau ikutkan fakta logika memang tak masuk akal pun, tapi memang ini realiti semasa. Sejak tiga tahun lalu, malah melalui penceritaan orang-orang terdahulu, orang Malaysia memang banyak nama yang dipanggil orang Arab Mesir. Dan nama-nama tersebut juga berevolusi bersama peredaran masa. Maka kami secara tak rasminya melakukan penelitian sociology terhadap situasi yang berlaku, dan ini hasil penelitian kami. Rasanya, kalau tanya pada brother Asada dan Cik kimmyAi pun rasanya pasti ada juga cerita dan kisah mereka. Nanti kita minta mereka story-kan.

Sebelum kita selami nama-nama tersebut, perlu di-imiginasikan dalam minda, anda sedang berjalan untuk ke kelas, atau pulang dari kelas, atau sedang berjalan menuju ke suatu tempat, berseorangan atau berkumpulan, tiba-tiba orang yang berselisih dengan anda melaungkan beberapa perkataan kepada anda dengan nada yang kuat, dan kadang-kadang mereka terus lari ataupun tersengih-sengih memohon penumpuk sebiji.

Baiklah, cuma, bila dibaca nama-nama panggilan atau sapaan ni, jangan terkejut terperanjat melompat sudah.
Kita mulakan dengan nama paling klasik yang dah bertapak agak lama. Nama panggilan dan sapaan ini disusun mengikut peringkat evolusi masing-masing. Nanti anda mesti faham. 


1. "Hungga-Bungga!"
Ya, Ini memang perkataan panggilan klasik dan paling digemari oleh mereka. Pernah aku tanyakan perkara ni pada kawan Egyptian sekuliyyah, mereka pun tak tahu kenapa ada orang mereka memanggil kita dengan panggilan "hungga-bungga!". Melalui cerita sejarah yang diturunkan turun-menurun, "hungga-bungga!" melambangkan satu ungkapan ritual stereotype yang diungkapkan orang asli semasa mengelilingi api dan melakukan tarian ritual. Melalui kisah yang tiada sumber sahih, mereka mula sangkakan bahawa kita masih hidup di atas pokok setelah melihat iklan promosi cuti-cuti Malaysia yang ada klip 1Malaysia di Sabah dan Sarawak. Walhal mereka tak sedar kita ada menara berkembar besi tertinggi di dunia.

2. "Hakuna matata!"
Pernah tengok cerita Lion king? kan ada lagu yang liriknya "hakuna matata". Mungkin ini kesinambungan dari nama di atas, sebab musabab yang masih sama, kita dikait-rapatkan dengan situasi benua Afrika. Walaupun pada dasarnya Mesir itu sendiri di benua Afrika. Entahlah. Aku di'sapa' dengan "Hakuna matata!" oleh sekumpulan lelaki yang menaiki lori dalam perjalanan pulang ke rumah, jadi tak sempat nak bertanya kenapa kita disapa sebegitu rupa.

3. "Nee Hau!"
"Apa Khabar" dalam Mandarin kalau tak silap, Maka di sini memang membuktikan kita datang dari bumi yang misteri kerana mulanya mereka sangkakan kita golongan yang hidup di hutan, tapi kini mereka sangkakan muka Malaysia macam kita ni dari Tanah Besar China. Mungkin kerana mereka sudah mula belajar muka macam kita adalah orang Asia, jadi dalam mentaliti mereka orang Asia adalah orang China. Mudah. Tapi bila mereka, kanak-kanak terutamanya, mula "nee hau!nee hau!nee hau!" dan buat muka sengih mintak penampar, memang dikejar juga mereka oleh sahabat yang dah tak tahan berdesing di telinga. Kalau yang baik sikit tu, dijawab dengan lembah lembut "kami orang Malaysia, bukan China".

4. "Booya! Booya!"
Juga merupakan ungkapan yang diminati kanak-kanak untuk menegur menyapa kita. Pernah sekali tu, kami solat Asar di masjid yang terletak dihadapan sebuah sekolah dan semasa kami berjalan pulang, mereka juga baru habis sekolah. Kecoh satu jalan kanak-kanak laung "Booya! Booya!". Rasa macam selebriti tak diundang pula. Kami tanya pada salah seorang budak disitu, apa maksud "Booya! Booya!", dia mula buat gaya aksi kung fu tumbuk terajang sambil menjerit "Booya! Booya! Booya!". Baiklah, faham. Ini manifestasi kita orang China, maka mereka anggap muka kita ni semua tahu berkung fu. Baiklah.

5. "Aba Khabar! Aba nama kamu!"
Bila kita tengah berjalan, tiba-tiba ada orang laung perkataan di atas dekat kita, terpinga-pinga juga masa baru dengar, dia ni cakap arab ke cakap bahasa apa. Kita kupas perkataan pertama, "Aba", perlu kita tahu Pepsi di Mesir dipanggil BIBSI, mereka tak boleh nak sebut P sebab tiada huruf Pa dalam Arab, Jawi yang ada Pa, Arab takde. Jadi kalau nak ajuk mereka tanpa mereka sedar sangat pergi sebut "Blease, blease" depan mereka, lepastu gelak senyap-senyap. Jangan kata aku yang ajar. Tapi ni menunjukkan evolusi dari tak tahu asal usul kita sampai berusaha nak cakap bahasa kita, ya, mereka nak cakap "Apa khabar". Kesian. Tapi baru kelmarin aku ajar Arab sorang ni cakap Melayu, minat sungguh dia.

Mereka memang annoying, tapi mereka juga baik hati.

Kesimpulan
Walaupun memang sungguh, annoying memang dah pasti bila di'sapa' dengan empat sapaan diatas. Kalau sekali dua tu boleh terima, tapi kalau banyak kali tu rasa nak bukak booth penerangan Malaysia dekat tengah-tengah jalan biarlah sesak tak tentu hala. Tapi perlu juga kita sedar, mereka sebenarnya berminat dengan kita, ingin kenal kita, cuma memang bukan rezeki mereka nak ke sekolah belajar geografi, kalau ke sekolah pun belum tentu belajar geografi. Manakan tidak, kanak-kanak kebanyakkan bekerja di kedai roti, basuh kereta, minta sedekah. Mungkin itu lebih menjamin hidup berbanding sekolah. Mesir lain cara mereka berbanding kita. Lain. Maka pengajaran untuk aku, dan juga anda semua, kita cuba lihat perkara dari beberapa prespektif, mungkin baru akan nampak jelas berbanding dari satu sudut pandangan sahaja. 

Penafian: Bukan niat aku nak kutuk sesama manusia, cuma fakta ini boleh dijadikan hiburan dan pengajaran untuk kita semua.

Akhir sekali, kita sambung imaginasi kita mula-mula tadi, bayangkan anda sedang berjalan dan dilaungkan pada anda ungkapan di atas dengan penuh nada annoying dan muka sepuluh sen minta penumbuk. Apa reaksi anda?

19 comments:

Azza Zahra said...

Iklan wajah kita, kan.
Iklan kita tuh yang jadi
first impression buat diorang.
Lg pun mgkin diorang tahu asia
neh jenis muka mcm mana.
So, org cina pon leh mcm mesia.
mesia pon mcm thai. Mcm tade beza.

Tapi, agk seronok gak, kot!
(:

izfanora said...

banyak perspektif yg boleh kita lihat dari story nie.

1. perbezaan kadang-kadang buat kita rasa ingin tahu. kalau sama sahaja, mesti kita tak tanya dan nak amik tahu. betul x?

2. bersyukur dengan apa yg kita ada. Malaysia negara yang aman dan cukup. bila kita kt tempat orang, baru kita tahu Malaysia nie istimewa. kan?

3. saya ada seorang kwn dr Yemen klu xsilap. Dia belajar di UTM. pertama kali berinteraksi, sgt sush nk fhm dia ckp wlaupun dia bercakap bhsa inggeris. klakar bila ingat.

apa pun, kita bersyukur menjadi warganegara Malaysia yg bertuah..

Jenguk lah kat sini:
Kenapa Abang Selalu Buli Aku

koshary said...

@azza zahra
dulu masa world cup kan, kitorang makan dekat kedai masa jepun lawan and diorang menang. ada arab ni datang cakap "congratulations", hehem bangga gilos! =D

@izfanora

1.betul, kalau tak kerana beza kepala, kita takde minat nak amek tahu, cuma cara kita nak amek tahu tu kena jaga. =)

2.sungguh sangat betul, kalau tak mmg kita tak sedar nak bersyukur dgn negara sendiri.

3.dalam lecture dgr dr. cakap, cuba bayangkan?hehe =D

ya, sokong! bersyukur! =)

MuJE said...

bila baca hakuna matata tu terus aku teringat masa first time aku kenal desktop.. darjah 6 kot time tu... ada game lion king yang main loncat2 tu..haha time tu rase best gile kot main komputer!

sori off topic sket...hehe

tapi biasa la.. pegi negara orang kena blajar bahasa orang kan. foreigner kat U aku ni siap marah kitorang kot.. dorang cakap "terima kasiiiiiihhh" tp orang kita pulak reply "welkam"

haha...

Slot Lestary TV3 : Asmara Episod 10 + Download Link

Kimmy Ai said...
This comment has been removed by the author.
Kimmy Ai said...

saya selalu dengar arab panggil "Hungga-Bungga" dan "Booya Booya".. kadang2 ade arab ingat saya org china pastu dia panggil "nee hau".

kalau kat hussin sekarang ada trademark baru - "sawadikap". haha.

lebih geli hati, masa exam lecturer cakap "eyes on your baber" sy gelak dlm hati jelah. heh.

kalau ade arab tanya saya org mana, saya akan cakap "masreya" (org mesir). HAHAHAHA! ;DDD

koshary said...

@muje
rasanya sebab kita terbiasa nak bagi orang asing(bukan alien) tu selesa, kita kurang sikit bab nak orang lain hidup cara kita and kenal kita. entah, tetiba macam baru sedar bnda ni ada faktanya jugak. hehe.

dulu masa kecik aku main super marion tuhh. =D

@kimmyAi
'sawadikap' ni baruuu nieh!hehe, diorang baru belajar kot.

yup yup, sng ngaku orang mesir jek settle segala masalah. hehehe. pastu dia ingt kita buat lawak pulak, walaupun muka dah serious. =D

Fina Sophie said...

they're just being friendly. diorg tak tegur kalau tak minat kan hehe.

rasanya saya tahu dah apa perkataan paling selalu akan saya dengar kalau sy ke mesir. "nee hau, nee hau." XD

koshary said...

@finasoph
yup, rasanya mmg diorang nak tegur, cuma confuse kita ni orang mana. ;D

rasanya, confirm dah kena "nee hau". member kulit muka dia gelap pun diorang tanya, "chinese?" =D

Fina Sophie said...

yeke?? @_@ maybe sebab mata dia sepet? XD

koshary said...

@finasoph

entahla, hehe. maybe maybe. tapi rasanya diorang mmg tak boleh beza kita ni apa, dia nampak asian samaa jek.

itu yg bangga bila jepun power time world cup, ngaku orang jepun. sbb mesir tak dpt masuk world cup. hehe.

nur.sa said...

macam-macam gelaran dan sapaan ada ek? kalau kita anggap tu sbg teguran mesra dari dorang, takde la adegan kejar dan bg penumbuk kot. teehehee. tp dah kalo hari2 ditegur camtu, redha aje lah. keh keh keh.

hopefully, orang muda mereka nanti tau nak guna google secara berleluasa.leh dorang wat research dan tau sapa kita yg sebenarnya.

wah, tumpang jadik orang jepun ek? hoho. kalo mata sepet lagi senang nak ngaku kan. haha.

Fynn said...

hahaha!
excited dorg jumpe org mesia ;D
aku rase sume org klu nmpk foreigners sure mostly buat cenggini...
haha

humbleyat said...

part no. 5 selalu saya dengar dari arabic student and lecturer..

sya juga pernah ditanya oleh pljr arab, yg die begtu kagum pelajar malaysia pandai berbahasa arab dan membaca kitab2 arab.

rasa bangga jd anak malaysia..

p/s: kalaulah sy ditegur mcm tu panas hati juga sebenarnya huhu..meh sini ni xplain (exblain kot ) tentang malaise hehe..

Cara Elak Selsema

koshary said...

@nur.sa
sekarang ni kalau golongan yg educated, dia tahu Malaysia tu macam mana, cuma yg duk ajuk ajuk tu yg tak berpelajaran or student masalah saje cari pasal.

itu yg kadang kadang panaas jugak, tpi betul jugak kan, redha jek lah.=D

@fynn
kita jumpa foreigners, kita main ajuk jugak,tapi ajuk belakang. diorang ni depan depan jek :D
maybe kot, mmg diorng excited tngk orng malaysia. :)

@humbleyat
memang diorang takeleyh sbut P kan, hehe. selalu ajuk diorang :D, exblain, brofessional, bhotographer. :DD

ztie said...

hahahaa.. lawak pun ada bila kenang balit entry ni.. diorang tu sebenarnya friendly,saja nak tegur kita ke apa. Macam org malaysia gak, kadang2 bila jumpa mat salleh kat tepi jalan... asyik2... helo sir, how are u.. balik2 ayat tu gak. nasib baikla bahasa inggeris jer

anyss said...

Salam,
Hu hu hu berjaya sungguh iklan 1Mlaysia tu. nasib baik depa tu semua tak kata spesies manusia paling tua ada kat malaysia hu huh u tetiba je glamer orang utan ni kan

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Salam,
Pengalaman dewasakan kita. Kalau tak berpeluang berada dan hidup dalam masyarakat mereka, kita pun tak tahu tentang mereka. Manfaat peluang yang ada sebaiknya, jelajahi semua info yang pengalaman yang ada kat sana. Bila dah habis belajar, belum tentu boleh ke sana lagi

Risisita III

maharam said...

Salam,
Pengalaman dewasakan kita. Kalau tak berpeluang berada dan hidup dalam masyarakat mereka, kita pun tak tahu tentang mereka. Manfaat peluang yang ada sebaiknya, jelajahi semua info yang pengalaman yang ada kat sana. Bila dah habis belajar, belum tentu boleh ke sana lagi

Risisita III