Monday, November 1

Hati dan Akal...

Jatuh dan bangunnya seorang aku..

Seseorang berkata;
 Andai kamu mahu jatuh, jatuhlah dengan tertib. Agar kamu bisa bangun kembali dari kejatuhan. Tapi, janganlah kamu jatuh tersungkur. Kerana daku takut, kamu akan terus berada di bawah dan tak bisa bangun kembali....


Hati bertanya kepada akal:

Apakah bezanya antara jatuh tersungkur dan jatuh dengan tertib. Bukankah jatuh semuanya sama. Mana ada jatuh tersungkur dan jatuh dengan tertib. Kalau nak jatuh, tiada siapa dapat menjangka.




Akal menjawab:

Daku tidak maksudkan ia begitu. Memang kalau kita hendak jatuh, tiada siapa dapat menghalangnya apatah lagi menjangkanya. Tapi, biarkan diri kamu menganggap bahawa kamu jatuh dengan tertib. Jangan sesekali menganggap kamu jatuh tersungkur dan tidak boleh bangun kembali.


Hati bertanya:

Ahhhh.. Aku masih lagi tidak faham dengan kata-katamu. Apa kata kalau kamu terus terang aja. Berkias-kias ini hanya untuk orang tua. 

Hati memandang akal dengan jeliknya..

Akal tersenyum mendengar kata-kata hati. Dia tahu hati masih lagi bingung.

Dengan lembutnya akal berkata,

"Hati... Maksudku begini... Jika kamu jatuh dengan tersungkur, kamu tidak akan memandang ke atas kembali. Kerana jauh di sudut hati kamu menyatakan, "ahhhh.. apa gunanya diriku bangun andai aku akan terjatuh kembali.. semua orang tidak mahu menolongku bangun malahan menggelakkan diriku kerana daku jatuh. Semuanya hanya memberikan senyuman sinis kepadaku".. Itu pandangan kamu andai kamu terjatuh. Daku tidak mengatakan bahawa daku tidak begitu. Tidak.. Daku pernah mengalami kejatuhan yang teruk.. Kejatuhan yang membuatkan daku takut untuk berdiri.. Kejatuhan yang membuatkan diriku berasa rendah diri.."

Hati merenung akal dengan tanda tanya..

Jadi, bagaimana jatuh dengan tertib???


Akal berfikir sejenak..

"Ohhh..itu.. Senang aja.. Pabila kau jatuh dengan tertib, semua orang tidak akan perasan.. Faham tak maksudku.. Biar daku terangkan dengan ringkas.. Jatuh dengan tertib bermakna kamu jatuh setelah segala usaha telah habis dilakukan.. Kamu jatuh setelah berusaha.. Kamu jatuh dengan maruah.. Kamu jatuh dengan kehampaan yang amat.. Tapi, ketika kamu jatuh.. kamu akan sedar bahawa mungkin daku tidak cukup berusaha... mungkin ini bukan rezekiku.. Dan di masa kamu berada di bawah, kamu akan mengumpul kembali semangat yang tidak pernah kamu miliki.. Semangat seorang pejuang.. Semangat yang tidak akan ditumpaskan oleh orang lain.. Dan di saat ini, kamu akan berjaya berdiri dengan megahnya.. Datanglah tsunami mahupun taufan.. dengan senangnya kamu akan menepis mereka.."

Hati tersentak dengan kenyataan akal.. Tapi!!!

Apakah maksudmu orang tidak akan perasan?? Bukankah orang akan lebih riang mengelakkan diriku???


Akal tersenyum dan mengusap-usap bahu hati..

Di situlah kita akan dapat tahu siapa sahabat dan siapa lawan.. Sahabatmu akan sama-sama bersedih dan memberikan semangat kepadamu kerana mereka tahu kamu telah berusaha.. Lawan kamu akan tersenyum gembira.. Bergelak ketawa.. bersuka ria atas kekalahanmu.. Ia kerana, mereka berasa amat-amat bertuah kerana tidak melakukan perkara yang kamu lakukan.. "Ahhhh.. kalau berusaha pun akan gagal..lebih baik aku buat biasa aja.. buat ala kadar sudah..".. Mereka takut menghadapi risiko dan kekalahan.. Ya..itu mereka.. Kamu jatuh dengan maruah jadi jangan berasa malu.. 

Jadi, senyumlah hati.. Daku rindukan senyumanmu.. Kamu jatuh tapi kamu bisa berdiri kembali.. Itu aku pasti.. Daku rindukan dirimu yang ceria.. Dirimu yang mampu tersenyum biarpun di duga dugaan.. Jangan biarkan kisah lalu kamu itu menyekat dirimu dari tersenyum dan gembira.. It's u who decide who'll make u sad n who'll make u happy.. not them!!

Hati mula mengukirkan senyuman.. Cecair jernih  mula membasahi pipinya.. Akal menyapu cecair itu dengan kesabaran.. Dia merenung ke hadapan.. Di lihatnya sahabat-sahabatnya yang setia menanti kepulangan dirinya.. 

Marilah akal..Kita pulang.. =)

Notakaki:
Manusia yang bertuah ialah manusia yang pernah jatuh dan bangun dengan semangat yang kental... ;)


KawaiiKira: harap maaf andai post ini tidak difahami.. ;) .. 
Apapun.. "Sentiasa berfikiran positif anda anda terjatuh dari landasan.."
;)
Adakah hati dan akal akan berbicara kembali.. hmmm..

8 comments:

Amni said...

setuju dengan nota kaki tu..

bersyukur bila kita jatuh kita mampu bangkit kembali.. bangkit dengan yakin Dia bersama akan menjadikan kita insan yang lebih matang dalam tindakan... insha allah..

Azza Zahra said...

Betul,betul,betul.

Setuju gak. Jatuh dengan tertib
bila kite dah berusaha sebaik mgkin
membetulkan keadaan. (:

Cuma terus beringat,
Allah memberi kite pkara terburuk
untuk menghadiahkan kte pkara terbaik. (:

Miss Kira said...

[amni]; yup2.. setiap yg berlaku ada hikmahnya..

[azza]: as long as kita yakin dengan diri sendiri dan DIA..

r.k said...

jatuh sakit . dan berjaya dengan pernah sakit are priceless .

no pain no gain .

Fina Sophie said...

sesungguhnya saya manusia bertuah.

:)

Tupai Karan said...

jatuh dalam emosi sangat menyakitkan, Kira. Walau camna pun kita bangkit semula ikut kemampuan kita. Take our time. Tak semua kehampaan boleh heal sekelip mata. Dalam kes saya, sy jatuh 'tetomoih' dalam 3 tahun dan sejak tu sikap sy berubah sampai sekarang.. nak bangun semula amek masa lagi 2 tahun walaupun kehampaan tak sembuh sepenuhnya :)

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

anyss said...

Salam,
Errrr selalu gak jatuh tangga

Sokong entri ni 100%...fuhhhh perlukan pertapaan untuk fahami falsafah maha tinggi ini

tapi saya SUKA...tak ramai orang suka berfikir dalam2 macam ni

Pert Doherty said...

inilah yang gua cuba sampaikan dalam blog gua.. haha.. kaitan hati dan akal.. tapi gua bagi dalam kiasan OTAK dan JANTUNG..

haha..

gua pn pernah jatuh juga.. tapi gua ni fighter.. hahahaha mst bangun pnye la..


Antara sahabat, sijil dan senapang Thompson