Wednesday, November 10

Hari Terakhir

.
Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga sihat walafiat di mana jua berada. ceria selalu, senyum tersipu. hehe..

Kali ini ingin berkongsi kisah benar yang berlaku suatu masa dulu, tak siapa pun menyangka. yang pasti kisah ini mengingatkan aku tentang kedatangan mati itu tidak mengira keadaan, tidak mengira usia, tidak mengira waktu.

Kisah ini sudah lama. sudah separuh dari usiaku kisah ini berlalu. ini kisah hari terakhir mak ngah (kakak ayahku). tiada sekeping gambar pun dalam simpanan yang ada wajah mak ngah, namun aku masih ingat paras wajahnya. cuma ada sekeping gambar dari ic mak ngah yang telah dibesarkan dan dibingkaikan oleh anaknya.

Mak ngah sungguh baik walaupun suaranya agak kasar. sabar orangnya. sangat gigih bekerja. semasa kecil, aku pernah mengiringi mak ngah yang sedang memikul 3 biji kelapa menuju ke rumahnya, lebih kurang 1.2 km dari rumah aku hanya berjalan kaki. mak ngah sungguh suka bercucuk tanam. di halaman rumahnya pelbagai jenis pokok buah ditanamnya. aku suka bertandang ke rumah mak ngah pada musim rambutan. pasti kenyang puas hanya makan buah-buahan.

Mac 1998, anjang Kiah (kakak mak ngah) pertama kali mendapat peluang ke tanah suci Mekah menunaikan ibadah haji. majlis wida dilakukan di rumah keluarga aku. malam sebelum bertolak semua ahli keluarga rancak bersembang. esok pagi-pagi anjang kiah akan berangkat ke tanah suci.

Pagi-pagi sebelum bertolak aku sudah bersalam dengan anjang kiah. aku terus ke sekolah. mak ngah turut serta menghantar anjang Kiah ke airport kuching bersama beberapa saudara mara yang lain.

Dikisahkan semasa di airport, selepas bersalam-salaman anjang kiah terus masuk ke balai pelepasan. mak ngah melambai-lambai ke arah anjang Kiah dan anjang Kiah pun turut melambai sama. sesudah itu, rombongan menghantar anjang Kiah terus balik namun mak ngah tidak bersama. mak ngah menghilang.

Lewat petang, lebih kurang jam 5, kedengaran suara memberi salam di rumahku. mak ngah datang lalu terus ke dapur meminta segelas air daripada mak. penat katanya. mak ngah mengidap asma. setelah usai minum, mak ngah bercerita saat orang sudah balik meninggalkannya di airport seorang diri.

Di saat orang lain sibuk bertolak balik, mak ngah naik ke tingkat atas untuk melihat kapal terbang yang dinaiki oleh anjang Kiah berlepas. mak ngah melihat kapal terbang itu sehingga tidak nampak lagi dari penglihatannya. sungguh, itulah pertama kali mak ngah berpisah begitu jauh daripada anjang Kiah.

Katanya lagi, mak ngah berjumpa saudara jauh sebelah pak ngah di airport. orang itulah yang menolongnya dan menghantar mak ngah ke stesen bas untuk balik ke rumah.

Selesai bercerita, mak ngah minta diri untuk balik ke rumahnya. beg tangannya tertinggal di ruang tamu rumahku. mak menyimpannya, mungkin esok mak ngah akan datang untuk mengambil begnya. mendengar dari percakapannya, esok mak ngah akan ke kebun menemani pak ngah yang sudah ada di sana.

Subuh keesokannya, suasana sungguh tenang di pagi khamis itu. selesai solat subuh, pintu rumah diketuk bertalu-talu. Sharkawi (anak mak ngah) terpacul di depan rumah membawa berita mak ngah sudah tiada. innalillahi waiinna ilaihi roji'un.. ayah terdiam mak membisu.

Ayah bergegas ke rumah mak ngah. memanggil jiran lain mengkhabarkan berita sayu itu. sharkawi terus ke kebun mengambil pak ngah. masing-masing terkejut mendengar berita pemergian mak ngah. baru semalam mak ngah bersembang sama. masih terngiang-ngiang tutur bicaranya. biji pulur sudah dibungkusnya sedia untuk dijual tersusun rapi di tepi pintu rumah. barang-barangnya untuk pergi ke kebun sudah siap dikemas.

Tapi mak ngah tidak ke kebun. mak ngah pergi jauh meninggalkan pak ngah dan 4 waris yang bisa mendoakan kesejahteraan rohnya.

Selesai dimandi dan dikafankan, jemaah beramai-ramai mensolatkan jenazah mak ngah. jenazah mak ngah selamat disemadikan di tanah perkuburan kota samarahan selepas zohor.

April 1998, ketibaan anjang Kiah disambut meriah dari tanah suci Mekah. setiba di rumah keluarga aku, anjang Kiah bersalam-salaman dengan saudara mara yang lain dan sahabat handai lalu duduk di atas pelamin khas untuknya. wajah anjang Kiah berseri penuh kegembiraan.

Beberapa ketika kemudian anjang Kiah bertanya, ke mana mak ngah? setelah lama duduk, mak ngah masih jua belum muncul. suasana tiba-tiba senyap. berita pemergian mak ngah disampaikan mak uda (isteri abang ayah). serta merta air jernih berjujuran dari mata anjang Kiah. suasana kembali hiba. lambaian di airport yang lepas adalah lambaian terakhir daripada mak ngah.

Saat aku menaip kisah ni, masih jelas dalam ingatan segala yang berlaku di hari terakhir mak ngah dan tangisan anjang Kiah. tiada siapa pun sangka..

Al-Fatihah untuk arwah Qalbi Binti Man (mak ngah, 1998) dan Masri Bin Daud (pak ngah, 2004)

"Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti. bersedialah untuk menempuhinya"

9 comments:

nur.sa said...

berapa ramaikah daripada kita ni yang dah bersedia menempuh kematian?

yeah, kita memang kena bersedia, sebab mati itu satu janji yang past.

humbleyat said...

org yang sentiasa mengingati mati adlah org yg cerdik.

hmm..hidup kita ini pendek sahaja

entah2 malaikat maut sentiasa 24 jam menemani kita huhu...tunggu saat yg sesuai shj.

takziah asada...al-fatihah untuk mereka berdua.

Kimmy Ai said...

kita hidup untuk mati~

Mummy Nana said...

Al-Fatihah... sesungguhnya apa jua yang hidup pasti akan mati.... Takbir...

nabilah_2908 said...

sayu je hati bila baca n3 ni..

Al-fatihah........

jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY

hentakbelipat said...

tangkap sayu pulak pagi2 nih...

d_tieah said...

Takziah..

izfanora said...

yang hidup pasti mati.. innalillah..
aku baru sahaja kehilangan pakcik ku selasa yg lalu. ingatan tak kan padam. biar kita simpan jadi kenangan.

Fina Sophie said...

pandai la asada bercerita.. touching..