Monday, November 15

GEMUK = SENANG HATI


Semestinya bila kawan atau saudara lama tak berjumpa, 1st thing akan ditegoq ialah ketongdraman aku yg semakin ketara. Nak wat camane lagi, takkan nak stopkan projek pembinaan badan tak terancang ni. Jerit 'stop wei, stop' ?

Dan semestinya. Kegemukan aku akan diassociatekan dengan tanggapan yang aku senang hati kebelakangan ni. Ayat-ayat untuk mengelaborate greetings ni sangat menggores hatikuh inih. "Ha.. lama tak nampak.. Amboi berisi toi skarang".. Hehe sedihnya (sedih tapi gelak? Common disease kan).

GEMUK = Senang hati. Hari ni aku nak sangkal sikitlah. Cam biasa, tak puas hati, comments below.



Bagi aku, GEMUK = Takde duit nak pi slimming2 session ala2 Pakar Kecantikan TV3. Jangan kata nak pi kedai2 pakar, nak beli uncang teh kurus badan pun takut clash ngan expenses nak beli ubat gigi.


GEMUK = Tak pilih makan. Main sentai ja sebab selera ngeri sampai model2 catwalk akan trauma sepanjang hayat.


GEMUK = Takdak inisiatip untuk exercise dan target area2 pengumpulan lemak. Ada tu ada tapi azam hangat2 taik ayam pandu.


GEMUK = Agak susah hati witness process kenaikan kilogram berlaku depan mata sendiri. Silap haribulan susah hati dengan problem lain sampai terlupa problem berat badan sendiri. (Tau2 je bila orang tegoq baru prasan badan tu semakin gemok)


GEMUK = Susah bergerak. Bangun duduk baring bertinggung menunduk menyenget bersilapanggung bersilalantai. Sangat menyayat hati ok. Used to be an active fellow tapi sekarang nak gerak pun da cam labi-labi. Tentulah sangat janggal kan?


GEMUK = Terkilan. Banyak baju2 lama yang sentimentol sudah tak muat lagi. Baju terbeli 2 bulan sudah lupa nak pakai memang dah confirm jadi penghuni tetap dalam almari untuk makanan anai2.


GEMUK = Jarang tengok cermin. Apa makna pun nak tengok. Bukannya berat badan buleh turun mendadak. Heh ayat pasrah. Asal terpandang reflection diri je rasa cam reflection tu nak keluarkan hammer dan ketuk diri sampai retak pecah. (rujuk episod Something Smells : Spongebob)


GEMUK = Tanda2 makro adanya penyakit sedang bersarang. Akibat ketiadaan duit untuk mengubati, selalunya penyakit2 ni diabaikan saja.


So kalau hangpa notice la, penggemuk2 newbie cam aku ni sebenaqnya depress amat, hence the expression pakai topeng smile kat muka.


Ah, para pengkurus2 jangan terasa haibat pulak kalau simptom2 gemuk ada kat hangpa (tak jaga makan minum, takdak duit repair/maintain/upgrade diri, susah hati) tapi hgpa tetap kurus. Ermm.. anggap je badan hangpa tu bukanlah perumah idaman lemak2. Tak sudilah tu ngehhehe.


P/S : Blhkah aku jadi kurus dan hyperaktif balik dalam serba kekurangan yang terlebih kot makan ni? Huehuehue.

P/S 2: Sbb tu aku tak caya bila pegi table talk ngan org2 MLM yg badan gemok2. Come on, sape tak nak look their best kalau da ada duit? Konklusinya, dia tu belom ada duit lagi. Harapkan duit potential downline cam aku je. Cheh.

http://tupaikaran.blogspot.com/2010/06/gemuk-senang-hati.html

13 comments:

AmirFX said...

Nak kurus be positif dan nak gemuk pun kena positif jugak barulah menjadi... haha..

Azza Zahra said...

Ha? Bukan
perumah idaman lemak?
Haha. Cemitu lak.
Tapi yg kurus pon dok
pk cemana nak naek2 neh.
Tak reti dah kot.

Gemok gemok comel lar~

hentakbelipat said...

hahahaha..gemok = special la wehh..kalau semua org dah kurus spe nk gemuk pulak

Q said...

adik Q kata Q makin gemuk bila asyik duk mengadap laptop ja. hahahaha

kusut said...

yeah marilah kite mengamalkan gaya hidup sihat. kira kalori makanan harian (takyah detail sgt pun takpe.. asalkan jgn makan 3kali ganda intake kalori harian).. dan rajin2 la baca/tengok dokumentari pasal obesiti. ngeri amat. siries!

izfanora said...

senang cerita, nak gemuk atau nak kurus kena ada duit..

aku nie susah sangat nak gemuk sebab terpaksa memilih makan. tension..

jenguk sini juga:
Tolong! Aku lemas!!

Fina Sophie said...

kira kalori tu btul. pmpuan maksimum 3000 kalori tiap hari, tp kalau nak kurus, makan 1000 kalori tiap hari. kalo lelaki, dlm 5000 kalori mksimum tiap hari rasanya. setiap saat, kalori kita akan terbakar even kita tak wat apa2. paling koman pun, time tidur, 1 kalori setiap saat. kalau basuh kain, jemur kain, basuh pinggan, kemas rumah, lap meja, tu dah berganda kalori yg terbakar tu.

suri rumah pun boleh ape diet. mkn kurang dr 1000 kalori tiap hari. mgkin lmbt hasil dia, tp dlm setahun, mesti ada beza tu ;)

Fina Sophie said...

tmbhan! pasal gemuk = senang hati tu.

dulu wktu tgh berisi sikit - tp hmpir2 overweight!, asal jumpa kwn2 lama yg agak2 lama tak jumpa, msti ckp.. 'makin berisi laa." terpaksala jawap.. 'sbb senang hati.." smbil senyum lebar2. padahallll sng hati ape bendanya. sdih je org ckp makin berisi ni. huhuh. s0 sy faham T___T

afifaa. said...

haha:D selalu je kena, jumpa orang mesti dia cakap; ' makin gemuk. mesti bahagia ni '

erk? kalau tak bahagia tak gemuk ke?
kalau kurus tu tak bahagia lah? hehe.

chenta said...

sy ni duk pkr mcmane la nak gemuk..payah betul..huhuhu..

tp sy mmg suka excersice..jom la excersice sesame!hehehe

Perlu ke harta demi cinta..bersama pendapat i!Heheheh

anyss said...

Salam,
bersenam dan jaga makan. Tu je lah petuapun untuk stabil.
Makan kena cukup; sarapan, minum pagi, lunch, minum ptg, dinner dan super...kalau skip, memang ada potensi untuk naik berat.

nampak macam banyak kali je makan kan...tapi kalau mkn ikut jadual gitu, kita akan makan skit je sbb blom kebulor lagi kita dah makan lagi. pilih juga apa benda nak makan...banyakkan sayur dan buah.

Kalau dah kebulor baru nak makan, kita akan sebat sebanyak2nya sampai lupa dah sendawa 14 kali

ni amalan yang saya buat masa kekal slim dulu. Bila makan dah tak tentu...badan memang naik dah. Jommmm kita amalkan pemakanan yang sempurna. tengah nak kurangkan berat juga ni ;)


Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

humbleyat said...

klau gemuk memg senag hati.
sebab byk bende bleh makan hehe..

nikmatilah makanan slagi ader..boleh tak...?;P

Miss Kira said...

kira memang maintain kurus..mkn la apapun..bdn mmg x naik.. muahahaha..

xp org slalu kta.. kurus=susah ati..
=.="