Wednesday, November 3

Fasa-fasa Hubungan Manusia-Gajet Elektronik

salam peeps!

kamon. siapa tak bangga ada iPhone4 sementara jiran-jiran dan rakan pejabat masih bersengkang mata bercinta dengan iPad? siapa tak riyak ketika ada digital lomo sementara sepupu kamu terhegeh-hegeh ke kedai cuci filem? siapa tak takabbur jika dah sebulan tak ke jamban ketagih bermain game guna Alienware sementara best friend kamu masih tercengang nak pasang Dell PC dengan CPU kaler purple? siapa tak terliur bila tengok hubby/wifey sendiri belek nokia N99 dan HTC Desire sementara diri sendiri cuma ada Nokia E66 dan 1208?!!

marilah kita kelik READ MORE untuk terus membaca.


cemburu memang tanda sayang...NOT! kala melihat pasangan sendiri belai gajet elektronik beliau lebih dari belai kita, cakap pun selama ini tak pernah ber-darling-ai-miss-yu-sori-tak-bawak-yu-pegi-jamban dengan kita tiba-tiba dengan gajet beliau buat, siapa tak panas? tapi kita perlu ingat, walau bagaimana sekalipun, gajet baru beliau tersebut tak dapat menandingi kasih sejati. kasih gajet berpada-pada, kasih pada Allah juga yang selamanya ewah! sekali keluar usrah.

berikut ialah fasa-fasa hubungan manusia dengan jaget elektronik kita:


1. Fasa Bercinta

waktu ingin bercinta, kita jadi selektif. nak yang terbaik umpama mencari calon boyfren seperti Edward Cullen yang berambut merah, muka hensem, berkereta banyak, bersuara lunak dan kekal hensem selama-lamanya. begitu juga dengan gajet yang kita ingin cari. mesti yang terbaek! fasa ini kita berkenalan dan godak-godak, umpama berkenalan dengan bakal kekasih kita. bila dah dapat, gajet itulah segalanya. gajet itu boleh buat semua benda. sampaikan nak ambil masak megi pun nak pakai iPad OMG! sesiapa nak pinjam atau nak try test gajet kita cuma akan makan selipar jepun kita saja.


2. Fasa Berkahwin

memasuki fasa kedua, kita dan gajet sudah berada di tahap selesa. kita dah tahu segala tricks dan rahsia di sebalik gajet itu. orang lain nak pinjam? boleh tapi kita akan terbayang mereka seperti lipas cuba membina jambatan San Fransisco guna Lego. tak siapa yang boleh tandingi tuannya sendiri kan?


3. Fasa Bercerai

setelah beberapa ketika di zon selesa, kita mula nampak kontra yang lebih banyak dari pro pada gajet kita. semua serba tak kena. kalau dulu gajet itu boleh bantu kita untung FOREX, sekarang, nak dail butang pun buat donno. mulalah kita usha curang kepada yang lain. lama-kelamaan bila dah tahap fedap sangat, kita tinggalkan gajet itu untuk bersama yang baru.

huh. komplikated. pernah terjadi pada kamu?

10 comments:

Amni said...

tak pernah terjadi kat saya.. hehe...

lagi minat kat e72.. biasanya kalau dah minat sesuatu tu, samapi bila2 pon akan suka... jaga betul2... kecuali kalau memang dah tak leh guna, dah mati.. huhu...

chenta said...

gadgets....erm....tak terkejar gadgets2 yg ada skrg..kene byk duit baru boleh kejar semua tu..huhuhu

Fina Sophie said...

huish teori niii. haha. i would rather to take it easier :P

KeCiK said...

Ah tetiba teringat kat tamagochi plak. Dah bagi makan ke belum?

nur.sa said...

sy bukan pencinta gajet. jadi fasa bercerai tu tak banyak berlaku. eh, kecuali waktu bertukar telefon. itu aje kot. hihi

ASaDa RyutaRo said...

tak pernah terjadi kat diri sendiri. mintak jauh dari terjadi..

tapi pernah tengok benda ni terjadi kat orang lain. isk.. isk..

Kimmy Ai said...

hahaha.. saya setia pada yang satu.. xde fasa bercerai.. ;DDD

humbleyat said...

ada fasa gajet plak yerk...

saya jenis yg setia cam kimmy ai..hanya bercerai mati sahaja yg boleh memisahkan kami..cewah..;)

kusut said...

takkan dah 10 tahun pun still nak guna tech sama kan? hehe

ramai org memang mule2 beli kemain lagi pegang gadget tu. last2 terbiar berabuk dlm laci. aku pun kadang2 camtu gak. especially kalau tertipu dgn salesman lah. tapi yg betul2 mahal (which most of the time betul2 best) memang bawak pegi mane2 la

anyss said...

Salam,
Lambat sikit kot nak jadi...skrin touch pun belum guna lagi, ipod pun blom...maknanya jauh lagi la tu hu huhu

walaupun suka gajet macam2 gini, saya hanya guna gajet yang sesuai dengan bajet je...