Friday, November 26

Farid dan Lisa Lepas berkahwin....

Farid Kamiludin digelar sebagai seorang playboy di zaman percintaanya bersama Lisa Surihanisah. Mereka jatuh cinta semasa belajar di kolej. Zaman percintaan mereka sering membuatkan Lisa Surihanisah makan hati. Siapa yang tak risau dan cuak apabila memiliki seorang boyfriend yang mempunyai pakej lengkap. Farid Kamiludin sememangnya menjadi pujaan ramai gadis di kolej ketika itu. Namun jauh dilubuk hatinya, sayang kepada Lisa Surihanisah tebal bak tembok Berlin sebelum roboh.

Beberapa tahun selepas menamatkan pengajian, mereka berkahwin. Farid Kamiludin memberi sepenuh kasih sayangnya kepada Lisa Surihanisah. Tetapi, Perangai Lisa Surihanisah berubah selepas berkahwin. Perkara ini yang membuatkan Farid Kamiludin menjadi serba salah. Dia selalu menyuruh Farid Kamiludin membuat perkara yang tidak masuk akal bagi seorang wanita yang bergelar isteri.

Pada suatu hari, Lisa Surihanisah memulakan tabiat buruknya....


Lisa Surihanisah: Abang, tengoklah jiran kita, Encik Zamarul hashim dan Puan Linda Rafi. Cemburu pula saya dibuatnya.

Farid Kamiludin: Maksud awak?

Lisa Surihanisah: Abang lihat sajalah setiap kali Encik Zamarul hashim pergi dan pulang dari kerja, dia mesti mengucup Puan Linda Rafi. Malahan setiap kali mereka bersama mesti saya lihat mereka bermesra-mesraan. Samaada sedang menyiram bunga atau sedang beriadah, Encik Zamarul hashim mesti mengucup Puan Linda Rafi. Abang tak pernah pun buat begitu.

Farid Kamiludin: Awak dah gile!!! nak saya kena bunuh dengan Encik Zamarul Hashim.


Memang sukar untuk seorang lelaki yang sudah menjadi suami ingin memenuhi permintaan sebegitu. Lebih-lebih lagi permintaan dari seorang isteri.....

9 comments:

r.k said...

kah kah kah , nak mati ke kucup isteri orang ?

sometimes , manusia ni tak sedar yang mereka dah dapat lebih dari cukup kasih sayang .

bak kata orang lama , sayang anak tangan-tangankan . sayang isteri tinggal-tinggalkan ..
bila dah terhantuk , barulah terngadah .

kan .. XD

Amni said...

Kelakar! pandai buat cerita. Tapi kan... memang laki kena pandai tunjukkan dia sayang bini walaupun dia bukan jenis yang macam tu supaya bini tak de la komplen kan.. hehe...



Istana Budaya:Acoustic Night

Mummy Nana said...

Ok paham paham mmg nie citer lawaks.... tapi mmg lelaki nie especially kalau dah kawin dia mmg saja wat xpaham apa yg isteri dia ckp..... APAKAH???? Errrrrr.... huh...
heheheh.... kalau hasben I jawab cam tu mmg nak kena... ahaks

Miss Kira said...

hahahaha...
mmg kena bunuh la jawapnya.. ngeeee

Latest entry: Men's Love

anyss said...

Salam,
Hu hu hu sudah baca dalam cerita yang berbeza tetapi still masih gelak golek2.

Mummy Nana: gitu ek? masa blom dapat je dia sanggup kait bintang, jolok bulan? Dah dapat dia buat dakkkkk je ek? nasib baik pompuan leh kawin sorang je kan...kalau tak, habis depa!


Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

chenta said...

setuju dengan anyss...hehehhe

syaftome said...

hahaha...
memang lurus bendul lah...
si farid kamiludin tue...haha..

tp ad pengajaran jgak citer tue...
sometimes...people don't appreciate other people...
who they cares and loves...

nur.sa said...

cadangan cari nahas utk si suami. suami lak wat tak reti. :P

Fina Sophie said...

sebenarnya, ada pasangan macam pasangan zamarul hasyim. n ada juga jenis pasangan exactly like pasangan farid.

pasangan farid ni, anda tengoklah bila anak2 diorang dah besar2, bagaimana terlebih romantisnya suami awak pada awak, si isteri ;) mungkin smpai berenggang pun taknak, asyik2 memuji kecantikan si isteri walaupun sbnrnya pada usia dah lebih 40an...

;)