Monday, November 1

Becoming a man Part Satu; Kau Sape Nak Tau?

Hari tu macam biasa. Gua bangun. Ah, malasnya nak pergi sekolah. Buat apa gi sekolah asyik kena marah. Gua gagahkan diri sebab mak dah mula membebel. Gua tak sempat breakfast sebab gua bangun lambat. Gua kena runner gi bus stop sebelum pukul 6. Gua capai beg sekolah. "Eh? Buku-buku dah setting ke? Tak tengok jadual? Nanti salah bawak buku." bisik gua pada diri sendiri. "Ah...lantak lah, paling busuk pon kena diri atas kerusi." kata gua pada diri sendiri untuk menyedapkan hati.



Cilaka. Bas terlepas lagi. "Relek ah, kul 7 bas ada lagi." sekali lagi gua berkata pada diri sendiri. Bas sampai. Pergh, ramai juga yang lambat macam gua. Rupanya gua silap. 90% penumpang bas time tu bukan dari sekolah gua. Mati lah gua kali ni, kena maki sorang sorang depan pintu pagar sekolah. Takpe lah, baik gua tidur. Gua suka naik bas sebab gua ada banyak masa untuk tidur, topup balik sesi tidur gua yang tak pernah cukup. Sambil tidur gua cuba memikirkan alasan gua lewat ke sekolah pada hari tu.

Pukul 8 pagi, bas sampai. Gua pon turun. Rupa-rupanya ada jugak 2-3 orang yang lewat macam gua. Sampai je pintu gate, pengawas yang familiar dengan skill-skill mencatit nama dan kesalahan pelajar dah ready dengan pen dan buku. Gua rasa nama gua dah dicatit dalam buku tu melebihi sepuluh kali. Aiseyman and aiseywoman, Pak Ya pulak ada kat depan. Gua dah rasa tak sedap hati. Baru dua hari lepas gua kena rotan dengan dia sebab keluar kantin awal dari masa yang sepatutnya.

Seperti yang gua jangka, gua kena tahan. Pengawas macam biasa jalankan tugas menyoal siasat kami yang datang lewat. Pagi tu kesalahan gua sekali dengan pakej, datang lewat, kasut kotor dan tak pakai name tag. Pak Ya check kami sorang-sorang. Dia suruh budak lelaki hulur tangan then pengawas pengikut setia Pak Ya diarahkan untuk bau tangan kami. Kenapa? Ini salah satu teknik yang dipraktikkan untuk mengenalpasti pelajar yang hisap rokok sebelum masuk sekolah. Gua tenang sebab gua tak hisap rokok. Macam selalu, kena rotan dua belah tangan sebab datang lambat. Nama kena catit dan terus ke tapak perhimpunan.

"Amacam tangan lu, sakit tak?" tanya kawan gua.
"Sakit" jawab gua ringkas.

Habis perhimpunan gua masuk kelas macam biasa. First two period gua dah buat hal. Buku Moden Math II gua tak bawak. Sengaja gua tinggalkan sebab gua tak siapkan kerja sekolah. Apa guna bawa buku latihan yang kerjanya tak siap? Alang-alang dah kena marah baik gua tinggalkan kat rumah, ringan sikit beg gua. "Berdiri atas kerusi" kata Cikgu Math gua. Rupa-rupanya gua sorang je yang tak siapkan kerja. Gua expect kawan-kawan gua juga tak siap rupanya diorang ponteng perhimpunan untuk siapkan kerja sekolah. "Cis, tak muafakat langsung" kata gua dalam hati. Separuh masa kedua waktu kelas tu cikgu suruh gua berdiri di luar kelas. Katanya gua merosakkan suasana kelas sebab berdiri atas kerusi. Gua pon ok je, at least dapat hirup udara segar kat luar.

Gua sedang asyik menikmati pandangan di luar kelas. Gua lihat pelajar-pelajar lain tekun belajar. Gua terfikir sejenak, sampai bila gua nak jadi macam ni? Habis sekolah lu nak jadi apa? Orang lain pergi sekolah lu buat apa? Kadang-kadang gua juga ada muhasabah untuk diri sendiri tapi itu semua sementara. Sifat malas gua masih lagi kuat.

Time gua berdiri kat luar gua dengar sok-sek dari pelajar perempuan kelas gua sendiri. Gua dapat dengar dengan jelas sebab gua berdiri dekat dengan tingkap.

"Dia ni buat malu kelas kita je lah"
"Ye lah,macam mana dia dapat masuk kelas ni ntah"
"Mentang-mentang la terer bahasa Inggeris, boleh la masuk kelas ni"
"Itu je yang dia terer kot. Aku tak faham lah macam mana dia boleh jadi pustakawan"
"Itu lah, patutnya pustakawan mesti yang baik-baik kan"

Gua kelas 3 Kiambang. 3 Kiambang merupakan kelas kedua terpandai selepas 3 Kenanga. Gua juga hairan kenapa gua boleh masuk kelas pandai ni. Gua takdelah pandai sangat untuk masuk dalam kelas ni dan gua takdelah bodoh sangat untuk duduk kelas tercorot. Sejak dari form one, gua tak pernah masuk kelas lain selain Kenanga dan Kiambang. Ramai cikgu kata gua sebenarnya boleh tahan dalam bab-bab akademik tapi gua sendiri mengaku, gua ada masalah disiplin sikit. Gua lupa nak cakap, gua juga merupakan pustakawan sekolah dan ketua kelas 3 Kiambang. Gua tak pasti sama ada gua terer dalam subjek Bahasa Inggeris atau tidak, tapi gua suka kelas tu sebab gua rasa kelas tu vibe dia lain dengan kelas lain.

Gua rasa panas. Dia sedap duduk belajar dalam kelas, gua sedang azab berdiri kat luar. Sedap je mengata gua. Gua ketuk tingkap dan tegur budak perempuan tu, "Kau sape nak tau?"

Bersambung.

Yang buat-buat rebellious tapi hati baek;
KeCiK

16 comments:

Juelina Stanie (AJ) said...

menarek2
teruja nak tau pe jd next
can't wait for part 2!

r.k said...

hey mate , those history that turn us into somebody .
heh , ghua sapa nak tahu ?

kusut said...

setengah2 orang, which is ramai aku rase, kene study selalu2 utk score exam. segelintir orang, kene study lst minute utk score.

seciput pulak takyah study tapi bleh score.

Amni said...

hee... rindus ekolah bila baca ni.. tunggu next entri..=)

ztie said...

karang dia cakap 'aku nak tekel ko, sbb tu aku nak tau'
hah.. cmne?

KeCiK said...

@Aj
Hoho, the second part shall commence few weeks after this. Next week entry laen plak, baru orang cakap variasi. Haha. Thx for reading yo!

@r.k
Got me dude, past experiences turn us into a better person. Sort of, tengok gak experience macam mana. haha.

@kusut
Takyah study tapi bleh score? Owh yg tu gua rasa paling unfair.
Gua perasan sistem sekarang ter-sangat-lah exam oriented. Even dah tua2 pon kena ambik exam hanya utk naik pangkat.

@Amni
Rindu sekolah or rindu chegu? Bila lagi nak rasa childish experience kalau bukan sekolah rite?

@ztie
Wow! tak pernah lagi ada org ckp mcm tu kat gua lah. Wish I have one. Haha!

Mummy Nana said...

hahah... tekun akak baca nie.... eh amik turn akak lah sambung citer nie secepat mungkin nak??? Baik ati tak akak... hehehe

ztie said...

hahaha... tak pernah ek? Sebab tu lah tak pernah. Takkan diorang nak open cakap camtu. Nanti sah2 kena rijek!

kusut said...

@kecik
unfair? lain org lain kebolehan dia kot. masing2 kene tau kebolehan (kemampuan) diri. aku rase lagi bagus jadik diri sendiri drpd cuba utk jadik org lain. so kat education (stakat kat m'sia lah) org camtu bleh excel tapi maybe kat part lain nasib diorang teruk kot

KeCiK said...

@Mummy
Pergh..baek sungguh! Kalau mcm tu akak try sambung citer nih? Baek tak saya smpi bg org sambung citer sendiri? Hahah.

@Ztie
Betol gak, kalo diorang open for sure gua dah pengsan tepi tingkap tu. :)

@kusut
Sort of unfair. Aku ada member, dia mmg dlm golongon sangat work hard especially when it comes to academic. Tp result tak setimpal ngan level work hard dia. Sem by sem akhirnya nmpk. Result dia lagi sempoi dari others.

Yup,agreed on that. Bila bab2 menghafal,jwb kuiz@exam mmg excel. tapi bila presentations, bookclub or debate diorang kurang skit.

humbleyat said...

kenapa budak nakal biasanya cerdik yerk..

sebab die menggunakan otak kiri dan kanan..:)

knp org yg study hard tak dpt markah setimpal?

sebab die perlu study smart instead of study hard..:)

knp major student failed bila presentation?

sebab takde confidence and well preparation.

once u dah well-prepared then you have the confidence!juz believe it..

and in exceptional case ada yg gifted knowledge..yg itu kena gunakan sebaik2nya...

p?s: ala kecik lambat lgi kersambungannya..tak sbr pulak ...

Fina Sophie said...

cerita2 mcm ni yang best dibaca sbnrnya. ah my school life adalah sedikit boringggg. tak byk rebel. paling jht pun escape kelas atau lompat pagar sekolah nak keluar dr kwsn sklh sbb gate dpn kena guard smpai skirt sklh koyak rabak jadinya isk. lawan cikgu sklh.. even pgg jwtn pengawas sklh..

..eh mcm agak rebel jugak ek.. but still bosan XD n pmpuan mmg tak byk sgt buat bnda pelik2 kot hehe

KeCiK said...

@Kak Yat
Tu la pasal kak, lambat la pulak Isnin nih. Dah tak sabar nak cite mcm mana kena pecat jadi pustakawan nih. Haha.

@Fina
Extreme gila lompat pagar sekolah. Mesti dulu olahragawati sekolah, tak pon wakil rumah sukan. Skirt rabak? Owh, wish I was there. Kami dulu dah ada route spesel in case kawalan ketat kat pagar depan.

Tupai Karan said...

waktu skolah dulu teringin nak look cool : konon kat skola xstadi n miss buat homework tp kat umah pulun gila.. tapi apa leh buat,sama je kat umah ngan skola keke.. semuanya malas.. ponteng rajin..

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?

anyss said...

Salam,
Bila nak sambung ni?

KeCiK said...

@kak tupai
Kat rumah ekecelly mmg nak pulun tapi bila "arrghh..apa ni? tak phm lah!" so dibiarkan je lah. Siap tanya dulu member buat ke tak, at least ada teman kena denda.

@anyss
sabar makcik, InsyaAllah bila turn untuk post tu malam skit maka for sure gua tepek kat belog nih!

thx for reading!