Friday, November 26

Enjit-Enjit Semut



untuk lebih rare , ghua sarankan luols mainkan video dibawah semasa membaca artikel ini 



Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit Naik Atas
Enjit-Enjit Semut , Siapa Sakit , Naik Atas !

Lagu rakyat yang senang kita ingat , yang tak mungkin kita lupa . Siapa saja yang tak pernah bermain permainan ini . Lebih ramai lebih meriah . Namun , pernah tak luols berfikir motif permainan ini dicipta .



Permainan ini memerlukan beberapa tangan yang disusun secara bertingkat . Tangan-tangan ini akan mencubit tangan dibawahnya . Sambil mendendangkan lagu Enjit-Enjit Semut , cubitlah sekuat yang mahu . Tangan yang dibawah sekali pula hanya boleh menahan cubitan tetapi tiada tangan yang boleh dicubit . Usai lagu dimainkan , tangan terbawah akan beralih keatas dan proses diteruskan sehingga pemain dah taknak main .

Apa motifnya enjit-enjit semut ni ? Buat sakit tangan saja .

1. Hidup kadang-kadang dibawah , kadang-kadang di puncak dan banyaknya ditengah-tengah .
Ya , seperti hidup manusia biasa , permainan ini mengingatkan kita bahawa hidup tidak selalunya mudah . Kita bukan sentiasa senang dan bukannya kekal susah . Berada di atas deretan tangan hanyalah seketika dan berada paling bawah bukanlah selamanya . 

Kita diajar untuk sentiasa yakin bahawa nasib kita pasti berubah , jika kita berusaha .

2. Jika kita susah , carilah jalan keluar kepada masalah .
Tidaklah Sang Pencipta mencipta penyakit tanpa ubatnya . Jika kita susah , perlulah kita mencari jalan keluar . Semasa di tengah-tengah barisan tangan ketika tangan kita sakit , kita mungkin buat muka sedih supaya dikasihankan ; janganlah cubit kuat sangat . Atau mungkin kita akan marah dengan tangan diatas ; janganlah cubit kuat sangat . Mungkin juga kita melari-larikan tangan supaya tangan tidak sentiasa dicubit semasa lagu dimainkan dan pelbagai cara lagi kita akan praktikkan .

Begitulah hidup kita , mencari solusi masalah adalah perlu untuk kita meneruskan hidup .

3. Berlaku kejam bukan satu pilihan .
Lazimnya mereka yang bermain dengan cara mencubit tangan orang lain sehingga berdarah berkemungkinan besar menutup tirai permainan dengan mata yang bengkak . Dengan berlaku kejam terhadap pemain lain akan menimbulkan kemarahan pemain lain . Silap haribulan , beliau mungkin juga akan kehilangan kawan .

Hidup di dunia bukanlah seorang diri , janganlah kita hanya memikirkan diri sendiri tetapi sama-sama lah berkongsi pahit payau manis dan masam dalam kehidupan . Tanpa orang lain apalah erti hidup di dunia .

4. What you give , you get back .
Begitulah adat enjit-enjit semut , lu cubit perlahan , ghua balas perlahan ; lu cubit kuat , ghua balas kuat ; lu cubit manja , ghua balas HOI !!

Hidup bermasyarakat memerlukan sikap toleransi yang tinggi . Jika kita asik bersifat dengki , buruk , busuk , longkang dan sampah . Itulah yang kita akan dapat semula kecualilah luols duduk dikalangan masyarakat berfikiran seperti Para Sahabat . 

5. Kalau tak tahan Buthurt jangan Troll .
Bagi mereka yang mempunyai sabar yang nipis seperti kuman janganlah bermain permainan ini . Sifat kita yang mudah melenting tanpa sabar dan lebih mudah menerima apa yang disuapkan perlulah dijauhi . Sifat beginilah yang akan dieksploitasi oleh anasir-anasir jahat yang ingin menjatuhkan luols .

Permainan ini mengajar kita bersabar dan menguji ketabahan kita dalam menjalankan kegiatan seharian . Kadang-kadang perkara yang negatif , yang mengundang amarah juga boleh ditwist menjadi sesuatu yang positif , yang membuatkan luols sekurang-kurangnya tersenyum . Yang penting , akal yang berfikir . So , Why So Serius ?

6. Ada banyak lagi point , tetapi disebabkan entri ni dah makin panjang , apa kata luols yang point out kan  ?

7. Siapa kata orang kita buat perkara tanpa berfikir panjang ? Mungkin generasi kita yang begitu ,  tetapi lihatlah betapa besarnya makna permainan mudah ciptaan warisan kita . Bukankah kita mewarisi genetik mereka ? In b4 butthurt .

8. Ghua minta maaf kerana menyepi dekat dua minggu . Ini adalah kerana ingin konsentrasikan diri ghua kepada final exam yang masih juga boleh ghua katakan macam cis . Jika diizinkan Maha Berkuasa , ghua akan kembali dan terus evelebel . 

9. Sekarang ni , luols replay balik video di atas dan kita sama-sama nyanyi .
Satu , Dua , Tiga !

Mengenai Penulis Entri Ini :
r.k juga penulis untuk blog Separuh Hayat. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label r.k. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Luols tahu tak ?.

14 comments:

Mummy Nana said...

fakta yg menarik!!!!

r.k said...

mummy nana : akak kena ajar anak akak main enjit-enjit semut .. haha

KeCiK said...

Sebelum start sekolah gua dah familiar dengan game-game nih. Enjit-enjit semut, Telur Pecah, Pukul Berapa Datuk Harimau etc.

"We dont aim this world, we aim hereafter"

Nice!

:)

r.k said...

KeCiK : budak-budak sekarang dah ada playstation , sakit tangan jgak tu nak main .

"back to the roots" tak sabar nak skanks . keh keh keh

Mummy Nana said...

akak dah ajar diorg main sep atas sep bawah sep depan sep belakang... hah sambung.. heheheh dulu dah pernah ajar anak pompuan akak.. mmm dah lupa kot.. nant dia balik sekolah akak tanya... ahaks..

Miss Kira said...
This comment has been removed by the author.
Miss Kira said...

vid ni comey gila!!! hahahaha

xp betul la.. "everything happens for a reasons"
jd think positif..

ekhemm..
asal bila lu cubit manja, gua balas HOI.. hahaha

Latest entry: Men's Love

r.k said...

Mummy Nana : jeli jeli one two jus !? haha , nostalgia tu ..

Miss Kira : dah kalau main sama-sama laki-laki , nak mencubit manja kejadahnya ? hahaha .. ghua bukan gei .

anyss said...

Salam,

Suka dengan entri ini...sangat suka. analisis yang menyeluruh dan mencabar minda.

Dah habis exam kan? Selamat bercuti!

Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga

r.k said...

Anyss : ni terpengaruh dengan subjek final lah ni , analisis .
keh keh keh

nur.sa said...

comel je bila teringat zaman main enjit-ejit semut ni.

a'ah betoi la fakta r.k bagi ni. semua berkait tu..

masa main, selalu saya ni pesan tangan org atas tu jangan cubit kuat, karang sapai turn saya, saya balas cubit kuat jgk.hahaa. dasar kulit nipis.

r.k said...

nur.sa : yeah tapi selalunya orang tak kembangkan amalan ni kepada amalan harian ... kan . XD

Fina Sophie said...

lama gile tak main. n mcm tak pernah dah nmpk budak2 main ni skrg ni.. hehe.

tak pernah terfikir ttg perkaitan mcm ni. thanks =)

r.k said...

fina : kena naikkan balik game ni , dapat buat application kat fb mesti awesome . haha