Thursday, November 18

Dunia Tari.


This is a story about me chasing a small dream of mine. Ini entri panjang, dan agak banyak juga gambar. Jika sudi bacalah dan lihatlah.. HEHEHE.


Selepas sahaja habis STPM dulu, saya sebenarnya ada membina satu kemahuan kecil, mahu tubuhkan kumpulan tarian sendiri. I'd NEVER told anyone about this dream waktu tu. Saya tak pernah langsung tunjukkan minat pada tarian. Even dulu waktu mula-mula tubuhkan Tari Kirana pun, my mum orang paling terkejut. Okey fine semua orang pun terkejut mungkin tapi my mum saja yang tunjuk dan tanya "are you sure?" HAHAHA.

By the way, saya terpanggil hasilkan entri ini sebab Isnin minggu lepas, waktu ke Kota Kinabalu, berjalan-jalan di Centre Point dan sempat grab novel Sophie Kinsella dekat Popular XD, saya terserempak dengan Yaya. Bersalam, bertukar khabar, dan bye-bye. Pertemuan itu mengembalikan kenangan-kenangan memori silam, salah satunya adalah tentang minat saya yang tumbuh pada tarian sejak mula kenal Yaya. Selain kegilaan pada buku, satu lagi kegilaan saya (paling obvious di real life sebenarnya) adalah pada tarian. Lebih kepada tarian tradisional, eh bukan setakat lebih. Memang tarian tradisional saja.

How it all started?

Kalau orang tanya dari mana minat saya terhadap tarian bermula, mulanya dari cerita-cerita hindustan. Serious ni. Saya seorang penonton filem Hindustan yang tegar dulu. Kalau nak cerita tentang macamana minatnya aku dekat filem dan lagu-lagu hindustan, kena buat entri yang baru XD Tapi waktu tu minat tarian-tarian hindustan saja. Belum lagi timbul minat dengan mana-mana jenis tarian yang lain. KENAL PUN LANGSUNG TAK Hingga akhirnya pengetua yang baru berpindah ke sekolah tempat saya sedang belajar waktu itu bermulalah kisah bagaimana saya mula didedahkan dengan genre tarian tradisional oleh kakak kepada anak pengetua yang hensem itu.

Yes, her name is Yaya. Setahun lebih tua dari saya dan ya Allah waktu sekolah menengah, admire gila dekat Yaya. Very talented and bright. Dahlah comel, peramah, dan eh eh .. tolong buatkan hadiah Valentine's Day untuk saya bagi pihak adik dia lagi. Sweet betul :*)

Kadang-kadang, bila para penari Yaya buat latihan dekat dewan sekolah, aku ajak kawan-kawan ikut duduk di kerusi-kerusi dekat ceruk tepi pintu sambil tengok padahal langsung tak tahu apa-apa tentang tarian okey, tapi duduk juga sebab tertarik. Saya ingat lagi, Yaya banyak gunakan lagu-lagu Noraniza Idris untuk performance setiap kali ada majlis-majlis di sekolah. Tiap kali performance, kalau boleh taknak lepas. Kalau tengok, mata hampir tak berkelip. Saya boleh lupa untuk bernafas juga mungkin. Maybe I was afraid that I would miss any single step. Haha. Kelakar rasa bila ingat balik. Sejak itu, I rasa macam desperately nak belajar menari HAHAHA :P

Campus life.

Bersama ahli kelas tarian. Tahun 2007.
Persembahan tarian Sumazau
Rakan-rakan JPMDPP turut memeriahkan Majlis Malam Audirasari. Thanks girls!
Rakan-rakan Audirasari waktu persembahan untuk Majlis Pemasyhuran DPP SME Bank.
Secara ringkas, masuk kampus, saya ambil keputusan untuk masuk kelas tarian setiap Sabtu selama dua tahun. Di situlah bermula. Dan waktu semester satu juga, kenalan saya, Henry, penari utama dari kumpulan Bidasari (satu-satunya Kumpulan Penari bawah Pusat Budaya dan Seni UUM) ajak masuk kumpulan tu tapi saya tak terus masuk sebab tak sure. Semester ke-tiga baru join Bidasari, dan Henry orang yang banyak membantu saya waktu itu. Ajar itu dan ini. Step yang saya baru nak belajar, dia ajar slow-slow. Cara buat rambut juga. Haha. Dan di situlah saya belajar macam-macam tentang tarian, dunia tarian, termasuklah orang-orang dalam dunia tarian. I've made some friends during my training with Bidasarians, dan kemudian kami tubuhkan kumpulan kami sendiri di kolej bernama kumpulan tarian Audirasari. Sometimes some of the Audirasarian turun latihan untuk Bidasari, tapi saya dah tak turun sebab busy di kolej. Tiap semester ada saja offer untuk buat performance, tiap semester ada kemasukan baru, tiap semester latih bakat baru. I do both. To perform, and to train. Di kolej, I've known as Fina yang menjadi tempat rujukan untuk apa-apa aktiviti kebudayaan especially tarian tradisional. Semuanya sebab minat. Dan sebab minat juga, naik jadi Exco Biro Kesenian dan Kebudayaan di kolej. Makin ligatlah aktifnya dalam semua projek berkaitan kesenian dan kebudayaan, termasuk program-program kawan sejawatan (JPMDPP) yang lain. Support projek kawan. Hectic life - sentiasa mencari waktu dan ruang untuk bernafas, tapi sweet sangat kenangan-kenangan tu sebenarnya. I miss that life sometimes.. :)

Kadang-kadang terpaksa pinjam pejabat kolej waktu malam sebab nak siapkan kerja cepat.
Dah lali dengan meeting meeting meeting
Lepas meeting keluar minum buat release tensen. alamak rindu dekat kaliannn..
Rakan-rakan Audirasari dalam studio tarian.
Susah ke senang nak teka saya yang mana satu? XD
Last performance with Audirasarian
Itu di kampus.

Di kampung, saya ada kumpulan tarian sendiri. Bulan ini, sudah lebih 4 tahun tertubuhnya kumpulan tu dan awal Disember tahun lepas (2009), kami mula mencari nama kumpulan yang tetap. Tari Kirana. Nama Tari Kirana itu sebenarnya ilham ayah saya sendiri. Ya mungkin ada pengaruh Tari Tirana. HAHA. Tari : Salah satu cabang seni Kirana : Kinapulidan Ranau. Lebih kepada trainer dan pengurus saja. I miss performing, but zaman tu dah berlalu. Dah nak masuk 24, tak manis.. XD

I had never force them to join the group. I had like almost 30 girls and boys yang pernah ikut sama, semua bermula dari sekolah rendah tapi bertahan sampai sekarang cuma 6 orang saja. Sekarang semua dah masuk sekolah menengah. Saya ambil budak-budak perempuan saja, jarang budak lelaki kecuali kalau benar-benar memerlukan.

Awal-awal dulu waktu mula-mula tubuhkan group, ambil offer tanpa bayaran saja. Kampung saya aktif buat majlis, so kesempatan macam tu memang digunakan sepenuhnya. Bermula dari membuat persembahan dalam majlis-majlis perasmian dekat dewan, kami mula mendapat undangan untuk membuat persembahan untuk majlis-majlis perkahwinan dan majlis perasmian di kampung-kampung berdekatan. Progression slow, sebab waktu cuti saja perform sebab waktu cuti saja saya ada dekat kampung.

Tari Kirana

You see.. awal-awal tu, banyak dugaan-dugaan yang walaupun tergugat sikit, tapi tak pernah patahkan semangat untuk meneruskan kumpulan ni. Tak terfikir langsung untuk bubarkan. Saya bermula dari zero, dan dengan dugaan contoh macam ibu bapa tak kasi pergi latihan or tak kasi join kumpulan lagi tu perkara biasa sampai sekarang. Dugaan untuk saya dan dugaan untuk the girls juga. Kena umpat keji pun perkara biasa dulu. Tapi sekarang dah kuranglah. Siapa kata semua ini amat senang saya kecapi? Tak. Tak mudah sebenarnya. Atau sebab saya simply tak kisah sebab saya jenis orang yang - at times, I might look indecisive but, once saya dah decide, saya takkan toleh belakang lagi. Aaaaanyway, ada orang yang tak suka aktiviti-aktiviti tarian, we have to bear with it. Ramai yang suka, so lebih baik saya fokus dekat orang yang suka tengok tarian kan? Focus on all the good things in life, rather than the bad things - it wouldn't take you anywhere. Kalau minat tu, go on, nobody can stop you. Those are just 'some mosquitoes' making some noiseeeee... XD

Lokasi training
2010
2008
2009
2009
November 2010
November 2010

Ini mungkin impian yang kecil bagi sesetengah kita, tapi untuk orang yang punya passion pada bidang tarian macam saya, I do proud of myself cuz now I'm living in one of my dream. My passion. Saya tak pernah berpeluang menari di Istana Budaya (penari-penari ramai nak menari dekat Istana Budaya - well, my kawan-kawan menari DO :P) malah jauh aih dari Linda Jasmine. But bermula dari kosong, after four years, I've got lots of performing experience, also experienced in training new talents, I've been in Bidasari - profesional UUM's tradisional dancers trained by professional trainer, dilantik jadi Exco BKK, tubuh dan organize kumpulan tarian sendiri yang independent di kolej, dan ada kumpulan penari tetap Tari Kirana yang sedang mencipta nama di Ranau, tanah kelahiran. I was quite an active student during my years at the university. Sijil paling banyak dari aktiviti kesenian dan kebudayaan - tak ada kena mengena langsung dengan kos yang saya ambil *sigh* I guess I took my dancing activity more to heart rather than my own course but doesn't mean saya tak ada sijil-sijil berkaitan kos saya sendiri okey. Hehe.

Maaf kualiti gambar lain-lain dan banyak yang kurang elok. Kamera handset je. Hiks. Banyak sebenarnya gambar tapi semua ini setakat yang dah sedia ada terupload di Picasa Web Albums. Malas nak upload  terus dari desktop lagipun banyak gambar-gambar lama yang dah terdelete dari simpanan - so nasib baik ada juga yang dah tersave dekat internet (- -")

Pose wajib wahaha. Gambar diambil waktu tahun 2009.

Kamu ada kemahuan kecil yang mahu/sedang/telah kamu capai? Never mind the big dream, kongsi yang kecil-kecil saja sudah, jika ada. Jika sudi. ^^

31 comments:

chenta said...

i memang menari gak..ajar i menari dear!

I got it!

ztie said...

aaa.. tahniah sebab berani nak teruskan impian~ bermula dari zero tu lebih bagus tau... tahniah jugak sebab berjaya mempertahan TARI KIRANA... tak yah dengar bunyi2 nyamok yang kedengaran. amik yang baik jadi iktibar yang buruk jadi teladan :)

Fina Sophie said...

thanks for reading you all. just to share my own experience.. ^^

Fina Sophie said...

@chenta

leh je. hehehe ;)

Fina Sophie said...

@ztie

thanks zatie. just skrg ni dah tak perform dah. train saja. hihi. n dah tak byk nyamuk dah skrg.. :P

afifaa. said...

saya tak pandai menari. langsung. keras aje. tapi suka tengok orang menari. lemah gemalai. huu..

poco-poco pn saya tak pandai. hee.

izfanora said...

sangat bestkan bila dapat perform??hahaha.. sangat suka perasaan time tue walaupun gementar.

kata-kata orang biasa lah. jarang yang menaikkan semangat.

tapi, kita xhidup sebab kata-kata yang menguatkan kita. kita xmati sebab kata-kata yang melemahkan. keep it up.. teruskan usaha anda..

jenguk sini juga..
For BKT 8987

Tupai Karan said...

another side of fina sophie :D

oit.. umor 24 je.. muda lg tu.. blh perform lg pa..

surely you rindu ngan kwn2 lama.. skrg dgn tari kirana je kan? or ada part yg sy terskip baca :P

anyway, i'm proud of you. bkn semua org dpt capai impian dan planning.

my big dream : tinggalkan malaysia
my small dream : berkait ngan blog. gosh..capek deh

Azrul Hisham said...

kagum dengan semangat awak ni bila baca entri ni..thumbs up :)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Fina Sophie said...

@afifaa

ifaa, sy pun tak fhm kenapa kita mcm diwajibkan utk tahu menari tarian poco-poco XD

Fina Sophie said...

@izfanora

let me guess, performer jugak ke? hiks.

btul tu, smpai skrg even dah biasa perform pun msti nervous. even budak2 yg sy train nak perform pun, sy lak yg nervous terlebih :D tp biasalah, perform kena perfect, silap sikit dah tak cntik. so tensen dia lebih sikit sbb kita expect for perfection.

thanks! :)

Fina Sophie said...

@Tupai Karan

yep exactly! the other side of fina sophie XD paling obvious, d luar dr dunia tarian, sy orgnya nmpk agak awkward bila jadi perhatian ramai. tp bila di atas pentas - i'm somebody else @_@

tua la utk budak2 yg sy train ni TK hehe. smuanya belasan tahun lagi lol. tgokla bosan2 kang nari gak kot haha. and yeap, sgt rindu pada rakan2 audirasari. huhu. tak apa, tampuk pemerintahan ai dah tamat ekekekk.. skrg ni dengan tari kirana je la.

nak jadi citizen negara org ke? ehehe.. bila baca dari blog tupai karan, sy tak hairan.. :P n about blog tu, whatever it is, slow2 je la kan. sbb benda instant cepat hilangnya.. hihi.

thanks! ^^

Fina Sophie said...

@Azrul Hisyam

org2 skliling sy juga tak byk menghalang, malah siap show their support. itu yg buat sy tak kisah org luar yg obviously doesnt matter at all. thanks! ^^

Aida Ismail said...

kalau lah cikda ada bakat menari...errr =D dalam mimpi je ni. Hehe.

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...

Wah...Bestnye reti menari...
Saya pon pernah menari & buat persembahan..Tu pun masa darjah 3...Dah lama da...Buat tarian joget utk persembahan majlis penyampaian hadiah...Hehe...
Masa kat UPM dl ada mmbr ajak join zapi...dah tranning dah..Tapi, x dpt join...Huhu...
Tahniah la eh ada grup tarian sendiri...
Hehe...

Jom Baca:
Komputer Riba Rendahkan Kualiti Sperma

CikGadis said...

hebat nyer. kagum sgt dgn org yg pndai menari sbb saya sekeras2 batu di dunia harharhar.

Jemput singgah ke teratak saya : Selamat Hari Raya Haji

nur.sa said...

bestnya, dari minat, fina dah dpt buat apa fina mahu. :) dah lama sa kagum ngan fina ni sejak baca kat blog.

fariehan ibrahim said...

wahh, auwww, auww, cm best jerk kn,
hehee, XD
bgitu hebat n giat skali u'oll menari,
papepn, keep it up er~! :)

puteri_kebayan said...

bestnya...
minat menari tapi xreti pom..
nak mula step je, keras smacam..
huhuhuhuuu...
menari kat bilik mandi je paling layak utk saya;)

Fina Sophie said...

@Aida Ismail

haha XD lain org lainlah hobi kan. depends on background juga. i was born in keluarga yang berseni ^^

Fina Sophie said...

@Azwandy Bin Muhamad

zapin? most traditional dancers love zapin, u know? hehe. bljr lama tak? damn i took lots of practice to actually can dance zapin n dpt every step dengan lenggok n gerakan yg btul. zapin susah la nak wat but anyway, the most entertaining traditional dance it is, kan? ;)

thanks azwandy ;)

Fina Sophie said...

@Azwandy Bin Muhamad

wassalam X]

Fina Sophie said...

@CikGadis

hahaha. guess what, sy pon keraslahhh haha. then my trainer ckp, semua org pun boleh menari sbnrnya. yg beza, minat atau tak. tu je. at the end of the day, when there is a will there's always a way :)

Fina Sophie said...

@nur.sa

tak tahu napa rasa terharu baca komen sa ni. sy ni memang tau. sikit2 nak terharu haha XD thanks so much for always being there no matter what, sa :')

anyss said...

Salam,

inilah impian saya yang saya rasa tak akan tercapai sampai bila2 sebabnya saya ni keras macam kayu. Lagi pula bertudung. Teringin sangat nak menari tarian tradisional macam zapin ka, asyik ka...sumazau penah menarik, penah juga pakai uniform dia tu tapi tak berapa nak cantik sebab tak reti sanggup. Itupun pakai untuk amik gambar je...

Berapa Panjang Nak Tulis Entri?

Fina Sophie said...

@fariehan ibrahim
haha thanks fariehan! this is my passion :)

Fina Sophie said...

@puteri_kebayan
menari kat bilik mandi? dats funny. tarian korean girls ke tu? ;))

Fina Sophie said...

@anyss

wassalam anyss, :) u can learn sometimes, tak perlu perform. hehe :) me pun dah tinggalkan pelan2 dunia performance. just latih budak2 je.. itu pun satu kepuasan juga :)

humbleyat said...

hi fina.. i know u are dat kind of inspired and high motivated person from ur writing, comments as well from our first appearance in 100penulis ..:)

very inspiring story...proud to have fren like fina..:)

impian..mahu memiliki rumah sendiri by 30..insha allah:)Mana Dia Clipper Spekku

Miss Kira said...

betul.. kalau lagu tradisional..rmai suka guna yg noraniza idris punya..

tahniah sis sebab berjaya capai salah satu impian..
=)

Ayu

fyqahika said...

nak juga tariantarian ni tapi malu la nak join sebab tak pandai nari langsung :