Tuesday, November 30

Doa Minta Jodoh


Bertemu lagi dengan cik chenta ^_^

Kalau minggu lepas i cerita pasal ex dan kahwin. Kali ni i nak cerita pasal doa minta jodoh plak. Sesuai la untuk i yang masih belum bertemu jodoh ni. Heheheh. Jom sambung baca lagi!




Doa ni i dah pernah post kat blog lama i. Blog tu dah tak aktif lagi. Malas nak update. Tapi disebabkan kekeringan idea, pergi la blog tu. Korek-korek Cari-cari idea. Terjumpa plak doa ni.

Jom ramai-ramai baca doa ni. Jangan lupa baca bismillah!

Ya Tuhan,kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah...
tapi kalau bukan jodohku,jodohkanlah...

Jika dia tidak berjodoh denganku, maka
jadikanlah kami jodoh...

Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia
dapat jodoh yang lain, selain aku...

" Ya Tuhan, kalau dia tidak dapat di jodohkan
denganku, jangan sampai
dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak
berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,
jodohkanlah kami kembali...

" Ya Tuhan, kalau dia jodoh orang lain,
putuskanlah! Jodohkanlah denganku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar
orang lain itu bertemu jodoh dengan yang lain dan
kemudian Jodohkan kembali dia dengan aku ...

Amin....

Hahahhaa. Rasa apa lepas baca doa di atas? Heheheh. I gurau-gurau je ye. Turn i kali ni malam (bagi yang berada di Malaysia, sekitarnya dan yang keadaan malam sekarang. Tempat yang tengah siang, anggap je malam. Boleh?heheheh) , so bila malam kita baca entry sempoi-sempoi.

Jodoh adalah ditangan Tuhan. Kalau seseorang tu memang bukan jodoh kita, kita baca doa di atas pun takkan jadinya. So doala supaya dijodohkan dengan orang yang sama dengan kita. Sebabnya orang yang baik, jodohnya adalah yang baik. Begitu juga sebaliknya. Nak dapat jodoh yang baik, kita mesti jadi baik dulu. ^_^

Mengenai Penulis Entri Ini :
chenta juga penulis untuk blog Suka Hati Sya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label chenta. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Makan dengan tangan kiri?.

24 comments:

amira said...

hurm.. sapelah jodoh saya ye.. moga dapat yang terbaik untuk diri saya

gelak sakan di petang hari~

akubiomed said...

Sebagai hamba Allah kita kena mohon kepadaNya supaya ditemukan jodoh dan berusaha

deqdeq said...

hahaha...igtkn betul2 la doanya...tertipu sudah...heheh

Fynn said...

jodoh...susah nih...

chenta said...

@amira

amin...moga2 kita dapat jodoh yg terbaik..allah mengetahui segalanya ^_^

chenta said...

@akubiomed :

ye..usaha juga penting!

chenta said...

@deqdeq

hahaha..boleh je kalau nak amalkan :P

chenta said...

@fynn

erm...tak susah la fynn ^_^

AziE said...

Jodoh memang di tangan Tuhan. Tapi kita juga kena la usaha ke arag jodoh tu

nn said...

cerita from my lecturer, mak dia doa depan makam Nabi Muhammad SAW supaya dia ditemukan dengan lelaki yang sebaik-baik manusia (or something like that). dalam doa tu siap sebut if tak ada manusia macam tu, tak payah jodohkan dia dengan siapa-siapa.

berkat doa mak, tiga bulan lepas tu dia jumpa dengan jodoh dia. and kitorang memang pernah jumpa husband dia semua memang baik sangat. diorang dah berbelas-belas tahun kahwin but still romantic. depan students pun tak kisah panggil sayang semua. memang... kitorang adore kat diorang.

teringin nak dapat suami macam tu and life macam tu.

Latest entry: we use our mom's bag with pride.

nur.sa said...

doa tu senjata utama orang mukmin. :) berdoa yang baik, moga-moga diperkenankan.

...NZC... said...

semoga dapat jodoh yang baik..

chenta said...

@azie

ye..doa + usaha + tawakal

chenta said...

@nn

i pun teringin dapat suami yg mcm tu..siapalah tak teringin kan? ^_^

chenta said...

@nur.sa

so doa di atas boleh diamalkan ke tak?hehehehe

chenta said...

@NZC

amiiin ^_^

Fina Sophie said...

indahnya cerita nn. ada antara kita yang bertuah sgt2 mcm tu.... T_T

chenta said...

@Fina Sophie

mana tahu suatu hari nanti kita plak yang bertuah ^_^

afifaa. said...

doa ini pn indah kak fina :)

fuhh. jodoh dah ditetapkan sejak azali lagi. kita je tak tahu.

btw, thanks for sharing doa ni :)

chenta said...

@afifaa

rasanya doa ni real ke? ^_^

humbleyat said...

mula2 baca ok lagi..
bila dah scroll ke bawah..erk...
tak leh amin nih..hehe

jgn risau pasal jodoh ni..insya Allah, cuma perlu jd yg terbaik utk dpt terbaik dan fenomena calon2 yg baik akan dtg dengan sendirinya sampaikan kamu semua tak tahu memilih yg mana satu..;)
(ops!sedang mngalami fenomena tersebut...Ya Allah!)

chenta said...

@humbleyat

ooo..patutla..tahniah dan selamat memilih! ^_^

chenta said...

@humbleyat

ooo..patutla..tahniah dan selamat memilih! ^_^

Qhamel said...

qada dan qadar itu boleh berubah dengan doa.

wallahualam..