Monday, November 1

Dajal itu kacak (Part 3)


Dalam terik hari Selasa itu, gua bersandar atas kerusi malas dengan  ditemani kipas meja yang agak usang. Model lama. Bilah kipas diperbuat  dari besi. Karatannya agak teruk juga. Namun atas sebab litar  elektriknya masih dalam keadaan baik, kipas itu masih boleh berkhidmat  hingga hari Selasa ini. Kadang kala Jimmy cuba menguis-nguis lutut gua.  Agak mengganggu, tetapi gua sudah biasa. Gua kasi satu sepakan Jimmy  akan jaga tingkah laku. Jimmy tahu tiada guna berperang dengan tuannya. Begitulah hari-hari.

*      *      *

"Pert, itu hari ko cakap dajal itu kacak, kenapa lak?", gua tahu Bun masih memikirkan tajuk lama itu. Gua rasa perlu juga gua beri pendapat gua. Walaupun gua bukan imam, bilal atau sesiapa yang menghafal Al-Quran atau Hadis. Gua tahu bukan siapa-siapa tapi gua rasa gua perlu jawab. Bun mahu dengar atau tidak itu soal lain.

"Emmmmm.....", gua 'em' panjang. Kadangkala gua juga perlu berfikir sebelum berkata-kata.

"Perempuan cantik, body solid tip top macam.... macam sesiapa la yang kau minat dan juga perempuan hodoh, body layut, takde shape....", gua berhenti sekejap dan sambung balik,  "mana satu kau pilih?".

"Emm.. hehe.. yang cun la..", Bun jawab dengan nada gatal. Jawapan yang gua dah boleh agak.

"Ok, dari situ kita dah boleh nampak", gua jawab ringkas. Gua jenis tak gemar beritahu idea gua secara detail terus. Nanti orang kata gua macam-macam. Gua dah pernah kena sekali dengan cikgu.

"Nampak apa?", Bun nampak bingung. Sesekali gua ada kasi terajang sama itu Jimmy. Suka betul kacau ketika orang bersembang. Satu gua tak suka pasal Jimmy. Gedik.

Gua tak terus jawab. Gua ke dapur sekejap ambil makanan untuk Jimmy. Gua khuatir juga kalau-kalau Jimmy mati kerana gua. Diet Jimmy untuk minggu ini adalah betik. Gua nak biar perut Jimmy terjaga dan lawas ketika buang air.

Gua ke ruang tamu semula dan menghulurkan betik kepada Jimmy. Jimmy makan sikit. Gua tahu nanti Jimmy lapar, Jimmy akan habiskan walaupun dah busuk.

"Norma-norma manusia, akan pilih yang cantik di mata. Betol??", gua tiba-tiba cakap. Walaupun tak pandang pada muka Bun. Gua sambil-sambil melayan perangai Jimmy yang macam tu la..

"Yeke? ada gak yang tak cantik", Bun agak tidak sependapat dengan gua.

"Ok. Sama ada cantik atau tak, itu terletak pada si pemilih, dia punya mata.. dan kebiasaannya cantik pada matanya", gua jawab malas-malas.

"Em, ada betulnya juga apa yang ko kata", Bun membalas. Ada sedikit bersetuju dengan gua.

Jimmy makan lagi baki betik yang tinggal. Tapi sedikit sahaja.

Gua pula masih baring atas kerusi malas. Seronok juga Jimmy tak mengganggu. Bun pula seperti tidak berminat nak berbual. Hari sangat terik. Gua belum dapat konsentrasi untuk melelapkan mata di kala Selasa yang panas macam ini. Bun juga begitu. Gelisah.

*      *      *

"Terrorist Win!!", bunyi dari komputer riba gua. Gua rasa game ini agak legend. Evergreen. Tapi itu semua tak mempengaruhi gua untuk tidak ambil sebatang Surya dan nyalakan. Gua memang gemar demikian ketika berperang. Nampak seperti askar Nazi ketika Perang Dunia Ke-2. Macho.

Yang buat gua nampak macho adalah macis kayu berkenaan.

Gambar dicilok dari CorbisImage © Bettmann/CORBIS
p/s: Ada aiskrim tak?


Saki baki mengenai penulis ini:
Pert Doherty, merupakan seorang anak jalanan, penulis picisan di ruang maya. Beliau juga bukanlah siapa-siapa. Tiada kelulusan bagus. Tiada ayat yang bagus dalam penulisan.  Dan tidak banyak yang diketahui mengenai penulis ini. Beliau juga merupakan penulis di blog utamanya iaitu Otak & Jantung, kemudian di YM Doodle Art. Beliau ada juga menulis di blog rakannya (Karim) iaitu Country 20 Class.

8 comments:

tengkorakemas said...

andai Dajal itu nampak kacak, atau apa jua kesempurnaan yang dipamerkannya, ia tetap akan nampak penuh kekurangan di mata org2 mukmin, dan jelas terpapar perkataan yg bermakna 'kafir' di antara kedua matanya

r.k said...

tengkorakemas : thing is , are we the mukmins that can see the word ?

good argument pert , jimmy lu taknak bagi kawen ke ? asik menggedik je .

Cik Liz a.k.a Leza said...

ehem ehem nak ngorat la kalau kacak hahaha...

KeCiK said...

Kalau baca dari sudut literal memang orang argue tapi try to read between the lines.

Gua rasa Doom lagi evergreen. Pixels dia memang bersepah tapi still owning. Kalau kaki Kunterstrike for sure button W, A, S, dengan D dah melekat kat jari. Gua paling suka jalan2 sambil switch senjata. Nampak mcm pro.

kusut said...

@r.k
betul tu.. label 'mukmin' tu bukan kita boleh kasik kat diri sendiri atau kat orang lain. kita cuma bleh usahakan utk jadik seorang yg mukmin.

@kecik
terkenang zaman CS dan WCG. bawak keluar pisau pasal nk lari laju. haha
pastu mase weaponcheck takleh nk taip 'AWP' so kene taip 'APP' ('W' tgh guna utk lari) lol

Amni said...

pernah baca artikel pasal dajjal ni kat sebelah india sana.. tak ingat sapa nama dia.. ciri2 memang ada.. pengikut pon memang ramai... kalu tak silap, nabilah ada buat entri tentang tu.. kalau betul macam dia, memang tak kacak langsung apda aku.. huhu,...

dajjal tu boleh jadi dalam bentuk macam2 kan... kemuudharatan yanga da skang pon dipanggil dajjal kan...

Fina Sophie said...

saya baca artikel dan komen2 je. tumpang lalu.. :P

Tupai Karan said...

ada yg kata dajal skang sedang memonitor kita..so that dia+sekutunya blh kontrol kita nanti..uhuu tgk fb tu pun rasa cam satu tools utk monitor jugak..eheh out topic lak..sorry adikku pert

Latest entry : What's the point of updating your blog if you're just copy pastaing?