Thursday, November 4

"Dah dah la buat baik dengan orang"

"Dah dah la buat baik dengan orang". Ini ayat yang Mama cikda selalu pesan. Mungkin nampak macam kejam kan. Yer la, kita disuruh untuk buat kebaikan tidak kira lah dengan sesiapa pun, tapi kalau dilihat dengan teliti lain pulak kisah nya dengan ayat ni. 

Pernah rasa digunakan tak? Bila kita hanya menjadi tempat untuk mengadu masalah, bila kita hanya digunakan ketika 'dia' susah dan kita ni sebenarnya bukan siapa-siapa pun untuk 'dia'. Dia? siapa 'dia'. Ini bukan kisah cinta, jauh sekali kisah fairytale. Tapi kisah seorang sahabat. Bukan niat untuk membuka aib, tapi cukuplah ia menjadi pengajaran. Mengajar kita untuk lebih menilai erti sebuah persahabatan. 


4 tahun yang lalu, masih segar di ingatan. Habis je SPM, cikda masuk College of Commerce untuk 3 bulan (kursus Bahasa Inggeris), atas niat nak isi masa terluang sementara tunggu result exam. Ada satu hari, Abah tak dapat ambik cikda, Abah cakap "Kakak  naik bas yer, Abah ada kerja. Boleh tak?". Tak kan nak cakap tak boleh kan? Jadi habis je kelas hari tu, cikda naik bas balik rumah. Terjumpa seseorang....'perempuan'..."cantik!" bisik hati cikda. Dia duduk sebelah dengan cikda atas bas. Dijadikan cerita, cikda ni memang jenis yang ramah terutamanya dengan perempuan la kan, jumpa orang entah mana-mana memang nak tegur jer, jadi cikda pun tegurlah. Kita pendekkan cerita, cikda dan 'dia' bertukar nombor telefon. Sampai je rumah, kitaorang mula mesej, cikda pun selalu jugak call dia. Dia banyak bercerita pasal 'boyfriend' dia, masalah itu masalah ini. Cikda sebagai kawan, dengarkan saja la kan, mana yang cikda rasa cikda boleh bantu, cikda bantu. 




Selepas 2 minggu berkenalan, satu hari cikda dapat mesej dari dia "Aida boleh top up kan tak? Saya ada rumah kakak, tak dapat nak keluar beli top up, nanti saya bayar k". Dah memang jenis tak pandai nak cakap 'tidak', lagipun kesian pulak kan. Tapi susah la jugak sebabnya cikda ni bukan jenis yang keluar rumah, Abah dengan Ma sangat jaga pergaulan anak-anak, dengan siapa berkawan, nak ke mana dan semua. Tak sama macam orang lain yang boleh keluar ikut suka hati je. Jadi, nak tak nak, cikda kena keluar petang tu ke kedai telefon la kan. Izin pun dah mintak. Haaa, duit la pulak takde, jadi nak kena pinjam dengan Ma. Habis la kisah disitu, nombor top up dah selamat dihantar.

2 minggu selepas tu lagi "Aida, mintak tolong top up lagi boleh? saya tak ada kredit dah ni, nanti saya bayar". Cikda pun tak tahu nak cakap apa, cikda pun cakap "Sorry, aida takleh keluar". Sejak cikda tak tolong dia hari tu, dia terus diamkan diri, and kitaorang dah tak contact. Mama cikda pulak selalu tanya "Kawan kakak dah bayar ke top up dulu?". Ok, tak tahu nak jawab macam mana, terpaksalah berterus terang. "Sebab tu Ma pesan, jangan buat baik sangat dengan orang ni, asyik kena guna je" "Dah dah la buat baik dengan orang". Itulah pesanannya, sebab Mama tahu, cikda mudah sangat percaya pada sesuatu, terlalu menaruh keyakinan yang tinggi. Mama tak mahu cikda diperbodohkan untuk kali kedua.

***



Itulah sedikit sebanyak kisah lalu yang mengajar cikda untuk menjadi lebih matang, lebih berhati-hati dalam memilih sahabat. Cikda jenis yang takleh nak marah orang, kalau marah pun sekejap je sebabnya cikda cepat rasa bersalah. Walaupun ramai je yang selalu ambil kesempatan, tapi cikda anggap semua tu sebagai dugaan la kan, menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Biarlah kiranya kesabaran yang mengatasi sebuah kemarahan. Tak perlu nak berdendam, dan cikda dah halalkan apa yang perlu dihalalkan, cikda juga dah maafkan apa yang patut cikda maafkan. Andai salah itu pada cikda, cikda mohon maaf. Sungguh, itu kelemahan cikda. 

May Allah be with us always, forgive all our sins and bless us all. InshaAllah. Assalamualaikum.

Aida Ismail © 

25 comments:

anyss said...

Salam,
Mmmmm CikDa memang patut lebih hati2. Kalau takat kenal sehari dua sebulan dua sebegitu, tak sepatutnya dah boleh mintak tolong hal-hal yang melibatkan wang ringgit.

Saya kenal seseorang yang dah saya putuskan berkawan dengannya selama 15 tahun...begitu lama kenal pun dia boleh TELAN saya dan huru harakan keluarga saya hingga kacau bilau. Jadi, bagaimana kita boleh tahu hati orang lain...ada masa kita rasa kita kenal dia, tetapi sebenarnya belum lagi.

Ini tidak bermakna tak boleh buat baik dengan orang lain, hanya "berpada-pada" bila berbuat baik ----> macam tulis entri lain pulak kat sini hu hu hu

Aida Ismail said...

@anyss : inshaAllah, tapi peristiwa ni memang jadi pengajaran. Adakala kita rasa diperbodoh, walhal kita yang memperbodohkan diri kita sendiri. Banyak lagi yang perlu belajar. Nilai sebuah persahabatan bukan hanya "aku dan kau kawan" tapi lebih dari itu. =)

ASaDa RyutaRo said...

cikda... nak mintak top up.. boleh? nanti asada bagi no tepon asada ea. nak top up etisalat le20 pun dah ok.. plzzz..

hahahaha..

yeah! jangan mudah percaya kat orang jugak. buat baik tak salah. tapi over sangat percaya kat orang, boleh merosakkan diri.

ambik pengajaran dari kisah orang lain jugak..

jangan over percaya

susulan dari percaya sangat kat orang tu.. terjadi kisah lain pulak..
jadi orang tebusan part 1

Aida Ismail said...

@Asada : top up O2 tak nak ke? cikda top up 50 pound nak takkk? hehe, itu lah..masa tu kan budak-budak lagi, baru nak merangkak kenal dunia..hehe

Thank you Asada, inshaAllah akan di ambil pengajaran.. =D

Q said...

tak salah berkawan. tapi kalau dah sampai tahap 'dipergunakan' memang tak patut. kadang2 sampai tahap kita rasa kita memang rasa dipergunakan tapi tak tahu nak buat apa. adekan?
harap2 kita semua tak terjebak lagi dengan rakan2 yang sebegitu.

tiba2 teringat akan satu drama tv tentang satu mamat bangla yang tipu duit ramai perempuan. hihih

ztie said...

memang selalu kan camtu? buat baik memang berpada2. kalau takat baru kenal tak payahlah. Tapi, kadang2 naluri manusia ni lain. Macam ztie jarang jugak nak cakap tak. Tapi sekarang dah belajar dah cakap 'tak' 'tak nak' sampai semua benda pun tak boleh. haha .. kejam...

btw.. cikda.. tlg top up skit... tak yah lah banyak sangat.. sikit jerr :P

Aida Ismail said...

@Q : Takpe la kan, ada kala kita memang dipergunakan, tapi jangan kita yang mempergunakan sudah la..hehe, inshaAllah..dalam masa kita dipergunakan, deep inside kita still rasa "no matter what, she's someone to me, she's my friend" ......

Aida Ismail said...

@ztie : tapi tu lah, salah cikda juga, mudah sangat percaya, my bad..tapi at least kita dah jadi lebih matang kan, dah boleh belajar dari kesilapan..hehe

Ztie nak top up ke? Hehe, haa..baik mintak cikda belanja makan keee..itu lagi mengenyangkan tauuu =P hehe

ztie said...

yeap. takpelah cikda. biarkan yang lama tu jadi kenangan dan pengajaran. At least cikda dah tau kan sekarang ni. hehe...

eh eh.. kalau dekat nak sangat ni belanja makan. haha

*dekli* said...

sebijik kisah mcm sy...tp bkn sekali dua...tp dh berkali-kali...ntah la..mrh 2 mmg mrh, kecik ati pn ad...tp kalau die mntk tlg, ati ni mdh je hulur...xtau smpai bila...

Aida Ismail said...

@ztie : nanti bila boss buat 100Penulis gathering, boleh laaa kalau belanja2..hehe =D

r.k said...

cikda , ghua betul-betul takde duit sekarang ni . tolong ... nanti ghua bayar balik ...

nasib baik la ghua ni orang yang jenis susah ditegur orang .. keh keh keh

KeCiK said...

Bapak ah, kering gila mintak topup kat stranger.

Lenkali dalam bas tido. Macam ghua selalu buat. Tau2 je dah sampai rumah.

Tapi kalau ladies tido dalam bas macam tak cool lah. Haha. Laki no problem, gaya tido je kena jaga.

koshary said...

tu la cikdaa tu la cikdaa. =P

tapi kalau mintak souvenir boleh kan? nak sweater i love london ke, baju arsenal beli kat emirates stadium ke. =D

Fina Sophie said...

tiba2 teringat dekat peristiwa wktu awal sklh menengah dulu. knl dgn sorang pmpuan ni, tp thru internet je la. cntik gila (gmbr myspace). kitorang rapat sbb rjn chat. dia kata dia tgh de prob. dia seorang dkt rumah dan ex-bf asyik gnggu dia dkt luar rumah, dia takda kredit nak tlfon polis.. n dia kata nti dia byr balik. tak tahulah btul ke tak, then sorang yg dah pernah kena ckp budak tu penipu. tak tahu btul ke tak tp smpai skrg tak byr2. kalau btul la, pathetic la pmpuan tu kannn lol. sy pun agak mcm bodoh juga tu. tp mcm cikda ckp, budak baru nak kenal dunia. XD dulu yela kot lurus bendul. skrg ni dah ada bengkok-bengkok sikit.. hehhhe.

Aida Ismail said...

@r.k : kalau betul2 susah ape salahnya kan kalau tolong? hehe =P tapi bayaaar tauu. jadikan pengajaran, inshaAllah =)

Aida Ismail said...

@r.k : kalau betul2 susah ape salahnya kan kalau tolong? hehe =P tapi bayaaar tauu. jadikan pengajaran, inshaAllah =)

Aida Ismail said...

@dekli : itu lumrah manusia, tak sanggup tengok orang susah kan..selalu niat untuk membantu, InshaAllah, balasan yang baik dari Allah atas keikhlasan kita =)

Aida Ismail said...

@kecik : gadis tak leh tido dalam bas! nampak tak ayuuu..lagi plak bahaya, nanti kan ada labah-labah yang merayap =D

Aida Ismail said...

@koshary : superdry nak tak? haaa =D nak buat macam mana kan, dah mudah sangat percaya dengan orang, hehe =)

Aida Ismail said...

@fina sophie : nie kalau pasal duit ramai je kan nak mintak tolong, takpe takpe sekarang kita dah kenal serba sedikit tentang dunia..hehehe =D jangan terperangkap lagiii..

rupanya banyak kisah diperdaya yaaa..hmm

kusut said...

buat baik berpada2 buat jahat jgn SEsekali

aku suke proverb ni sebab aku tak tau kat culture lain ade tak suruh org jgn buat baik banyak sgt.

terlebih baik and perasaan perlu membantu yg terlebih kuat (pembantu tegar?) dipanggil 'superman complex'

Amni said...

sebelum ayah meninggal, dia pesan, "jangan percaya sangat kat orang...."dulu semasa ayah masih hidup, dia cepat percaya kat orang.. akhirnya, kena tipu ngan kawan bek sendiri.. jahat giler orang tu.. huhu... buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali....

Aida Ismail said...

@kusut : as long as kita buat baik dengan orang kan, takpe la orang buat ape pun..mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku =) inshaAllah

maharam said...

Salam,
Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Pengalaman juga guru terbaik kita...