Monday, November 22

Ceritera Sekolah Dua Darjat


Tajuk macam filem P.Ramlee kan?
tapi kisah di atas melibatkan generasi ibu bapa dalam mendidik anak-anak dari segi kehidupan, kedudukan, dan ekonomi.
Isu yang diulas antara saya dan adik(yang kini bertugas sebagai guru)
dalam perjalanan pulang bekerja saat kami melalui perkarangan sekolah.
namun, ini hanyalah pandangan peribadi kami semata-semata
berdasarkan apa yang kami lihat dan analisis (cewah).


Seperti kebiasaan, kereta saya meluncur laju ke sekolah "A". Menghantar adik sebagai tenaga pengajar di pagi hari. Berderet kereta-kereta mewah menghantar anak-anak kecil menuntut ilmu. Terdetik di hati saya " wah! hebat-hebat ibubapa di sini. Mesti gaji besar nih..".


Pernah adik saya bercerita " Idah rasa, kalau nak anak kita cerdik dan pandai, memang kena kahwin dengan orang sama "graduate", sebab idah tengok budak-budak yang baik dan pandai datangnya dari keluarga yang berpendidikan. Budak-budak yang nakal , ibu bapa berniaga pasar malam, bekerja sendiri. Tidaklah sehebat mereka yang "graduate"..Betul kak.."

Pintas saya "kenapa pulak?Arwah abah dan mak tiada masalah pun, malah kita enam beradik semuanya berjaya dan berpelajaran. Semua tu bergantung kepada kehendak ibu bapa sendiri"

" Tapi kak, bayangkan, ibubapa kat sekolah ini, ada pekerjaan yang stabil mampu menghantar anak-anak ke kelas tusyen, piano, gamelan, berenang semua itu untuk menjadikan anak mereka pandai-pandai macam anak kaum Cina..".

Teringat pula saya karya Dr HM Tuah Iskandar, cara-cara mengaktifkan otak kiri kanan dengan melakukan pelbagai aktiviti. Contohnya menulis. (seperti yang saya buat sekarang ni, cewah ) memang benarlah, kalau ibubapa berkemampuan, mereka juga mampu menjadikan anak mereka pandai mengikut cara-cara tersendiri.

Tapi tidak semuanya macam tu, kadang-kadang anak-anak yang datang dari keluarga yang susah juga mampu berjaya tetapi lebih kepada kekuatan, kemampuan untuk hidup berdikari berbanding dengan bantuan ibu bapa yang diberikan. Kejayaan dari golongan ini lah yang selalu kita nantikan kerana kejayaan mereka lebih bermakna dan "asli".

Dan baru-baru ini, saya mendapat berita sekolah "A" mencapai "ranking" pertama mengatasi 78 sekolah yang lain bagi pencapaian tertinggi dalam peperiksaan. Tahniah!


Mengenai Penulis Entri Ini :
Humbleyat juga penulis untuk blog The Light of My Life. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Mana Clipper Spek?.

15 comments:

Kimmy Ai said...

apa2 pun, semuanya bergantung kepada jagaan ibu bapa dan attitude anak tu sendiri. ;)

Just For You

cik ain said...

nak berjaya, bukan ditentukan dimana tmpat kite belajar dan menimba ilmu. tapi, terpulang pada kemahuan dan usaha kite dlm mencapai mtlamat hidup.

rase2 nk berjaya, kena usaha lebih dan tawakal. bukan tempat menjadi ukura tetapi hati menjadi taruhan :)

*latest entri, belum ade :)

Chip said...

Betol, Attitude is everything. Kalau bodoh pun boleh jadi pandai. Kalau miskin pun boleh jadi kaya.

Tapi, kalau ada mak bapak yang mampu untuk bayar segala aktiviti tambahan, apa salahnya?

humbleyat said...

kimmy ai:
betul tu..ibu bapa harus berfikiran terbuka dlm mendidik anak2 zamn sekrg..persaingan sgt sengit tak macam dulu...jadi bagi mereka yang berkemampuan boleh ke tusyen ...

yg kurang berkemampuan?T.T sibuk menolong meringankan tugasan ibu bapa di rumah...kasihan ank kecil ini melainkan mereka diberikan kekuatan untuk membaiki kehidupan mereka..:)

humbleyat said...

cik ain:
kemahuan dan usaha kita juga dari dorongan ibu bapa dan insentif guru2 yg bijaksana:)

chip:
ada ayah ibu yang berkemampuan itu satu kelebihan untuk mereka untuk mendapatkan pendidikan yg terbaik.

tp nak membentuk attitude itu juga bergantung ke mana langkah kita.

dan membentuk atitude bukannya satu perkara yg senang bagi pelajar yang bermasalah. itulah pendidikan dua darjat..:)

anyss said...

Salam,
memang semuanya bergantung kepada ibu bapa dan anak itu sendiri...namun, andai sekolah punya kemudahan yang lebih baik...akan lebih mudah.

saya ada ramai anak buah. Yang dok bandar, kecik2 lagi dah tahu guna komputer, yg kat kampung...serius je nampak komputer macam takut meletoppp. walaupun begitu, anak buah yang kat kg tu selalu dapat nombor satu...namun keyakinan diri agak kurang sikit.

apa2pun tetap ada pro dan kontra




Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok

KeCiK said...

Owh, bestnya ada kelas piano, gamelan, berenang etc.

Kelas tambahan pon 'kadang-kadang' pergi, inikan kelas lain.

:)

Tepuk dada, tanya selera. Mahu berjaya, sendiri gerak. We can shine in our own way, go on, go on and go on lagi.

humbleyat said...

anyss:
hi anyss..setuju sgt..sebenarnya semua ada role yg penting..nak2 zaman sekrg ni semuanya kita kene kejar..

sebab tu pendidikan awal sgt penting and budak2 kecik skrg semuanya petah bercakap ;)

humbleyat said...

kecik:
tulah, sebenarnya kelas2 tu memg pengakuan dr ibu bapa sendiri dari sek."a" untuk mencerdaskan minda2 anak mereka supaya lebh bijaksana:)

note utk kecik, b d way, i'll meet the "gifted boy" by december..and ader "citer" bru waa..tak sangka live depan mata, penghantaran "ilmu"..

KeCiK said...

Saja invisible kan? Kedekut la kak.

Nanti story-mory k !!! Worgh, excited nih!

:)

humbleyat said...

kecik:
hoho..bz maa..:)
nnti kita story mori blik...k..
waktu free and lebih suspen..hehe:)

kusut said...

teringat satu dokumentari ni. pasal satu research tentang perlakuan manusia. teorinye, perangai individu tu memang ada (walaupun bukan 100%) pengaruh besar dari genetik. minat, gaya cakap, gaya hidup, etc.

so mungkin anak2 orang yg educated bukan la sebab diorang ade resource utk menjadik intelek..tapi sebab genetik mak ayah dia memang bagus.

Fina Sophie said...

yat, i think i got ur sist punya point. n ada betul yg dia ckp tu sbnrnya.

briefly said, ada dua perkara sbnrnya yg membentuk siapa anak tu. secara genetik/dlm kndungan (endogen) dan juga persekitaran sosial dia lepas dia lahir (exogen). genetik itu memainkan peranan yg sama penting dgn persekitaran dlm human development.

ada beza antara dua bnda ni. anak dilahirkan genius tp dibesarkan dlm keluarga/persekitaran yg kurang elok, - bakat terbantut. berbanding anak yg dilahirkan genius dan dibesarkan dlm persekitaran yg sihat.

ur sist ckp kena kawen yg sama 'graduate' tu pun ada betulnya. biasanya yang bljr tinggi2 dan byk membaca dan buat assignment ni fkran lebih terbuka, pentingnya ilmu, dan ada bygn bhwa betapa pentingnya menjadi seorang yg berjaya dlm hidup (u got my point kan?) so he/she want her/his child to be the same juga or lebih berjaya dr dia.

sbnrnya mcm ni je la, slain wajibkan amik sijil kursus kawen sblm kawen, wajibkan juga amik kursus keibubapaan hehehe.

Cik Liz a.k.a Leza said...

setuju ngan kusut, betul jugak kan dari genetik tapi hehehe kena ada usaha jugak la nak buat yg terbaik bukan senang...

hendak seribu daya tak nak seribu dalih...hihi

Miss Kira said...

rsanya usaha dan kemahuan itu penting..

hehehe


26/11