Friday, November 12

Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ramai juga editor 100 Penulis terdiri daripada pelajar di pusat pengajian tinggi. Sama ada anda belajar di dalam negara atau luar negara, anda perlu menyiapkan banyak tugasan setiap semester. Ramai pelajar mengeluh dengan perkara ini walaupun mereka sedar semua tugasan berkenaan sangat berguna, terutama apabila memasuki dunia pekerjaan nanti.

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Paling malang sebenarnya, ramai pelajar bukan sahaja tidak tahu cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki walaupun dunia sudah begitu sempit dan berada di hujung jari, tetapi mereka juga tidak tahu untuk menilai setiap maklumat yang mereka perolehi.

Mengapa maklumat perlu dinilai kesesuaiannya? Jawapannya mudah sahaja; untuk memastikan bahawa maklumat berkenaan sahih, diperakukan dan mempunyai kredibiliti. Maklumat yang sebegini akan memastikan tugasan atau tulisan yang akan anda hasilkan juga boleh dipercayai. Jadi bagaimana mahu menilai maklumat berkenaan? Ada beberapa cara untuk menilai maklumat, iaitu berdasarkan;

A. Autoriti Penulis
B. Tulisan ilmiah berkualiti
C. Kebolehpercayaan sumber
D. Objektif
E. Mutakhir dan Terkini
F. Cakupan


Anda boleh membaca perincian berkaitan Menilai Semua Tulisan Ilmiah Yang Dibaca di blog saya dalam entri yang berjudul Menulis Kajian Lepas atau Literature Review. Perkara utama yang perlu anda takluk adalah mengenal sumber rujukan yang bernilai. Apabila anda sudah tahu menilai setiap maklumat yang diperoleh, lebih mudah bagi anda mengetahui di mana untuk mendapatkannya.

Entri ini hanya memberi anda 3 cara yang mudah sahaja untuk mencari maklumat. Masih banyak cara lain boleh anda lakukan selain 3 cara ini. Namun begitu, sekiranya anda menggunakan tiga cara ini sahajapun, anda mampu mendapatkan maklumat dan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Ketiga-tiga cara ini juga hanya menggunakan aplikasi di google.com sahaja tanpa memerlukan anda mendapatkan apa-apa program tambahan.

Cara 1: Gunakan Tanda Petik (“ “) Semasa Mencari Maklumat

Ramai pelajar saya terlupa untuk letakkan tanda petik setiap kali mencari maklumat secara maya. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “kemalangan jalan raya”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan kemalangan, jalan dan raya secara berasingan.


Pilihlah maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya.



Kemahiran meggunakan kaedah carian BOOLEAN ini dapat membantu anda mencari maklumat secara tepat. Terdapat beberapa kaedah lain lagi yang boleh digunakan seperti penggunaan AND dan OR, namun sekiranya anda menggunakan Tanda Petik (“ “) di enjin carian sahajapun sudah banyak maklumat mampu anda perolehi.

Cara 2: Menggunakan Google Scholar

Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy).

Caranya, klik pada Google Scholar, kemudian buat carian seperti biasa.



Perhatikan sumber maklumat berkenaan yang disumbangkan dari IPTA yang diiktiraf.



Cara 3: Membaca Buku Secara Online

Anda juga boleh membaca atau memperolehi sumber rujukan daripada buku secara online. Semua maklumat yang diperlukan untuk dicatat pada bahagian rujukan seperti tahun terbit, penerbit, tempat terbit dan sebagainya. Caranya: klik pada "books" atau "buku" yang ada pada menu google anda sebelum melakukan carian google seperti biasa.



Buku online ini sama seperti buku asal yang berada di pasaran. Bezanya, buku online dibaca secara atas talian melalui capaian internet. Walau bagaimanapun, buku ini tidak boleh disimpan dalam bentuk salinan lembut, tetapi anda boleh mendaftar menjadi ahli dengan Google dan simpan dalam fail sendiri untuk dibaca secara online pada hari yang lain.



Bagaimana? Membantu anda untuk mendapatkan rujukan bila nak siapkan tugasan tak? Panduan ini tidak begitu sesuai untuk anda yang sangat mahir dalam dunia Teknologi Maklumat, jadi sila abaikan. Ia hanya sesuai bagi golongan pelajar yang fobia dan tidak begitu gemar untuk eksploitasi kelebihan internet.

Saya berharap, semua tugasan yang dihantar untuk pemarkahan akan lebih tinggi mutunya apabila menggunakan sumber rujukan yang bermutu.




Terkini di blog saya;

RISISITA III

22 comments:

kusut said...

google scholar? first time dengar. thanks for the info ^^

yg student2 patut bace ni. bagus amat!

Fina Sophie said...

tanda petik dan google scholar. tak pernah tahu pun sebelum ni. thanks! skrg dah tahu dah ;))

chenta said...

pernah gak try semua tu sebelum ni..mmg berhasil ^_^

nur.sa said...

sangat membantu!
yang google scholar dan membaca buku secara online sy tak pernah tahu sebelum ni. selalunya main google aje.

thanks.

Chip said...

Bagus summary maklumat nie. Cuma satu aje kene berjaga-jaga masa merujuk pada buku online dekat Google Books: Atas sebab-sebab copyright, kebanyakan buku yang ada online nie edisi-edisi terdahulu yang tak semestinya paling up-to-date. Bagus sebagai sumber untuk memulakan research kita tapi make sure kita updatekan pemahaman kita dengan maklumat yang terkini bila nak finalise kan kerja kita nanti...

koshary said...

selama aku buat assgnmnt every week, tak pernah tahu guna tanda "", hehehe. thank you thank you. =D

google scholar pernah dngr, tapi tak pernah try, post ni membuatkan rasa mcm nak cuba.=)

mekasih sekali lagi.

baru ditulis:Monolog Jasad: Aku pejuang kebebasan

anyss said...

Salam,
Napelah benda-benda macam ni tak ada masa blajo dulu2...kang mudah je buat assigment

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

anyss said...

Salam,
Napelah benda-benda macam ni tak ada masa blajo dulu2...kang mudah je buat assigment

Mewayang di Estet Sempena Deepavali

maharam said...

Kusut: belum terlambat lagi untuk guna ;)

maharam said...

Fina Sophie: banyak bezanya guna tanda petik dengan tak guna...sangat membantu untuk cari maklumat

maharam said...

Chenta: Boleh tingkatkan lagi kemahiran yang lain...yang ni paling asas

maharam said...

nur.sa: boleh baca novel online juga...

maharam said...

Chip: Yup, betul. Hakcipta. sebab tu semua buku kat sini tak boleh dicopy and paste atau save. Walaupun begitu, kita masih boleh rujuk dalam lingkungan 10 tahun mutakhir, ada masa boleh jumpa juga tahun terkini.

Satu lagi, ramai pelajar IPT tidak seperti Chip yang agak agresif untuk menimba ilmu. Saya berhadapan dengan ramai pelajar yang pasif...agak keciwa sedikit, namun saya tetap percaya mereka masih boleh berubah ke arah yang lebih positif

maharam said...

Koshary: Sila tingkatkan teknik mencari maklumat anda. Bila dah keluar IPT dan kerja, masa tu baru tahu betapa deritanya bila perlu baca projek paper yang tak cukup buat kajian ;)

maharam said...

Anyss: Teknologi memang banyak manfaat kalau digunakan secara betul. Orang sekarang memang beruntung...maklumat di hujung jari sahaja

Apis said...

huhu..thanks.nice one.mmg penah perasan google scholar tuh.tp x tergerak mouse nak click.hahaha... ^^

Tutorial Facebook Live Stream Chatbox

KeCiK said...

Worgh! first time gua dengar term "tanda petik", thx dude!

Kembali bersemangat nak buat assignment. Haha.

Oh, dah final. Lupa lak. Next sem lah.

:)

maharam said...

Apis: Sekaranglah masa untuk gerakkan tetikus kat scholar tu kan ;)

maharam said...

KeCIK: Jangan lupa lak next sem

hentakbelipat said...

thanks sharing...nak tambah if nak segala macam jurnal atau paper for research that focus on science or engineering, boleh masuk sciencedirect.com..mybe ramai dah tau kot..tapi yang leceh bnde ni kne ade kelulusan pihak ipta

CikGadis said...

bley guna tuk wat esemen nie. bagos, bagos. i likeeee~

Jemput singgah teratak saya : Selamat Hari Raya Haji =)

Miss Kira said...

membantu!!
thankz..