Monday, November 8

Cara-cara Nak Jadi Kera Sumbang


Ingat senang ka nak mengerasumbangkan diri? Susah oi. Perlukan dedikasi dan kesabaran melampau ok. Sedangkan di waktu rumaja saiya sangat gemar berkawan dengan ramai orang kerana profession saiya adalah badut jadian.
Namun sekarang segalanya dah berubah. Aku cuma jadi badut Nisa saja. Kalau berdepan dengan orang lain selain M+FIL, Encik Hasben, Nisa, Bibip, penyakit yang serang saraf self esteem aku muncul mendadak. Muka jadi tebai (memang tebai pun lani), mulut pun keluaq ayat gagap-gagap dan ayat2 bodoh macam2 dan pitching suara pun turun beberapa semiton ke bawah.

Memang tak senang nak jadi kera/gorilla sumbang macam aku. Tapi kalau nak, ini cara-caranya :

1) Jangan balas sms
Sebab takdak sms pun sebenarnya dari kawan-kawan real life. So untuk apa nak tekan REPLY? Gila kot? Susah2 sangat jangan topap hempon. Therefore takdak la rasa bersalah pun kalau tak reply sms2 forward kan. Susah sebenarnya kalau dulu hangpa rajin sms kawan2 tanya khabar dan tak dibalas, so sekarang kenalah rajin tak sms lagi. Aik?

2) Jangan komen (online)
Kat facebook? Memang tak payah. Tak payah reply komen, tak payah ke wall kawan2 wish besdei (weh besdei hangpa ada ka depa ingat?), tak payah upload gambaq diri, tak payah apa. Buat cam aku : kalau login facebook semata2 start shift game Hotel City ja. Cafeworld aku quit - too slow loading, too many annoying requests dari orang2 tak paham bahasa. Hehe, add omputeh jadi jiran, kompomla tak paham bahasa kan!

Bonus : Untuk enhance kesukaran hangpa online, sila baling hempon mahal yang dapat menyara 10 buah keluarga miskin hangpa tu dan gantikan dengan hempon bawah rm100 yang dibeli dari tesco. Serius, cuma boleh hiburkan diri dengan ringtones mono default yang ada saja :). No need stupid mms, mp3s, gprs, wap, haba, hawa dll.

3) Tak payah update blog.
Ni optional actually. Untuk say no to blogging bagi orang2 yang suka blogging adalah satu penyeksaan jiwa raga dan basket. But advisable la untuk privatekan blog as there are nobody to read it anyway. Syok sendiri sial.

4) Dok diam2 dalam rumah. Jangan rabung sangat dengan jiran tetangga.
Disadvantage untuk tips ni, kalau jiran sama2 jiran bergaduh, hangpa tak dapat nak tumpang sekaki. Apatah lagi nak duduk bersidai ramai2 menganyam ketupat untuk mengutuk makhluk2 lain yang kera sumbang seperti aku si tupai sumbang. Rugi la kan.

5) Sila layan TV3
Tengok dan hayatilah siri Bersamamu. Sama2lah mendukakan hati tengok penderitaan orang lain. Lepas tu baru boleh layan siri Jalan2 Cari Makan dan tengok mulut Maria Tunku Sabri / Serina mengunyah makanan2 atas dua puluh ringgit sembilan posen (really i hate the way they said the word posen).

6) Jangan jaga kesihatan diri.
Touching okey. Nobody cares about you anymore so you should do the same. Sila jangan tidur lebih dari 4 (empat) jam sehari, jangan eksesais demi memelihara lemak2 tersayang, jangan makan makanan seimbang, minum ayaq ais banyak2 terutamanya ketika dalam pantang, sila emo setiap masa dan sila kecik hati selalu. Eh samalah tu.

Ini saja tips aku buleh bagi. Nak kongsi banyak2 pun tak boleh (kedekut ilmu), sebab nanti terbongkar strategi rahsia aku mengekalkan status unggul sebagai kera/gorilla/tupai sumbang yang emo.

Nak diikutkan aku menceburi bidang ni sejak tahun 2005 lagi setelah jiwa aku dihancurkan. Ahah. Ayat bungew la pulak. Kalau hangpa nak tau lagi, sila tanya di bawah. Insyaallah aku akan cuba membantu. Tu pun kalau aku nak.

16 comments:

hentakbelipat said...

ini silap2 boleh jadi mati pun orang tak tahu ye dak.

nur.sa said...

hahaha. apa untungnya jadi kera sumbang ni? kalau takdak untung, bek jangan buat la.. :P

Tupai Karan said...

@hentakbelipat:
tau xpa

Tupai Karan said...

@nur.sa:
dah baca penuh ka or baca tajuk je? mmg rugi specially xdpt join member2 mengumpat org lagi ;)

KeCiK said...

Tips menjadi kera sumbang yang unggul. Read between the lines peeps!

Early to rise, early to bed. Makes a man healthy but socially dead.

:)

Tupai Karan said...

@kecik:
yes finally ada yg phm :P
it's safe for me to assume that IF people read this entry, they tend to read as it was written, not WHY it was written..

Mummy Nana said...

Hahaha.... bagus tips nie... tapi boring aaahhh... xleh jadi AJK mesyuarat tingkap.. xleh nak ngumpat jiran tetangga... dah kalau jadi kera kan... rugi xdpt dosa... hahaha

Q said...

fuyyo..betul2 punya kera. kalau mati pun orang tak perasan. hahahah. kalau kat kolej Q kitorang panggil 'Beruk Bilik"

kusut said...

adei rebessikoloji!
mcm aku kan.. bukan aku nak jadik kera/beruk tapi dah memang naturally aku ni korang sosial skil kat dunia nyata. tapi kat dunia maya ni personaliti aku tak sama. sungguh ni!

anyss said...

Salam,

Bila x updet blog ----> bz giler
Tak ngumpat dgn jiran tetangga ----> tak mo kongsi pahala yang x berapa ada ni
Tak reply sms ----> kredit abis tgh malam, malas nak pi 7E
Tgk TV ----> tu lagi best dari dok ngumpat tambah dosa hu hu hu

ok ape gitu. Taklah jadi kera sumbang pun...

Fina Sophie said...

i wanna be myself. hiks. i got some perangai 'kera sumbang' in me kot. haha. bukan tak ramah, tapi malas. faham tak, malas nak bercampur. kalau nak bercampur, maka akan bercampur la. kalau pksa, buruk jadinya hehe.

@kusut, unfortunately, my personality dkt blog hampir sama dgn real punya. hikss. except, sy jarang ckp BI dekat luar, n boleh dengar my sabahan accent dgn suara garau hahahaha.

kusut said...

@Fina
lagi bagus kalau sama kot. konsisten. kalau jumpa org dr dunia blogging rase mcm mmg dah kenal la

humbleyat said...

cop2..kera sumbang & lone ranger mende yg same kan?

tapi tak bez juga jdlone ranger mcm tu..

sy suka keep in touch dgn org, klu susah,sng nak minta tlg..baru ada life

sape2 nak minta tlg sy,mmg sy tolong hbis2an..:)

@kecik:
good word yerk..:)ada -ve and +ve.

@kusut:
cam tak percaya je :)

Cara Elak Selsema

humbleyat said...

tapi, kdg2 perlu juga jadi kera sumbang sesetengah situasi:)

its subjektif...

maharam said...

Salam,
setiap orang ada pilihan sendiri bagaimana yang terbaik untuknya


Risisita III

xwujud said...

akulah kera sumbang sejati betul ckp,kalau korang tgk aku mesti korang akan tgk aku sdg dlm keaadaan ketakutan...aku takut diperhatikan, takut bersuara dan takut segala-galanya...aku pernah nak try bergaul dgn org tapi aku cuma boleh bersembang dgn berdua-duan je dgn org tu...bile org ramai dtg aku dah mula takut tak tentu pasal...org mcm aku ni dlm kepale otak mcm ada 3 lapisan penapis,sblm nak ckp sesuatu mesti aku berfikir 2,3 kali sama ada nak ckp ke x benda tu,sebab aku takut ape yg aku ckp tu tak logik ke ape, ayat x betul ke ape..ntahlah....tapi aku x suke jadi mcm ni...kadang2 aku rase nak mengamuk je...kadang2 aku keluar rumah semata-mata nak cari alasan pukul org...aku benci diri aku..