Tuesday, November 2

..cahaya di balik sana..


Aku mencari dalam kegelapan,
Makin lama makin samar,
Ada cahaya di balik sana,
Yang beri aku sedikit terang..


Kakiku mula mencorak langkah,
Kadang detik hati ajak ke kanan,
Kadang kiri pula jadi pilihan,
Bingung?
Keliru?
Atau aku terlalu terburu?


Satu persatu temanku pergi,
Bukan ke mana,
Cuma di sini, berbakti kepada mereka yang bernama suami..


Jalanku masih jauh,
Langkahku perlu pantas,
Kejar segala yang dihajat,
Gapai semua impian.
Kecap jaya,
Nikmati puas..


Lelaki, jejaka, teruna?
Siapa mereka?
Oh.. tersedar semula,
Selepas lama aku keraskan rasa,
Mereka teman yang tercipta,
Khas hanya buat wanita..


Doa panjang usai solatku panjat,
Mohon permudah segala,
Agar dipertemu si dia,
Yang dicipta buatku jua,
Dengan jalan yang mudah,
Tanpa perlu aku berduka kali kedua..






* Secara spontan puisi ini dibuat. Hati makin bertanya, siapa jodoh aku. Mungkin anda juga begitu. Kita semua tak tahu, masa depan kita. Tuhan yang menentukan segalanya. Kita sebagai hamba perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal. Semoga izfanora bertemu dengan pembimbing dunia akhiratnya. InsyaAllah.. Amin..




18 comments:

Amni said...

nice.. suka baca! amin.. mudahan jumpa jodoh yang baik...

Q said...

kecaplah jaya selagi terdaya
kerana itu lebih utama
bukan mahu menafikan jiwa
yang memberontak menderita
tapi tanggungjawab perlu disempurna
insyallah akan ada cahaya mengiringi kita
dengan berkat doa ayah bonda
kan ada arjuna menyapa

Aida Ismail said...

semoga Allah temukan yang terbaik, inshaAllah =)

izfanora said...

amni: tq..

Q: nice word.. :) semoga ada arjuna yg setia..

Aida ismail: amin..

ASaDa RyutaRo said...

hee...

semoga bertemu juga dengan si dia yang telah diciptakan untuk kamOo..

mungkin ada yang terbaik sedang menunggu.. tak siapa tahu.. ;)

KeCiK said...

Dont go into the light.

:)

Nak tisu! Nanges lah!

nur.sa said...

Jalanku masih jauh,
Langkahku perlu pantas,
Kejar segala yang dihajat,
Gapai semua impian.
Kecap jaya,
Nikmati puas..

suka bait2 nih..
capailah impian selagi mampu..

humbleyat said...

kadang2 kita terpaksa korbankan cinta andai ada situasi yg sgt tidak mengizinkan...

kdg2 juga kita terpaksa berbohong mengenai jodoh untuk menyelamatkan keadaan..

andai tepat masanya Insha Allah jodoh itu akan tiba juga..

nice poem..suka sgt:)

Fina Sophie said...

insya-ALLAH. u are not alone. :)

izfanora said...

@asada: insyaAllah.. amin.. ada yang diciptakan untuk kita semua..

izfanora said...

@kecik: oloh.. jgn r nangis.. amik tisu nie..

izfanora said...

@nur.sa: tq.. ada juga yang suka rupanya.. hehe..

kita sama-sama cuba capai apa yang terdaya..

izfanora said...

@humbleyat: berkorban memang perlu.. :)

izfanora said...

@fina sophie: we not alone.. Allah with us..

cKyN WaN said...

alahai sayu la pulak bila baca

pernah jugak dulu bila dah kecewa, pastu memang dah xde mood nak terlibat dalam cinta2 ni . rasa letih rasa penatyang amat

dalam hati tertanya2 siapakah dia yang ditakdirkan

tup2 malam tu mimpi ada keluarga someone unxpected datang meminang! hahahaha

sila doakan kami ye! hihi

anyss said...

Salam,m
Janganlah mudah kechiwa...bila kita pernah putus cinta, kemudiannya kita akan lebih hargai orang lain. Allah bagi kita frust kejab sebab nak bagi kita jumpa orang yang benar2 sesuai...

izfanora said...

@cKyN WaN: alhamdulillah, masa kamu telah tiba. dalam dunia nie, kalau gembira saja pun tak boleh juga. mungkin belum tiba masa saya lagi..

izfanora said...

@anyss: mudah-mudahan dipertemukan.. amin..