Tuesday, November 23

bukan senang jadi cikgu



Salam 100Penulis & Hello semua :)

tepat 8.00 malam di Msia, waktu di NZ ialah 1.00 pagi.bermaksud, waktu korang tengah baca entri ni, saya mungkin sudah berada di alam mimpi, mungkin sedang berbincang dengan satria bulan bintang macam mana nak kalahkan makhluk jahat.hahaha itu diaaaaa puaka niyang merepek sudah datang.sila abaikan repekan ini.

zaman saya masih seorang budak yang masih tidak boleh berfikir di luar kotak [?], saya rasa jadi cikgu ialah best.tak payah buat kerja sekolah, tak payah pakai baju sekolah, tak kena denda bila lupa pakai nametag, tak payah penat-penat beratur sampai pitam masa perhimpunan, tak payah berebut menjerit bagai bila nak beli makanan dekat kantin, tak perlu makan nasi lemak dengan telur rebus sebab ada ayam goreng.best kan?



tiap kali saya rasa malas nak buat kerja sekolah, mesti saya rasa nak cepat besar & nak jadi cikgu, nak suruh anak murid pulak buat kerja sekolah.MACAM BEST.ye ye memang tak matang.kan dah cakap masa tu tak boleh berfikir di luar kotak.waktu tu asyik fikir dalam kotak je.miahaha.masa tu, saya rasa jadi cikgu ni senang & super-cool.masuk kelas-ajar-bagi kerja sekolah-tanda kertas periksa guna pen merah-bagi markah.budak-budak tak boleh guna pen merah, cikgu je boleh.itu yang saya paling ingat.hahaha.

tapi, sekarang saya sudah boleh berfikir di pinggiran kotak, hampir ke luar kotak.bukan senang nak jadi cikgu.bukan senang nak sampaikan ilmu.bukan senang nak bagi anak murid faham apa yang kita ajar.bukan senang nak kontrol satu kelas walaupun ada 20 murid je.bukan senang nak buat semua anak murid faham apa yang kita ajar.biasanya orang cakap, alahhh cikgu je???ingatkan engineer ke dokter ke.bukan susah pun jadi cikgu.ajar je sudahhhhh.cakaplah macam tu, ku sumbat cili ke mulutmu.

"Never condemn a thing that you've never experienced"

tahun kedua Bachelor of Education melabuhkan tirai dan kini saya menuju ke tahun tiga pengajian.doakan saya tabah menghadapi hari-hari mendatang.tahun depan ada praktikal dekat sekolah dekat area sini, as in NZ.oh nervous!



Mengenai Penulis Entri Ini:


sizuka[izzati] juga penulis untuk blog sizuka-world-of-life.
Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di
sizuka[izzati].
Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com,
anda boleh klik label Sizuka[izzati].
Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah
sang tikus comel.

8 comments:

CikGadis said...

mmg xsenang jadi guru. mcm2 benda kena pikir. slmt berpraktikal =)

ijatnuar87 said...

yup...btol tu...cikgu sekarang xsesenang cikgu dlu...susoh gilor...sy br jek abis pismp...doa2 kan gak kiter sma2 blh jadik cikgu yg berguana utk anak murid,heheeh

kusut said...

oh yes. sangat setuju dgn ayat tu.
"Never condemn a thing that you've never experience"

sama mcm hidup penulis. beza penulis muda dgn penulis tua - bile menulis cerita, penulis muda reka kebanyakan pengalaman hidup. penulis tua tulis berdasarkan pengalaman hidup

sizuka[Izzati] said...

cik gadis: thanks :)

kusut: ngeeeee.jadinya kita tgolong dlm penulis muda atau tua?ngaaaa~:P

kusut said...

i'd say tersangat muda lah. yg tua tu yg dah banyak pengalaman. kalau kita yg muda ni rasa dah banyak pengalaman.. tunggu la 20 30 tahun lagi nanti punye pengalaman. lagi deep pemahaman and lagi best penulisan

bukan la yg muda takleh menulis.. cuma research betul2 dulu la sebab bukan senang nak reka pengalaman yg real IMHO

Fina Sophie said...

emm. okey sy bukan cikgu, but i think i understand mcmna krja cikgu sbb my parents both cikgu dulu. my parents, my teachers. so.. yah. :)

nur.sa said...

semua kerja tak mudah. dan memang tak boleh nak cakap kerja ko mudah, kerja aku senang.hoho. moga sizuka berjaya jadi cikgu yg hebat.

Miss Kira said...

never condemn...
yup2..setiap bidang hanya org yang mengambilnya sahaja akan faham betapa sengsaranya bidang tersebut..
apapun..all the best.. ;)

Latest entry: Men's Love