
Hye readers......
minggu ni...nak cerita pasal buah-buahan pula....
you all suka tak makan buah...?? sure suka betul tak...buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh.
di sebalik buah-buah yang you all suka...tahukan khasiat sebenar di sebalik buah-buahan tersebut..??


BUAH MANGGA
Anti kanser,menjaga kesihatan penglihatan,membantu penghadaman,menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, menambah berat badan,menguatkan daya ingatan, berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.
ha...kepada yang nak tambahkan berat badan...boleh la makan mangga yupp...

PISANG KAKI
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
suka juga makan pisang kaki ni...sedap...biasanya sebiji harganya seringgit lebih..

BUAH PEAR
Bersifat antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan,menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

BUAH EPAL
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolesterol, menentang kanser dan antioksidan.
kalau buah mangga mampu menaikkan berat badan...epal pula sebaliknya...bagi yang nak kurus...apa lagi....selalu la makan epal yupp...epal hijau lebih baik..

BUAH OREN
Kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan di mana ianya membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Oren....kalau dibuat jus...sedap..!!!

BUAH ANGGUR
Mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung , antipenuaan, antioksidan, antiradang, kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.
Kismis...mampu meningkatkan daya ingatan tau...makan kismis dengan kadar yang ganjil..selawat sebelum makan...insya'Allah...otak kita akan cergas.

BUAH KIWI
kaya dengan vitamin C dapat mengatasi insomnia (sukar tidur), mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
erm...tak berepa gemar sangat dengan buah kiwi...

BUAH PISANG
kaya dengan khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur), antioksidan, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik, melegakan cirit-birit dan sembelit.
kalau yang stress tu....boleh la makan pisang....
dalam senarai buah di atas, yang mana satu menjadi kegemaran you all semua...??
bila dah tahu khasiat buah....lepas ni perbayakkan la makan buah yupp....amalkan gaya hidup sihat...
sumber : BERITA HARIAN_2 Nov. 2010
bila dah tahu khasiat buah....lepas ni perbayakkan la makan buah yupp....amalkan gaya hidup sihat...

sumber : BERITA HARIAN_2 Nov. 2010
p/s : lepas ni nak ke blog mana pula...?? jom la singgah APA KATA HATI pulak...
14 comments:
jom makan buah!!!!!
owhh....teringat durian....waaa....mane nak carik durian ni...
kalau anak kera disusukan!!
pisang tu kalau buat banana milk shake memang best...fuhhh...
Jom guling-guling disini pula:
Azrul Hisham -My Real Life
tak pernah mkn pisang kaki.
not a real fan of fruits.. tp kalau org hidang, sy makan je.. :P
pernah gak buat entry buah ni kat blog sendiri ^_^
Yang selalu makan buah tembikai.... tapi paling aku suka durian
baru tau makan mangga boleh naik berat ea..pehh lepas ni memang mangga tolak tepi..kehkeh..tapi kat kolej ni nak ade buah mesti lagis edap nak ade peti ais..sebab kalau buah tak sejuk nanti die kusam dan lebam..rase pun dah kurang manis dia
Letak gula kat durian pastu simpan dlm peti ais. Pergh!
Pisang juga faveret sbb selalunya time semayang jumaat mesti ada pisang. Biasa mkn sebelum semayang takut lepas semayang pisang da abes. Haha.
aaaa...tiba tiba rasa lapar gila!
uhhhuuu...em,baru first time dgr psl pisang kaki!woot wooott
lama gile tak makan ciku. dah tak sure camne rasa dia. nama buah ciku dalam english ape ek?
rasa cam nak makan epal blik untuk cegah kenaikan berat badan ?hehe
asyik minum jus pomesteen je..
kalau selsema suka mkan buah oren yg masam..
pisang kaki tu cari kat pasar malam dapat rm1 sebiji:)
makan anggur ngan kiwi kalu ada bajet lebih, sebab tak best makan skit 2 hehe
tapi campur semua buah boleh wat salad buah ;)
ofismate sy yg paling rajin wat fruit salad ni...
Cara Elak Selsema
Salam,
buah memang baik untuk kesihatan.
Buah durian tak ada sini ya?
Risisita III
ooooo kirenye kalau taknak gemok takyah makan mangga la eh.makan epal byk2.mesti kurus.kikiki~dekat sini banyak kiwi, tapi bila makan banyak2 mula gatal mulut.hahaha~
kalau pisang ade la. hahaha
Post a Comment