Tuesday, November 30

Bisnes online jangan sampai amalkan riba!

Baru berkesempatan nak letak banner sendiri kat sini.Bagi sesiapa yang belum selesaikan assignment untuk bulan Nov, cepat-cepatlah setelkan.Dah nak masuk bulan Disember ni.Hehehe.Mau bicara apa ya kali ini?

Ah ha! Nak bercakap pasal perniagaan online.Sekarang ni nak beli baju senang.Tak perlu susahkan diri pergi ke mall.Just order online ja.Cuma aku kurang senang bila tengok baju yang tak seberapa dijual dengan harga hampir RM40! Padahal kalau beli kat kedai Siam, boleh dapat dengan harga serendah RM 15. Banyak sangat kot ambil untung.Itu tak termasuk harga postage lagi.

No wonder sampai boleh bawa keluar kereta sebijik.Aku ni tak pandai sangat bab berniaga ni tapi orang cakap kalau nak berniaga, patut ambil untung 4 5 ringgit ja.Ini kalau dah sampai berpuluh-puluh ringgit, dah macam riba dah.Ini apa yang aku dengar dari orang yang lebih berpengalaman la.Sampaikan ada yang nasihat si polan ni untuk bayar zakat sebab dia dah terlampau berkemampuan sangat dah.Tudiaa..Kepochi sudah hamba disini.

Ini untuk pengajaran untuk orang diluar sana.Kalau nak berniaga, jangan la terlalu nak fikir untung sangat.Fikir sama pasal bab halal ke haram duit tu.Kalau nak berniaga, biarlah ikhlas.Sekarang mungkin kita diatas.Untung banyak.Mana tahu satu hari nanti Tuhan nak tunjuk, kita jatuh bankrupt.Haa..Tak ke susah tu?

Renung-renungkan dan selamat beramal =)

9 comments:

nn said...

ustaz saya pernah tegur bila orang samakan untung banyak dengan riba. dia cakap, kalau amek untung banyak tu bukan riba tapi cekik darah. haha.

afifaa. said...

yess. agree kak. barang tak seberapa tapi harga mahal!

mrs jamal said...

habis la mcam ni, orang kerana nila setitik rosak susu sebelanga

harris said...

as'kum. saya nak perbetulkan sedikit kat sini,especially pasal riba'. riba' adalah satu kesalahan yg sgt besar dlm islam. surah al-baqarah ayat 278 & 279 menerangkan tentang riba' yg mana dosanya seperti berperang dengan tuhan. juga terdapat 7 lagi ayat lain didalam al-quran menerangkan tentang riba'. tetapi apa itu riba'? adakah jual dengan harga yg melampau itu riba'. satu kelakuan buruk dan kejam jika sesuatu barang keperluan seperti ..diulangi seperti bukan semestinya ok hanya seperti gula, pinggan mangkuk atau sebagainya, jika dijual dengan harga yg tidak sepatutnya atau berlebihan adalah jatuh didalam kategori zalim bukan riba'. jika ada akad atau persetujuan ia tetap halal dijual.basically konsep riba' adalah interest atau bunga. riba' ada 5 barang riba'.... nk terangkan semuanya mmg panjang sangat. cume nk komen kat sini, jgn disalah gunakan perkataan riba' itu. kerana kalu kita jatuhkan hukum kepada perkara yg salah adalah satu dosa besar, bole dikaitkan dengan ayat yg allah kata dlm al-quran sebanyak 2 kali yaitu tentang fitnah. dan sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh. sekadar mengingat.... wassalam

Fynn said...

@zack!
comel kot banner mcm yummy jep.
anyhoo,selalu kot aku tgk shawl online, RM20+
pergi jln msjid india,RM 15.
dang!

@harris
tx for sharing! :)

[z@ck] said...

harris..
thanks for the info..actually, inilah jadinya bila bercakap mulut ke mulut.dah salah konsep.ampun.

kusut said...

tersangat menarik!

sebab dah lama tinggalkan sekolah, dah lupa detail2 pasal riba'. dan jugak dah confuse. aku pun ingat mengambil keuntungan yg melampau dlm perniagaan tu termasuk dlm riba'. nyatalah salah.

so
terima kasih z@ck sebab mencetuskan topik ni
terima ksih harris sebab memberi penerangan dan jugak pembetulan

jumpa satu artikel pasal riba' dan jugak penerangan yg agak bagus
http://agamaberitaharian.blogspot.com/2008/07/perspektif-ikim-kekaburan-fahami-erti.html
yg berminat boleh baca.

Fina Sophie said...

hahaha btul! rindu nak shopping dekat kedah. bju2 dr thailand murah2 wo hehehe

humbleyat said...

perkongsian yg mnenarik..

tp sy tak suka beli online sebab susah nak dpt size..

tetapi setuju sgt bila compare brg online ngan kedai, kedai lagi murah sebab takde kos penghantaran kot..

by the way harris ..tq for the info...